Kasih Juju: Gerhana Matahari 9 Mac 2016

March 8, 2016

Gerhana Matahari 9 Mac 2016

Assalamualaikum korang.

Nak share dengan korang satu gambar ni. Meh tengok gambar dulu meh.


Ha.... Kalendar korang ade ke masuk pasal gerhana matahari tu? Kikiki... Astaghfirullah, tak baiknye riak. Haha, saya cuma nak tunjuk je. Kalendar yang saya dapat ni ada peringatan pasal gerhana matahari yang diramal akan berlaku besok.

GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA
Di Malaysia, kita dapat melihat Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai litupan maksimum kira-kira 87% di Sarawak dan juga di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa Matahari sedang terbit.  Peratus Matahari dilindungi oleh Bulan semakin mengurang apabila kita semakin ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 7:30 a.m. hingga 9:30 a.m.Secara amnya, Gerhana Matahari berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama Bulan melintas di antara Matahari dan Bumi menyebabkan Matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya seperti yang terdapat dalam Rajah 3.
Catatan:Umbra – Bahagian bayang yang sangat gelap
Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah
Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa bermula pada jam 7:24 a.m. apabila Bulan mula menyentuh cakera Matahari.  Keadaan ini dikenali sebagai “sentuhan pertama” iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa. Kebanyakan pemerhati sukar mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan Matahari terlalu terang. Gerhana hanya akan dapat dilihat apabila Bulan mulai menutupi Matahari secara perlahan membentuk sabit tua sehingga litupan maksimum tercapai pada jam kira-kira 8:24 a.m.. Ketika sentuhan akhir pada jam 9:31 a.m., bayangan Bulan mula hilang secara perlahan.  Keadaan Gerhana Matahari Separa yang berlaku di Malaysia boleh dirujuk pada Jadual 1.  Rajah 4 menunjukkan apa yang akan kita lihat dari Kuala Lumpur.
Jadual 1: Keadaan Gerhana Matahari Separa di Malaysia
NO
LOKASI
PERMULAAN GERHANA
GERHANA MAKSIMUM
PENGHUJUNG GERHANA
LITUPAN
(%)
Waktu
Jam:Minit:Saat
Waktu
Jam:Minit:Saat
Altitud Matahari
Waktu
Jam:Minit:Saat

1
Alor Setar
07:30 (r)
08:25:08
13
09:30:22
68
2
Bintulu
07:27:22
08:33:23
28
09:49:16
81.8
3
Georgetown
07:30 (r)
08:24:35
13
09:30:08
70.7
4
Ipoh
07:27 (r)
08:24:24
14
09:30:47
73.7
5
Johor Bahru
07:23:09
08:23:46
17
09:32:44
85.7
6
Kangar
07:31 (r)
08:25:23
13
09:30:21
66.6
7
Kota Bahru
07:27:32
08:26:18
15
09:32:50
68.2
8
Kota Kinabalu
07:32:23
08:40:01
33
09:57:43
72.9
9
Kuala Lumpur
07:24:20
08:23:36
14
09:30:48
79.4
10
Kuala Terengganu
07:26:44
08:26:06
16
09:33:26
71.1
11
Kuantan
07:25:07
08:25:00
16
09:33:00
76.9
12
Kuching
07:24:40
08:29:01
24
09:42:49
86.9
13
Labuan
07:30:59
08:38:09
31
09:55:19
74.9
14
Lahad Datu
07:32:18
08:41:33
35
10:01:11
77.5
15
Melaka
07:23:35
08:23:22
15
09:31:13
82.9
16
Miri
07:28:21
08:34:28
29
09:50:27
79.1
17
Sandakan
07:33:11
08:42:09
35
10:01:25
74.7
18
Seremban
07:23:59
08:23:29
15
09:30:59
81
19
Sibu
07:25:55
08:30:59
26
09:45:40
84
20
Tawau
07:31:05
08:39:56
34
09:59:08
79.4
 
Nota:
r -  Fenomena gerhana telah berlaku semasa Matahari terbit
Litupan – Peratusan Keluasan Matahari ditutup oleh Bulan semasa gerhana maksimum
Altitud – Ketinggian Matahari ketika gerhana maksimum

Rajah 4: Gerhana Matahari Separa di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2016.
Artikel kat atas ni boleh didapati di laman web --> http://www.angkasa.gov.my/

Kalau ikut dekat daerah Kota Tinggi ni, besok diorang akan buat solat sunat gerhana di Bandar Penawar. Kalau korang ada di kawasan yang berhampiran bolehlah sama-sama datang ke Masjid As-Syifa, Bandar Penawar.

Itu je untuk harini. Oh ye, korang dah join ke segmen saya? Kalau belum semua jemput join yek. Klik je link yang saya dah bagi dekat bawah ni.

Wassalam.

3 comments:

  1. Boleh tengok esok ni..terima kasih share info :)

    ReplyDelete
  2. akan cuba tengok esok... thanks for sharing this info, sis :)

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign