Hello March

Assalamualaikum semua, selamat hari Selasa.

Sedar tak sedar dah masuk bulan 3 dah untuk tahun 2016 ni. Masih banyak benda yang saya perlu belajar. Dalam masa yang sama blog kesayangan ni takkan saya abaikan. Harap-harapnya dapat update entri setiap hari.

Bulan pertama di daerah Kota Tinggi ni saya dah mula berjalan ke koperasi. Nama pun kena kawal selia koperasi. Haruslah melawat kawasan jajahan kan. Takkan nak tunggu diorang datang jumpa kita dekat office. Sesekali kena jugalah ke tempat mereka.

Rasa seronok dengan pengalaman baru yang saya dapat sekarang ni. Kalau dulu saya cuma tau teori je pasal koperasi. Sekarang ni alhamdulillah, sikit-sikit saya mula pandai mengenai ilmu-ilmu koperasi. Kalau korang nak tau apa-apa pasal koperasi boleh lah tanya saya.

Ecewah... Macamlah pandai sangat. Haha.. jangan kecam saya okeh. Saya budak baru belajar. Okaylah korang. Jumpa lagi di lain entri.

Terima kasih sudi singgah.
Wassalam.

3 Comments

Nurul Baidurah said…
macam rasa cepat pula masa berlalu..