Fesyen Terkini untuk Remaja Perempuan

Kasih Juju
Assalamualaikum korang.

Selamat hari Ahad. Pada yang tengah bercuti tu selamat berehat saya ucapkan. Saya tak cuti oi harini. Maklumlah, kerja di Johor mula hari Ahad. 

Kalau korang tengah lepak-lepak atas katil tu, macam liat je nak bangun kan. Apa kata korang baca dulu artikel yang saya nak kongsikan dekat bawah ni. Selain dapat tambah ilmu, dapat juga bergaya ikut trend semasa.

Fesyen sering menjadi topik perbualan yang hangat dikalangan penggemar fesyen di seluruh dunia. Dan fesyen juga merupakan salah satu bidang yang sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Kadang kala kita dapat lihat fesyen yang lama kembali diminati dan terdapat juga beberapa fesyen yang sentiasa diminati atau ‘evergreen’ seperti trend pemakaian leather, trend denim, dan trend floral prints.


Oleh itu, untuk entri yang ini kita akan berkongsi mengenai trend-trend fesyen terkini untuk remaja perempuan yang gemar bergaya dan tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti rentak fesyen terkini. Check this out;

Fesyen Terkini untuk Remaja Perempuan
Long Cardigans

Bukan sahaja menjadi trending di Malaysia, pemakaian long cardigans seperti ini juga amat in di negara-negara Barat. Ia digayakan bersama koleksi pakaian kasual dan kadang kala juga dipakai bersama pakaian formal ke pejabat. 

Fesyen Terkini untuk Remaja Perempuan
Cullotes

Cullotes pula merupakan sejenis seluar yang berpotongan lebar dan mempunyai labuh di paras buku lali. Ia boleh digayakan bersama baju-t untuk satu penampilan kasual yang santai atau dipadankan bersama kemeja untuk gaya pejabat yang trendi.  

Fesyen Terkini untuk Remaja Perempuan
Fringe

Berikut merupakan elemen yang diambil daripada trend tribal yang cukup popular pada masa kini. Terdapat koleksi fringe skirts, fringe dresses, fringe tops and even fringe cardigans yang boleh anda temui di pasaran. 

Fesyen Terkini untuk Remaja Perempuan
Sweatshirts

Jika dahulu koleksi sweatshirts ini hanya dipakai ketika cuaca sejuk, namun kini ia cukup trending untuk dipakai pada bila-bila masa sahaja terutama sekali ketika hujung minggu!

Ha, korang. Amacam artikel saya harini? Harap-harap dapat membantu korang yang masih tercari-cari gaya berfesyen yang tengah 'in' sekarang ni. Bila kita dah seiring dengan dengan perkembangan fesyen semasa, barulah kita rasa lebih energetik bila keluar rumah nanti.

Okkay guys, jumpa lagi di lain entri. Terima kasih sudi singgah.
Wassalam.