Kasih Juju: Rentetan kisah rakyat malaysia di culik di Ho Chi Minh, Vietnam

June 9, 2016

Rentetan kisah rakyat malaysia di culik di Ho Chi Minh, Vietnam

Hai korang,

Harini nak kongsi dengan korang pengalaman saya ke Chu Chi Tunnel di Vietnam. Sebenarnya bukan nak cerita apa yang ada dekat tempat bersejarah tu. Tapi lebih kepada nak berkongsi dengan korang apa yang tourist guide tu cerita sepanjang perjalanan.

Korang ingat tak kisah rakyat kita yang hampir kena culik dekat Ho Chi Minh baru-baru ni? Ada satu statement yang keluar dari mulut tourist guide tu. Die cakap "We, Vietnam people don't like kidnap Malaysian people. Because Malaysian people kuat makan"

Ha, maksudnya mesti ada rakyat kita yang ambik pakej dia bercerita pasal kisah tu. Masa tu terfikir jugak dalam hati. Kenapa pulak mamat ni tetiba bercakap hal culik-menculik ni. Rupa-rupanya memamng dia dah tau pasal cerita tu.

Tapi kalau nak diikutkan jadual ke Chu Chi Tunnel pada hari tu, kami cuma bersarapan pagi je. Perjalanan dari Ben Thanh Market ke Chu Chi Tunnel mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dari pagi sampai tengahari kami cuma makan ubi rebus cicah kacang tanah yang dah ditumbuk dengan gula. Makanan rakyat Vietnam yang masa kena serang dengan tentera Amerika.

Korang bayangkanlah, dengan tourist guide tu pun tak makan. Tahan betul perut dia. Nasib baiklah kami memang bawa roti. Dapat jugalah alas perut.

Dalam perjalanan balik, tourist guide bawa kami tempat shopping baju. Tapi saya tak ingat nama tempat tu. Ynag saya ingat nama kedai dia je. Lin Da Wholesale. Whuishhhh... memang rambang mata shopping baju kurung dah siap jahit dekat sini. Murah-murah pulak tu.

Tourist guide tu siap cakap "I know Malaysian people like to shopping. So I bawak kamu shopping okey" Hahaha.. Part yang ni siapa yang tak suka kan. So kalau korang nak cari tourist guide dekat Ho Chi Minh, korang boleh pergi dekat Malaysian Street, ada satu kedai nama dia Bismillah Tours & Travel. Ha korang boleh try service diorang ni. Malaysian Street tu dekat area kedai makan Hajah Basiroh.
Ni lah Malaysian Street. Kedai travel agen tu dekat deret kedai belah kanan

Okkay lah korang, tu je nak share harini.
Selamat berpuasa yek.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign