Kasih Juju: Siapa Blogger Hasrul Hassan ni?

June 2, 2016

Siapa Blogger Hasrul Hassan ni?

Hai korang,

Sebenarnya saya nak kenalkan korang dengan sorang blogger yang sangat pakar dalam dunia blog ni. Mesti korang tertanya kan. Apa yang hebat sangat pasal dia ni? Ha jom kita gali sama-sama.

Masa awal berkecimpung dalam dunia blog ni, saya tercari-cari tempat rujukan untuk saya memantapkan lagi ilmu pasal dunia blog ni. Yelah, bukannya kalau kita dah jadi blogger ni kita terus dikenali ramai kan. Silap-silap diorang tak tau pun blog korang tu wujud. Sedih betul.

Masa tu memang jeles dengan mereka-mereka yang memang dah terkenal. Hari-hari saya fikir, macamana diorang boleh terkenal dekat blog. Bila baca entri diorang pun banyak bercerita pasal kehidupan harian. Masa tu saya pun mulalah tulis pasal kehidupan harian saya. Tapi trafik blog masih macam tu jugak. Sehari nak jejak 100 pv pun susah.

Sampailah satu hari tu, masa tengah merayau-rayau dekat blog saya terjumpa dengan blog hasrulhassan.com, dari situlah saya mula belajar pelan-pelan pasal teknik seo, pasal teknik affiliate, macamana nak tulis entri dengan betul, dan yang paling penting sekali cemane nak apply iklan adsense.

Dengan ilmu yang saya belajar dari beliau Alhamdulillah saya berjaya menaikkan traffik blog saya sedikit demi sedikit. Kalau korang pun rasa macam lost je dekat blog ni, boleh je minta beliau tunjuk ajar. Beliau pun tak kedekut ilmu. Hehe..

Gambar dekat atas ni lah printscreen dari blogger hasrul hassan. Dan lagi satu, beliau tengah buat segmen. Dalam segmen tu dia tanya " Kenapa anda suka blog anda dimasukkan dalam bloglist blog hasrulhassan.com?"

Dan jawapan saya " Giler ke tak suka bila blog tersenarai dalam page paling hangat lagi meletop-meletop dengan beribu-ribu pageviews sehari? Hahaha, kalau korang nak tau, bila blog korang dah masuk dalam senarai bloglist hasrul hassan ni, korang punya pageviews pun InsyaAllah akan melonjak sekali. Kiranya macam tumpang sekakilah. Tapi, syaratnya korang kena rajin update entri lah yek. Kalau dah tersenarai tapi dok senyap je memang tak naiklah pv korang "

Okeh, kalau korang pun nak join jugak segmen yang otai blog ni anjurkan boleh klik ---> http://www.hasrulhassan.com/

Good luck dan sampai berjumpa lagi.
Wassalam.

4 comments:

  1. die memang pakar dalam bab blog

    ReplyDelete
  2. Blog hh memang untuk jadi panduan kita semua... sorang yg humble dan tak lokek kongsi ilmu.

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign