Hebahan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor.

Kasih Juju
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Johor (Suruhanjaya) akan menganjurkan majlis sambutan Hari Koperasi Negara 2016 Peringkat Negeri Johor (HKNPNJ 2016) bermula pada 29 hingga 31 Julai 2016 bertempat di Persiaran Dato' Ismail Hassan, Kluang, Johor.
Majlis perasmian sambutan tersebut akan di adakan sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh : 30 Julai 2016
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Persiaran Dato' Ismail Hassan, Kluang, Johor
Perasmi : YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, 
Menteri Besar Johor

Sambutan majlis HKNPNJ 2016 di adakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan ke atas sumbangan sektor koperasi kepada pembangunan sosio ekonomi negara, memperlihatkan pencapaian dan kejayaan gerakan koperasi kepada masyarakat mempromosikan konsep berkoperasi sebagai institusi keusahawanan dan mewujudkan jaringan perniagaan di kalangan koperasi dan usahawan.
Pelbagai program telah diatur sepanjang sambutan 3 hari tersebut yang meliputu pameran & jualan produk/perkhidmatan koperasi, ceramah perdana, karaoke coop idol, zumba, pertandingan memasak/mewarna/teh tarik, pertandingan pidato koperasi sekolah, keceriaan & kebudayaan dan banyak lagi aktiviti menarik disajikan.
Semua pemimpin koperasi, anggota-anggota koperasi dan orang ramai adalah dijemput hadir. Kami percaya kehadiran Ybg Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan akan dapat memeriahkan lagi sambutan yang akan di adakan.
"SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU"