Kasih Juju: August 2016

August 19, 2016

Firash turn's 2

Assalamualaikum readers,

Kembali bersiaran setelah lama tak menaip. Asyik join segmen je kan. Harap-harap korang pun join sekali segmen yang saya join tu. Hehe...

Harini saya nak share gambar masa hari lahir si domok. Muhammad Firash Helmi yang ke-2 tahun. Tak banyak gambar pun nak share sebenarnya. Ada sekeping jek. Tapi oke lah tu kan. Biar dah besar nanti die tau yang mama dia ni tak pernah lupa sambut hari lahir dia.
Happy dia dapat kek ade motor sebijik. Beli kek ni dekat kedai Milky, Kluang. Lepas beli kek ni saya dan suami terus ke kedai Smartkids beli basikal.

Nak dijadikan cerita, masa beli susu dia aritu dia boleh pulak tunjuk dekat basikal yang banyak bersusun depan kedai tu. Saya pun pahamlah maksud dia tu. Nak bawak balik basikal. Tapi saya tak beli pun masa tu. Hehe..

Kalau korang nak tau, anak saya masih belum petah bercakap. Masih dengan bahasa alien dia tu. Tapi dah banyak jugalah perkataan yang dia paham. Kalau suruh buat sesuatu tu laju je dia pergi.

Ye saya tau kalau nak diikutkan umur dia sepatutnya dah pandai bercakap. Tapi nak buat macam mana, saya bukan tak bercakap pun dengan dia. Hari-hari saya bersembang dengan dia. Sekarang dia pandai sebut mama, mak, ayah, kakak, nak tu, bukak.....dan ada banyak juga lagi perkataan lain.

Kira ok lah tu kan. Bukan anak saya tak pandai bercakap langsung. Hehe.. Mama doakan anak mama ni membesar dengan sihat dan ceria. InsyaAllah..

Okkaylah korang. Junpa lagi dilain entri.
Wassalam.

August 9, 2016

Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Assalamualaikum
hye semua ^_^ 

*sticky post*

Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google +


2. Follow instagram *jika ada 

3. Follow twitter *jika ada


4. Like sahaja fanpage 
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry. 
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1 
Topup RM5 x1 
[SyiraLokman]


(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1 
[nurfuzie] 


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016

August 7, 2016

GIVEAWAY PERTAMA by FARAH SANUSI

 
Hadiah-hadiah yang bakal di menangi:

1) Dianz vitamin - 2 pemenang
2) Kopi Pak Belalang -  5 pemenang
3) Shawl - 3 pemenang






Syarat penyertaan:

1. Follow blog Farah Sanusi

2. Follow instagram Farah Sanusi

3. Like facebook page Farah Sanusi

 4) Buat satu entri bertajuk "GIVEAWAY PERTAMA by FARAH SANUSI"

*10 pemenang bertuah akan di pilih menggunakan random.org
Pemenang akan di umumkan pada 1 September 2016

Giveaway Chocolate + Pencarian Bloglist

So nak join senang je:
1) Buat satu entry tentang giveaway ni, letaklah banner comel kat atas ni plus backlink
2) Then cam giveaway before ni, nak korang tulis satu kata kata hikmah (motivational quote) korang yg menarik kat dalam post korang tu. 

Giveaway Birthday By Starlavenderluna

Syaratnya mudah saja :



1)  jurnal saya

2)  (like) Fanpage facebook saya
3)  Networkedblog Facebook (jika ada)
4)  Google+ saya
5) Buat entri bertajuk "Giveaway Birthday By Starlavenderluna

Tarikh penyertaan bermula pada 2 Ogos sehingga 31 Ogos 2016

SEGMEN BLOGGER AKTIF 2016 - MARIA FIRDZ

Syarat-syarat penyertaan:
1. Terbuka untuk blogger Warganegara Malaysia.
2. Follow blog Maria Firdz
3. Follow Google Plus +Maria Firdz 
4. Buat satu entry bertajuk "SEGMEN BLOGGER AKTIF 2016 - MARIA FIRDZ"

Ganjaran kepada peserta yang join segmen ini:
1. Semua peserta automatik dimasukkan dalam bloglist Maria Firdz di mariafirdzbloglist.blogspot.my
2. 15 peserta bertuah akan dipilih untuk menjadi rakan bloglist utama di blog www.marifirdz.com.

Tempoh Penyertaan:
5 Ogos 2016 hingga 15 Ogos 2016 (11.59pm)

August 4, 2016

Sekitar Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor

Assalamualaikum semua,

Sikit betul entri saya 2 bulan kebelakang ni yek. Sibuk betul ke sana sini. Sampai tak sempat nak menaip entri ha. Huhu.. Jangan diamalkan ye lain kali. Harap-harap bulan 8 ni dapat buat entri korang jangan sakit mata pulak kalau asik nampak saya up entri. Hehe.. InsyaAllah.

Harini saya cuma nak share gambar-gambar masa Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor haritu yang berlangsung dekat Persiaran Dato' Ismail Hassan, Kluamg, Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Johor di atas kesudian YAB menyempurnakan majlis perasmian HKN 2016 JDT. Sesungguhnya, seruan dan kata- kata perangsang serta komitmen sokongan Kerajaan Negeri Johor kepada sektor koperasi yang disampaikan oleh YAB Semasa merasmikan HKN 2016 JDT telah menyemarakan semangat para Koperator Negeri Johor untuk berusaha dengan lebih gigih lagi bagi terus melonjakkan pencapaian koperasi ke tahap yang lebih tinggi.
Terima kasih juga diucapan kepada YB Datuk Haji Md Jais bin Sarday, Exco Koperasi Negeri Johor yang banyak memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dalam menjayakan sambutan HKN 2016 JDT.
Terima kasih juga kepada lebih 1,500 koperator dan orang ramai yang telah hadir bersama-sama memeriahkan majlis perasmian HKN 2016 JDT.
Ianya mengambarkan kekuatan semangat ukhwah dan solidariti di kalangan para koperator yang sentiasa boleh bekerjasama dan BERMUAFAKAT dalam menjayakan program yang memberi manafaat
"MAJULAH KOPERASI UNTUK NEGARA"
"SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU"

Ucapan perasmian dari Menteri Besar Johor.
Exco Koperasi Negeri Johor
Gimik pelancaran 50 koperasi terbaik Negeri Johor
Anugerah Tokoh Koperasi Negeri Johor.
Anugerah Koperasi Cemerlang
Kat atas ni semua gambar-gambar rasmi. Korang nak tengok ke gambar tak rasmi? Haha.. Gambar belakang tabir gittew.
Kami dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kota Tinggi dan Batu Pahat.
Kami tengah tunggu bas-bas dari Kota Tinggi
Tokey COOP on Wheel
Gambar ni paling best. Ngeeeeee

Okkay, maaf ye entri kali banyak gambar. Hehe.. Korang nak ke senarai koperasi terbaik tu? Kalau ade yang respon nanti saya update yer.

Jumpa lagi di lain entri.
Wassalam.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign