Kursus Tadbir Urus Dan Jati Diri Koperasi

Kasih Juju
Hai korang,

Hari ni saya nak share pasal kursus semalam. Kalau korang nak tau, semalam kami buat kursus untuk para korperator. Tercapai jugak KPI tahun ni. Walaupun persediaan agak kelam kabut, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Kursus telah dihadiri hampir 90 orang korperator di Kota Tinggi, Johor. Kursus ni lebih kepada refresher untuk koperasi yang dah lama dan juga koperasi baru. Masa ni lah kita nak bagi kesedaran pasal pentadbiran koperasi. Haha, kenapa pula nak bagi kesedaran? Sebabnya ramai yang dah syok sendiri. Dia ingat koperasi tu dia punya. Hehehe... Nama pun koperasi kan. Ataupun dalam bahasa Inggeris nya Co-operative. Kerjasama.

Korang kalau nak tau pasal penubuhan koperasi ke boleh tanya saya yek. InsyaAllah saya boleh bantu mana yang termampu. Jangan pulak korang tanya "ni koperasi yang bagi loan tu ke?" Sila kembangkan ilmu koperasi korang yek.
Penceramah pertama En Hafizal daripada Maktab Koperasi Malaysia Negeri Johor. Beliau bawak tajuk Mesyuarat Agung. Nampak macam biasa-biasa je kan tajuk ceramah tu. Tapi kalau korang tak de ilmu, mesyuarat agung tu boleh terbatal tau. Jangan main-main hokeh.
Penceramah kedua ni dari ANGKASA Negeri Johor, En Sazali namanya. Beliau banyak cerita pasal peluang perniagaan yang ANGKASA boleh bagi dan boleh tolong kepada Koperasi.
Penceramah terakhir ni dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor. Bawak topik perundangan. Topik yang sangat menarik. Sebabnya kalau koperasi tak nak ikut undang-undang yang telah ditetapkan, kami boleh kenakan kompaun. Hahaha.. Eh, eh tak lah. Kami ni tak lah kejam sangat.
Okeh, itu saja update untuk hari ini. Nantikan next update. Saya nak kongsi pengalaman menyertai pertanndingan bola tampar pantai.

Sampai berjumpa lagi. Wassalam.