MAHA 2016 Terima Kunjungan Tertinggi Dalam Sejarah MAHA

Kasih Juju
Assalamualaikum korang,

Harini saya nak bercerita pasal MAHA 2016.

MAHA 2016 - Malaysia Agriculture, Horiculture & Agrotourism Show ataupun dalam Bahasa Melayunya Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Perlancongan Malaysia telah berlangsung selama 11 hari bermula 1 Disember 2016 hingga 11 Disember 2016 yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Tema tahun ini ialah "Our Food Our Future".

Perbandingan jumlah pengunjung dan jualan tahun 2014 dan 2016

  • 2014
    • Jumlah pengunjung = 3.5 juta
    • Jumlah jualan = RM 152 juta
  • 2016
    • Jumlah pengunjung = 3.8 juta
    • Jumlah jualan = RM 380 juta

Hah, korang nampak tak peningkatan jualan yang berganda-ganda dekat situ. Itu maksudnya kualiti produk dari MAHA ni adalah yang terbaik.

Tapi saya tak sempat nak berkunjung ke MAHA 2016 ni. Banyak sangat aral melintang pukang. Jeles je tengok mak, sedara mara, kengkawan hantar gambar dekat Whatsapp.

Tengok gambar dekat atas tu je dah tau dah betapa meriahnya sambutan MAHA tahun ni. Banyak sangat produk tempatan yang dipamerkan. Bukan saja untuk pameran, tapi korang boleh cuba dan rasai sendiri.

Antara tempat menarik yang wajib singgah adalah Kampung Mok Cun dan jugak Kampung Durian Runtuh. Dekat sinilah korang boleh jumpa pelakon-pelakon drama Mok Cun dan jugak watak animasi kesukaan kanak-kanak, Upin Ipin.

Tahniah kepada penganjur, Kemeterian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dan doakan juga supaya tahun depan saya berkesempatan hadir ke MAHA 2017. InsyaAllah, aminnnn.
Tags