Pengalaman pertama kali menyertai sukan MAKSWIP 2016

Kasih Juju
Hai korang,

Harini saya nak share pengalaman saya menyertai pertandingan sukan integrasi MAKSWIP 2016. Kalau nak diikutkan kategori sukan ni ada banyak. Tapi jabatan kami ni baru jer berjinak-jinak nak menyertai salah satu pertandingan yang ditandingkan

Okeh, selama ni kami selalujadi juara kalau lawan antara zon dalan jabatan je. tak pernah pula nak cuba lawan dengan orang luar. Jadi entah macamana terbuka pula hati sorang ni nak meluaskan jajahan juara dia lah kononnya.

Kami yang lain-lain ni pun teruja jugalah sebab tahun ni jabatan kami takde sukan. Kena tunggu tahun depan. Jabatan kami hantar wakil dalam pertandingan bola tampar pantai lelaki dan wanita. Dalam 1 pasukan cuma ada 4 orang pemain sahaja dan 2 orang pemain simpanan.

Mula-mula cuak jugalah sebab memang tak pernah training dengan pasir pantai pun. Macam gayat pun ye juga. Maklumlah, dalam 6 orang team tu hanya saya sorang je yang dari Johor. Hehe, ketinggalan sungguhlah kalau ade training pun.

Tapi dengan berkat keyakinan diri, ku gagahkan jua kaki ini untuk menyertai pertandingan tu. Dah memang saya ni suka giler dengan bola tampar. Rasa macam rugi jer kalau tak join kawan-kawan yang lain kan.

Okeh, membebel je bukan korang nak baca kalau saya taip panjang-panjang kan. Hehehe.. Jom layan gambar pulak.









Kami tak bawa balik apa-apa pingat. Tapi kami bawa balik 1001 kenangan. Korang rasa baru pertama kali join sukan ni boleh terus dapat pingat ke? Haha, memang silap besarlah. Diorang dah training habis-habisan tau. Walaupun nampak macam senang je nak kalahkan, tapi sekali diorang spike ha ternganga mulut memasing.

Walauapa pun kami nak cuba lagi untuk tahun depan. hehe, kena ada persiapan mental dan fizikal lebih lagi lepas ni. Tak boleh main tadah je. Nanti malu mana nak sorok muka?

Sampai berjumpa lagi.
Wassalam.