Kasih Juju: October 2016

October 31, 2016

Calit-calit Merecik 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS

Assalamualaikum korang,

Rentetan daripada menang segmen giveaway dari sis Mialiana haritu, harini saya nak review pula produk yang saya dah menang. 

Seperti yang korang semua maklum, kami yang berjaya dalam segmen tersebut dapat 1 set 3D Gold Stemcell Serum dan jugak treatment cream. Setelah menggunakan produk tersebut selama hampir 3 minggu, saya nak share dengan korang hasil yang jadi dekat muka saya ni. Ini testimoni diri sendiri tau.

Kalau korang nak tau, tekstur serum ni jenis cecair. Nampak macam melekit. Tapi bila dah sapu dekat muka, die punye lembap tu boleh kalah kek coklat moist tau. Haha, boleh pulak samakan dengan kek yek.

Serum ni sangat-sangat sesuai untuk korang yang nak hilangkan parut hitam, nak kecutkan jerawat dan jugak boleh mengawal minyak dekat muka. Okeh, meh tengok pulak testimoni dekat muka saya sendiri.

Gambar kat atas ni gambar sebelum guna 3D Gold Stemcell Serum. Rasanya korang boleh nampak sendiri kot masalah dekat muka saya tu. Ye betul.. Banyak giler bekas jerawat atas muka tu ha. Sampaikan ade orang kate " awak ni baru baik demam campak ke? " Huh, sedih betul perasaan mase tu. Sambil dalam hati berkata " ko tunggulah nanti satu hari aku hilangkan semua parut dekat muka ni. "

Ha ni gambar sekarang. Nampak tak muka yang bersinar-sinar tu? Siap selfie tak mengadap tingkap tau. Alhamdulillah, 3D Gold Stemcell Serum ni dah membantu saya hilangkan parut jerawat yang degil giler tu. Walaupun masih ada lagi parut yang tinggal, tapi saya percaya dengan penggunaan berterusan saya akan berjaya hilangkan semua. Yeayyy...

Opsss, nak bagitau lagi ni. Bukan je dapat hilangkan parut jerawat, muka pun rasa lembap jek. Minyak yang banyak dekat muka pun dah kurang tau. Seronoknya tu rasa macam nak melompat-lompat ha. Hehe..

Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.


3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Waktu siang : Cuci muka -> Toner -> 3D Gold Stemcell Serum -> Make up
  2. Waktu malam : Cuci muka -> Toner -> 3D Gold Stemcell Serum -> Treatment Cream


Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


October 24, 2016

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Ha...suka tak?

Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak.

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.
2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin
3. Follow facebook Hasbro dan blog ini.
4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa.
5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen.


Keputusan Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin adalah  kolabrasi Azlinda Alin bersama pihak Hasbro Malaysia

Segala keputusan pemenang akan di pilih secara rawak. 

-------------------------------------------------------------------------------------------
Okeh, saya patut menang giveaway ni sebabnya:
1/ Saya ada anak umur 2tahun ++
2/ Anak saya suka sangat main play doh ni. Tapi saya beli yang jenama ntah apa-apa yang kalau dia main tu habis melekit satu rumah.
3/ Saya dah tak larat dah nak mop rumah lepas anak main mende tu.


October 23, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2016, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Name Card Percuma dari Pixajoy

Hai korang,

Mesti lately ni korang nampak ramai blogger yang post pasal name card dari pixajoy ni kan. Ha, nak bagitau korang jugak ni. Saya pun sempat jugak grab peluang ni. Bukan selalu tau dapat peluang buat name card percuma ni.

Tapi saya rasa sekarang dah habis kot promosi name card percuma ni. Kalau korang nak buat jugak dengan pizajoy, korang kena bayar RM 29.00 untuk 300 keping. Kira murah lagilah tu hoi. Meh cepat-cepat grab hokeh.

Nak tengok ke name card saya? Alah, segan pula rasanya. Sebab saya punya simple giler. memang giler-giler punya simple. Haha, nampak tak nak bagitau yang memang betul-betul simple tu cemane. Meh lah tengok gambar ni ha.


See, dah cakap dah. Simple giler kan. Masa buat ni cuma bayar RM 8.48 je untuk kos pos. Murah yang amat lah sangat kan. Rugilah korang yang terlepas tu.

Tapi, saya bukan buat name card je dengan pixajoy ni. Saya print gambar sekali. Guna yang promosi punya pekej juga. 96 keping RM 25.00 je korang. Tapi yang tak bestnya promosi tu habis harini. Baik korang grab cepat-cepat. Mana nak dapat harga murah macam tu wey. Sekeping gambar tu cuma 26 sen je. Ha, masa nilah korang boleh print gambor selfie korang yang memang dah beribu-ribu dalam memory phone tu. Buat apa nak simpan banyak-banyak dala phone. Di buatnya tetiba memory card korang jahanam... Ha, tak menggelabah ke korang. Ngeh ngeh ngeh..

Saya print semua gambar si domok. Sape lagi kalu bukan Si Firash. Sejak lahir memang tak pernah nak cuci gambar dia. Sebelum gambar dia hilang semua lebih baik saya cuci siap-siap. Bila dah siap sume lega rasanya.
Okeh, dah boleh clearkan memory handphone. Boleh selfie banyak-banyak lagi lepas ni. Sebenarnya gambar anak yang penuh dekat phone. Gambar mak ayah die seciput je. Haha..

Okehlah korang. Jangan lupa ke website pixajoy.com.my .Sampai bertemu lagi.
Wassalam.

Novel Giveaway by Arrien Amani

Assalamualaikum :)
Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-

October 13, 2016

Giveaway Mangkuk Tingkat by El Darwena

SYARAT 

Like FB
Follow IG

Follow blog saya

Giveaway ini akan berlangsung dari 15 September hingga 15 October 2016 jam 11.59malam

October 11, 2016

Time for Giveaway

Like facebook page 

Tarikh mula dan tarik akhir penyertaan tak pula penganjur segmen sertakan.
So, sebelum tuan blog tutup segmen ni, baik korang semua join giveaway ni.
Hadiah yang ditawarkan pun menarik tau :)

Kalau nak join klik je dekat banner tu ye.

Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom

Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 Yana Pink Blossom | Dalam usaha untuk memeriahkan lagi dunia blogger ni dan menggalakkan kerajinan untuk blogwalking kat blog korang, Yana dengan sukacitanya melancarkan segmen pencarian bloglist beliau untuk ditempek di blog Yana Pink Blossom mulai November hingga Disember 2016 ini.

Sila klik BANNER untuk join!!!

*Cara Penyertaan*
  1. Buat entry bertajuk Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom;
  2. Copy & paste semua coding yang disediakan di ruangan entri anda (HTML);
  3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entri asal iaitu entri segmen di blog Yana Pink Blossom. Sekiranya tidak, entri korang tidak diterima;
  4. Publish dan tinggalkan link entri korang di ruangan komen entri asal segmen sahaja. Komen di ruangan entri lain tidak dikira yer;
  5. Klik link yang diminta sebagai sumbangan jujur dan ikhlas (^^,); dan
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah adalah 31 Oktober 2016 jam 12.00 midnight.

*Hadiah Penyertaan*
10 x Top Referral akan menerima hadiah misteri
Semua peserta akan dimasukkan ke dalam Bloglist Yana Pink Blossom (Nov~Dis 2016)

Mini Giveaway by Mya & Fana


Tempoh 
7 - 21 Oktober 2016

Hadiah
RM 10 X 6 PEMENANG

Pemilihan pemenang
secara random (cabutan bertuah)

October 4, 2016

Menang Giveaway Busyra Takiyudin

Assalamualaikum korang. Seronok ke cuti lama? Bukan main lagi korang pergi piknik lah, pergi mandi laut mandi kolam bagai. Kita tak pegi mana-mana pun tau. Jalan-jalan bandar Kluang je. Cuci-cuci mata dan dompet.

Tapi yang bestnya cerita harini. Nak share dengan korang yang blog saya terpilih sebagai pemenang segmen si canti manis sis Busyra Takiyudin. Sila jeles hokeh, saya dapat RM20.00.
Image result for duit kertas rm 20
Syarat giveaway die pun mudah je nak follow. Cumanya ade soalan yang sis Busyra tanya. Jadi saya pun berikan jawapan seikhlas hati. Alhamdulillah. Tak sangka pulak terpilih.
BUSYRA TAKIYUDIN
Dia tanya pendapat pasal blog dia. Kalau korang nak tau jawapan saya boleh klik sini
--> http://www.kasihjuju.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html


Okeylah korang. Tu je nak share harini. Sampai berjumpa lagi.
Psst... Saya nak buat segmen ni. Korang join tau :)
Wassalam.

Picture source : google.com

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign