2017 - Kasih Juju

December 31, 2017

GiveAway DMS360! Kongsi dan Menang Produk Bernilai RM200 5in1 DMSONE Exclusive

4:05 PM 5
GiveAway DMS360! Kongsi dan Menang Produk Bernilai RM200 5in1 DMSONE Exclusive

Saya kongsikan info produk dan testimoni ya supaya kita teruja sama-sama.. HUHU
ALhamdulillah.


Produk DMS bebas dari bahan kimia merbahaya
Ada KKM
Korean Dermatologi (haaa ni mesti ramai suka sebab semua nak muka glowing mowing gitu)
Produk penjagaan muka Malaysia yang 2x berjaya menang Anugerah Antarabangsa 2014 dan 2017


DMSONE EXLUSIVE 5in1

SET LENGKAP ni di datang kan KHAS dgn kotak yg menarik & tampak EKSKLUSIF:-

1) Colagen Facial Soap Bar
2) Night Cream (10g)
3) Day Cream (10g)
4) Glowing Serum (20ML)
5) CC Cream Foundation SPF 45 PA++ (30ML)

DMSONE EXCLUSIVE 5in1 adalah keluaran istimewa dengan teknologi korea yang membantu bahan aktif meresap pantas ke dalam kulit.

Formulasi ni mengandungi Arbutin, Glutathione, Vitamins B3 & C yg bertindak sebagai "melanin lock" bagi mengurangkan masalah "pigmentasi".

Set lengkap ni juga mampu merawat kulit bermasalah seperti jerawat, garisan halus & jeragat.

Kandungan kolagen dpt membantu menguatkan struktur kulit dan pembentukan sel2 baru agar kulit tambah lembut & licin.

Overall dgn set DMSONE EXCLUSIVE 5 IN 1.. anda bakal dpt kulit yg berseri & bebas cela.

šŸŒ¹ThePerfectBeautySkinForEveryone
šŸŒ¹KoreaTechnology

Super Jimat Dalam Satu Harga

Mengandungi :

1. Collagen Facial Soap
šŸ‘‰Dgn gabungan ekstrak semulajadi spti Peony dan fruktan, sabun ini dapat membntu membersih, melembut serta mencerahkan kulit.

2. Glowing Serum
šŸ‘‰Serum rawatan memperbaiki masalah kulit berminyak, pori terbuka, tona kulit tidak sekata dan jerawat itk menghasilkan kulit yg lebih cerah, ankal dan halus.

3. Day Cream
šŸ‘‰Mengurangkan tompok hitam, melembap dan mencerahkan kulit.

4. Night Cream
šŸ‘‰Memulihkan sel kulit yg bermasalah ketika tidur justeru mengurangkan masalah jeragat dan tompok hitam serta mencerahkan kulit.

5. CC Cream SPF 45PA++
šŸ‘‰Merupakan formula bedak asas dan kandungan SPF 45PA++ bertndak sbg pelindung matahari. Meratakan warna kulit yg tidak sekata dan mengurangkan maslaah kulit berminyak.

DMS56 merupakan formula teknologi korea yang lebih terkini,
krimnya tidak sama dengan krim set asas DMS360, DMSONE mahupun Glowing Speed.

Krim seakan lotion, sangat pantas menyerap ke dalam kulit wajah.šŸ˜

Sesuai untuk
✔️ Lelaki dan wanita
✔️ Remaja seawal 12 tahun
✔️ Sesuai semua jenis kulit


Testimoni Pelanggan 5in1 DMSONE Exclusive







TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ!

11:09 AM 4
TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ!

Lengkapkan 5 Syarat dibawah :

1.) Buat entri bertajuk "TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ!" . 

2.) Upload Banner atas ni ke entri korang, jangan lupa letak backlink ke entri GA teman ni yea.. dan Publish entri. 

Jangan lupa Tinggalkan URL entri korang ke dalam ruangan komen DIBAWAH NI .

3.) Follow Blog (akan di check!) 
❤ Tengkubutang ( 2576)
 Qiya Saad

4.) Follow Instagram (akan di check!) 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

SENARAI HADIAH DAN PARA SPONSOR -
- SENARAI PESERTA -

 Pemenang akan ditentukan secara 
❤ Random.org

December 19, 2017

Lirik Lagu Kata Akhirmu by Ariff Bahran

8:30 AM 2
Lirik Lagu Kata Akhirmu by Ariff Bahran

Kata Akhirmu by Ariff Bahran

Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku membuktikan
Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku persembahkan
Cinta yang kau pinta
Menurut telahanmu

Tak mungkin ku
Cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu

Harus bagaimanakah lagi
Cara untuk aku meruntuhkan
Egomu yang sering menggunung
Dan menolakku jauh darimu
Dimanakah kira
Tempatku dihatimu

Tak mungkin ku
Cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu

Tak mungkin ku
Sekalipun akan mengalah
Demi cintaku
Ku cuba tuk menjadi yang terbaik
Hanya untuk dirimu
Sayang
Takkan pernah ku mengalah
Tuk menjadi yang terbaik

Tak mungkin ku
Cuba untuk mensiakan rasa ini
Walaupun ku tak pernah merasai
Sedikit kasih darimu

Tak mungkin ku
Sekalipun akan mengalah
Demi cintaku
Ku cuba tuk menjadi yang terbaik
Hanya untuk dirimu

Andai kau menyedari
Besarnya cinta ini
Kan ku terus menanti
Kata akhir darimu



December 14, 2017

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

8:30 AM 2
Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri
Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri
  • Bangun sebelum subuh
  • Aktif menjaga kebersihan
  • Tidak pernah makan berlebihan
  • Gemar berjalan kaki
  • Tidak pemarah
  • Optimis dan tidak putus asa
  • Tidak iri hati
  • Pemaaf


December 13, 2017

Dari Johor ke Kuala Terengganu

8:00 AM 2
Dari Johor ke Kuala Terengganu
Percutian ke Kuala Terengganu l Hai korang, harini KJ nak cerita pasal percutian selama 5 hari 4 malam KJ dengan mak, abah, adik bongsu dan jugak si kecik Firash beserta kakak sepupu dia.

Kami memulakan perjalanan pada jam 1.30 petang Sabtu. Betul-betul lepas solat Zohor. Perjalanan dari Benut hingga ke Muadzam Shah mengambil masa selama lebih kurang dalam 4 jam. Lalu jalan kampong, mana boleh nak laju-laju. Lagipun inilah jalan yang paling dekat nak ke Negeri Pahang. Dan part yang paling adventure tu bila dekat Felda Redong, abah tau ada satu jalan pintas yang tak perlu lalu bandar Segamat. Tapi jalannya ditutup sebab ada jalan yang runtuh akibat banjir suatu masa dahulu. Abah kata takkanlah JKR tak selenggara semula jalan tu, mesti dah siap dah.

Maka dengan nekad dan penuh confident’nya kami pun redah jelah Felda Redong. Masuk je simpang felda tu dah nampak dah papan tanda mengatakan jalan yang kami nak lalu tu masih ditutup. Tapi kami redah juga.

Mula-mula cuak jugalah sebab tak banyak kereta yang lalu jalan ni. Tapi dalam pada cuak tu banyak juga kereta dari arah depan. Dan kami akhirnya memasuki kawasan ladang kelapa sawit. Macam gambar dekat bawah ni.

Serius weh, kami memang redah je jalan sawit tu. Nasib baiklah cuaca haritu cerah. Jalan Cuma berdebu je. Boleh bayangkan tak kalau hujan. Memang kotorlah kereta. Lalu jalan tanah merah. Paham-paham ajelah.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pahang. Abah kata nak berhenti solat di Muadzam Shah. Sempat jugalah kami mengisi dulu perut yang lapar. Tapi kalau kita berjalan jauh ni memang cepat je rasa lapar kan. Hehe. Masa makan tu abah kata nak teruskan je perjalanan ke Terengganu. Tapi dia pandang KJ minta persetujuan sebab lepas ni KJ yang akan memandu. KJ pun setuju sajalah. Memandangkan jarak perjalanan dari Muadzam Shah ke Kuala Terengganu memakan masa dalam 3 jam sahaja.

Dan akhirnya dalam jam 8.30 malam kami sekeluarga sampai ke Kuala Terengganu. Tapi kami tak terus mencari hotel untuk check in. Tapi kami cari dulu kedai celup tepung. Hehe, punyalah pack sangat masa kami. Abah kata jadual besok nak ke Pasar Payang dan Tasik Kenyir sahaja. Takkan singgah cari celup tepung lagi dah. Maka KJ pun turutkan juga kehendak abah. Berpusing-pusinglah di sekitar kawasan Lapangan Terbang mencari kedai yang jual celup tepung.

Memandangkan jam dah menunjukkan hampir 9 malam, Cuma ada 1 saja kedai yang jual celup tepung ni. Kalau kedai yang jual masakan ala thai tu memang melambak-lambaklah di tepi-tepi jalan.  Alhamdulillah. Merasa juga makan ikan, sotong dan udang celup tepung. Lokasinya berhampiran dengan lapangan terbang.



Setelah mengisi perut, kami pun bergerak ke Kuala Terengganu untuk mencari hotel yang murah dan selesa untuk kami berehat 1 malam. Ha nampak tak? Punyalah perancangan nak tidur Kuantan, tapi last-last sampai terus ke Kuala Terengganu.

Setelah meng’Google serba sedikit di Agoda, maka kami pun terjah je Hotel YT Midtown Kuala Terengganu. Abah tempah bilik yang ada 3 katil. Jadi adik bongsu terpaksalah tidur di lantai. KJ dan Firash tidur di tepi dinding. Memang sengaja pilih tepi dinding sebab si Firash tu tidur lasak.


Tapi maafkan KJ sebab KJ tak sempat nak ambil gambar di hotel ni. Almaklumlah, check in dah lewat. Nampak katil tu memanggil-manggil dah. Tapi gambar yang KJ ambil dari website ni memang dah samalah. Cuma bilik ni agak kecil utnuk kami yang 4 dewasa dan 2 kanak-kanak. Harga 1 malam dalam RM170.00 termasuk sarapan untuk 3 orang.

Pilihan sarapan juga tidak banyak. Sesuailah dengan bayarannya kan. Walaupun tak banyak pilihan, yang penting si Firash suka dengan mihun sup dia. Kena selera budak-budaklah senang kata.

Dan dalam pukul 11.30 pagi kami pun check out dan menuju ke Pasar Payang. Yeay.. Jom jalan. Sampai je kat Pasar Payang benda pertama yang kami cari ialah keropok keping. Tapi kami tak boleh nak beli banyak-banyak memandangkan banyak lagi tempat yang kami akan singgah. Toto ke baju ke memang kami tak belilah. Kami cuci mata je.

Okkaylah. Cukup sampai sini dulu. Lepas ni KJ akan buat entri mengenai Tasik Kenyir pula.
Terima kasih sudi baca.


December 12, 2017

Hebahan Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM

3:31 PM 1
Hebahan Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM
Hebahan Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM l Bersempena dengan sambutan yang ke 60 tahun, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti menerusi Fiesta Nanas yang akan diadakan pada 14 hingga 17 Disember 2017 di Pusat Perdagangan Bandar Baru Pontian, Johor.



Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan. Diantaranya termasuklah minuman dan nanas percuma, pameran dekorasi nanas, jualan nanas, pertandingan memancing, fun ride, forum perdana, pertandingan mewarna kanak-kanak selain cabutan bertuah dan pertandingan tertentu yang menawarkan 300 hadiah menarik.

Pengunjung juga bakal dihiburkan oleh Datuk Ramli Sarip, Yabang Khalifah dan juga Farahdhiya yang akan mengadakan persembahan pada 16 Disember 2017 iaitu pada konsert 'Rhythm of Pineapple'.





Lirik Lagu Surat Cinta Untuk Starla - Virgoun

12:00 PM 1
Lirik Lagu Surat Cinta Untuk Starla - Virgoun

Lirik Lagu Surat Cinta Untuk Starla - Virgoun

Kutuliskan kenangan tentang 
Caraku menemukan dirimu
Tentang apa yang membuat ku mudah
Berikan hatiku padamu

Takkan habis sejuta lagu
Untuk menceritakan cantikmu
Kan teramat panjang puisi
Tuk menyuratkan cinta ini

Telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karna telah ku habiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Aku pernah berfikir tentang
Hidupku tanpa ada dirimu
Dapatkah lebih indah dari
Yang ku jalani sampai kini

Aku selalu bermimpi tentang
Indah hari tua bersamamu
Tetap cantik rambut panjangmu
Meskipun nanti tak hitam lagi  

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Telah aku habiskan 
Sisa hidupku hanya untukmu

Dan telah habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Karna telah ku habiskan
Sisa cintaku hanya untukmu

Hidup dan matiku

Bila musim berganti
Sampai waktu terhenti
Walau dunia membenci
Ku kan tetap disini

Bila habis sudah waktu ini
Tak lagi berpijak pada dunia
Walau tak ku habiskan 
Sisa hidupku hanya untukmu

Bila habis sudah cinta ini
Tak lagi tersisa untuk dunia
Walau tak ku habiskan 
Sisa cintaku hanya untukmu

Karna telah ku habiskan
Sisa cintaku hanya untukmu




Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

9:30 AM 0
Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Klik banner untuk join
Cara penyertaan:
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah:
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh:
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018


December 11, 2017

Pengalaman Pertama Kali Membeli-belah di Lazada Malaysia

3:18 PM 4
Pengalaman Pertama Kali Membeli-belah di Lazada Malaysia
Pengalaman Pertama Kali Membeli-belah di Lazada Malaysia l Hai korang. Harini KJ nak share dengan korang pengalaman KJ masa pertama kali membeli-belah di Lazada. KJ ni sebelum nak membeli sesuatu barang dalam talian, KJ akan baca dulu review-review dari pembeli yang lain. Kalau ada yang meragukan memang KJ tak akan belilah. Tapi kalau tak ada yang review, KJ akan beli barang yang harga dia murah dulu. 




Kalau barang tu ok, penghantaran cepat dan sistem online banking dia betul-betul secure baru KJ akan repeat membeli-belah lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Hehe..

Barang pertama yang KJ beli di Lazada Malaysia
Dan macam yang KJ dan bagitau tadi, barang yang KJ beli tu murah je. Dah kata tadi nak test dulu kan. Jadi KJ pilih Nivea Fairy Tale Care Pack. Losyen ni memang KJ guna setiap hari. Dah alang-alang losyen ni nak habis, baik KJ standby dulu. Dan KJ pun cubalah klik sana-sini dekat website Lazada. 
Masa beli losyen ni harga dia RM16.84 sahaja. Murah tu wey. Dalam set ni ada:-
  • Nivea Fairy Tale Creme 60ml
  • Nivea Intensive Moisture Lotion 125 ml
  • Nivea Protect and Care Roll On 50ml
  • Nivea Essential Lip 4.8g
Banyak yang KJ dapat dengan harga yang murah macam tu. Berbaloi sangatkan. Pada awalnya nak beli losyen je. Tapi boleh dapat barang-barang lain pula. Harga postage pula berbaloilah dengan barang yang KJ beli tu. Dan sejak saat itu, KJ dah bookmark website Lazada ni. Hehe.

Jenis barang yang KJ pilih jika membeli di Lazada
Kalau diberi pilihan, KJ akan pilih aksesori telefon. Tapi buat masa sekarang ni, KJ pilih semua produk. Sebab pilihan harga dan macam-macam pilihan jenama yang boleh kita pilih. 

KJ selalu susah nak cari cover telefon dekat kedai telefon. Kalau ada pun tak banyak pilihan. Lepas buka website Lazada ni punyalah rambang mata KJ ni ha. Semua patern cantik-cantik. Rasa macam nak grab semua. Tapi kena kawallah kan. Boleh pilih barang lain pula.

Apa yang KJ suka dengan online shopping
1/ Jimat Masa - Memang banyak sangat masa yang boleh KJ jimat. Sambil-sambil masak pun boleh shopping you alls. Tak payah nak fikir pasal parking. Boleh belek barang yang kita nak beli tu puas-puas.

2/ Diskaun - Kadang-kadang kita terfikir nak membeli belah waktu tengah sale kan. Tapi memikirkan kena merempuh orang ramai dekat mall tu yang melemahkan semangat nak keluar. Jadi, shopping online jelah. Korang jangan tak tau, kalau korang shopping online pun boleh dapat diskaun tau. Silap-silap boleh dapat diskaun lagi banyak daripada yang dekat mall tu.

So, memandangkan besok dah bermula Online Revolution, KJ dah survey awal-awal dah barang yang KJ nak beli. Murah wey.

Midea Vacuum Cleaner.
Nampak tak harga dia tu? Dari RM199.00 dah jadi RM78.00. Berbaloi sangat beli vacuum ni. Memudahkan kerja kita. Lebih-lebih lagi kalau dapat isteri yang terlebih 'rajin' macam KJ ni ha. Vacuum ni memang sangat-sangat membantu KJ buat kerja rumah. Memang dah lama simpan dalam wish list KJ. Harap-harapnya dapatlah beli kalini.

Korang jangan lupa pula besok dah start Lazada Online Revolution. Pelbagai diskaun yang Lazada tawarkan. Harap-harapnya dapatlah kita sama-sama mengawal nafsu membeli-belah. Hehehe


Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017