Kasih Juju: 31 Day Challenge by JDT Blogger - Day 12

January 16, 2017

31 Day Challenge by JDT Blogger - Day 12

Day 12, tajuk harini - Pengalaman seram.

Okkay, to be honest saya ni tak banyak pengalaman seram pun. Kalau nak kate seram pun bukan saya yang nampak benda-benda yang tak sepatutnya tak nampak tu. Orang lain yang nampak. Senang kata hijab saya ni memang tertutup habis. Sipi-sipi pun tak.

Yang betul-betul seram pun ada satu je. Masa tu saya form 3. Nak PMR kan, jadi kebiasaannya memang akan stay up untuk study lah kan. Kalau korang nak tau. Rumah saya masa ni dekat berek polis Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan, blok yang tengah tingkat 1 rumah hujung sekali. Meja study pulak memang mengadap tingkap.

Malam tu saya studylah macam biasa. Tengah kusyuk-kusyuk mentelaah tu tetiba saya perasan ade bayang-bayang orang berjalan dekat luar. Tapi tak dengar bunyi selipar pun. Selalunya saya suka tunggu orang tu ketuk bagi salam. Walaupun dah nampak ada orang lalu, konon-konon macam tak nampak.

Tunggu punya tunggu, eh macam lama je orang ni. Kenapa tak ketuk pintu? Masa tu tak tunggu apa dah. Terus lompat atas katil pura-pura tidur sampai betul-betul tidur. Haha.. Kalau nak difirkan balik, rumah saya hujung sekali. Habis. Takkan dia nak langgar tembok batu tu pula. Hmm.. musykil betul.

Ha tu jelah kisah seram saya. Mesti korang rasa tak seram pun kan. Hehe...
Okkaylah, jumpa hari ke 13 pula ye :)
Wassalam.

2 comments:

  1. hii...nice visit & reading ur blog

    ReplyDelete
  2. baca memang x seram la, Ju.
    cer lalui sendiri.
    nampak simple. tapi perasaan nyer pada waktu tu hu hu hu :(

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign