Kasih Juju: 31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 11

January 15, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 11

Warghhh.. Dah Day 11 yek. MAcam sekejap jek dah habis seminggu cabaran ni. Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya menyahut cabaran, ngehngehngeh. Tahniah jugak buat blogger lain yang berjaya join cabaran kali ni.

Tajuk harini: Pengalaman bercinta

Alamak, nak kena bongkar ke sejarah cinta dulu-dulu tu? Tak payah kot. Kita cerita kisah cinta kita dengan suami kita ye. Mohon jangan muntah baca ayat manis-manis pulak ye :)

Saya kenal dengan suami ni dah lama dah. Sejak zaman sekolah lagi. Jiran rumah makcik. Tiap kali raya mesti beraya umah makcik ni. Dah nama pun makcik kan, kenalah datang beraya. Lagipun masa tu family kitorang je yang duduk dekat negeri Sembilan. Yang lain semua duduk dekat Johor.

Jadinya tiap kali balik mesti nampak ada sorang mamat hensem dekat sebelah rumah makcik ni ha. Pastu risik-risik dekat sepupu. Eh, sebaya rupanya. Kenal masa form 3 lagi dik hoi. Dulu kan mana ada telefon bimbit ni semua. Yang ada pun telefon rumah je. Tu pun susah giler si jiran makcik ni nak call kite. Hahaha.. Eleh, kite nak kawan je pun. Sombong kemain lagi.

Eceh, rupenya jiran makcik ni pemalu yakmat lahai. Atau pun dalam erti kata lain penakut dengan perempuan. Ada jugak eh spesis macam ni. Haha.. Serius baru tau.

Lepas tu nak kata bercinta tu tak lah. Cuma main-main mata je. Haha, gatal betul saya masa tuh. Tapi tak lama lah. Lepas habis form 5 dah tak nampak dah mamat jiran nih. Taim raya pun tak nampak. Mungkin dah kerja tempat lain, ataupun dah ada awek kot.

Entah macamana, bila datang rumah makcik ternampak pulak mamat tu baru balik kerja. Dah tak kerja dekat Senai rupanya. Dah buka carwash dekat depan simpang utama. Fuyyooo.. Mamat ni berniagalah pulak. Tak ingatlah tahun bila. 2010 ke 2011 cenggitu. Hakak form 5 tahun 2001 dik oi.

Masa ni saya memang tengah bercinta dengan sorang mamat ni. Tapi masa tu saya memang tengah ada krisis sikit. Biasalahkan. Mana ada cinta yang tak bergolak. Haha.. Amik masa yang lamalah jugak nak fikirkan kesudahan cinta dengan mamat tu. Last-last mamat jiran ni ajak kita keluar.

Tup tup dia ajak kita tunang pulak. Eh, betul-betul serius nih. Kita pun on lah memandangkan orang tua pun dah setuju dengan pilihan yang ni. Hehe.. Tak ambil masa lama pun kenal rapat dengan mamat jiran tu. Makcik pun bagi green light, apa lagi. Kahwinlah kiteorang.
Image may contain: 7 people
Doakan semoga ikatan perkahwinan kitorang ni kekal sampai syurga ye korang.
Terima kasih banyak-banyak.
Wassalam.

5 comments:

  1. wahhhh lama gila tu kenal..mudah2an akak doakan jodoh korang sampai ke syurga..aamiin..

    ReplyDelete
  2. alolo...sweet...kita belum start lagi challenging ni..

    ReplyDelete
  3. ala.. sweetnya.. main usha2 anak jiran lak tu.. haha... btw semoga berbahagia hingga ke jannah ye sis.. :)

    ReplyDelete
  4. wah... nice story mory Ju :)
    pandang... pandang...
    rupa nyer dlm hati ada rasa ekk :)

    ReplyDelete
  5. wahhh. kalau dah nama jodoh kan .... :)


    read my love story^^ > http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-11-love-story.html

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign