Kasih Juju: 31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 2

January 6, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 2

Cabaran hari ini ialah GAMBAR SETAHUN LALU.

Okeh guys, marilah kita sama-sama menyemak memory handphone masing-masing. Haaa...

Setelah di belek-belek, diselak-selak, rupenya tak de gambo pada tarikh harini. Huh, sadis betul. Yang ada pun gambar bertarikh semalam. Tapi saya masih ingat apa yang berlaku tarikh hari ini pada tahun lepas. Jom tengok gambar dulu.
No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Gambar dekat atas ni dua-dua bertarikh 5/1/2016. Masa ni saya masih bekerja di Pusat Bandar Kuala Lumpur. Balik kampung naik bas sebab besoknya ada interview dengan SPA Johor dekat Pejabat Tanah Pontian.

Perasaan masa nak interview ni jangan cakaplah. Walaupun dah bertahun kerja. Bila kena panggil interview ni dis punya cuak sama je dengan masa interview kali pertama dulu.

Okeh, meh saya kongsi dengan korang perbualan antara saya dengan penemuduga tu.

Jawatan yang saya mohon masa tu Pembantu Tadbir N19. Dalam masa yang sama saya bekerja juga dengan jabatan kerajaan dengan jawatan Pembantu Ehwal Ekonomi. Bila penemuduga tu nampak je jawatan saya tu dia tanya, dah berapa lama kerja dengan kerajaan. Saya bagitau dah hampir 7 tahun.

Penemuduga "7 tahun tu mesti sekarang ni awak dah confirmkan. Jadi kenapa awak nak apply jawatan ni. Awak tau tak kalau kami terima awak bekerja, awak mula balik dari bawah. Awak kena pergi kursus untuk confirm, awak kena ambil semula peperiksaan SPA tu. Rugi gred gaji awak ni."

Terasa kena bebel pulakkan dalam tu. memang saya ingat lagi setiap ayat penemuduga tu. Lepas tu saya pun terangkanlah dekat dia.

"Saya sebenarnya nak kerja di Johor. Sebab saya dah lama sangat dekat Kuala Lumpur, lagipun saya dah berkahwin. Dan saya duduk berjauhan dengan suami"

Penemuduga " Okeh kalau macam tu saya nasihatkan awak buat surat, hantar dekat SUK Johor, minta tukar jabatan. Tapi dengan syarat jabatan awak ni boleh lepaskan awaklah. Lepas tu 3 bulan sekali awak kena follow up permohonan awak dengan pejabat SUK Johor. Sayang ni, gaji awak pun dah banyakkan"

Ha, masa ni memang mengangguk jelah. Lagipun saya dah dapat surat pindah. Hehehe....

Wah, dah jadi macam novel pulak entri saya harini kan. Okeylah korang. Jumpa di cabaran besok pula.
Wassalam.

9 comments:

  1. Sebut je interview boleh buat tak keruan tau. Berhari2 tido tak lena. Haha

    ReplyDelete
  2. tahniah dah sampai ke pusingan kedua. yaya cendana telah mendahului anda.. sila ke sini untuk komen :D
    http://www.yayacendana.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-3.html

    ReplyDelete
  3. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/01/31-days-challenge-day-2.html

    ReplyDelete
  4. akak hebat!!! :)

    thanks join tau.. jangan lupa komen entry org lain skli ya jgn sombong2 :)

    ReplyDelete
  5. interview sangat menakutkan. erm.

    http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-2-gambar-setahun-lalu.html

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign