31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 20 - Kasih Juju

31 Januari 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 20

Day 20 : Tempat yang ingin dilawati

Hai korang, best tajuk harini. sebabnya ada banyak gambar saya nak kongsi dengan korang. jangan muak okey.

1st, saya nak ke sabah. eley, dekat je pun kan. masih dalam malaysia jugak. haha.. kenalah kenal negara sendiri dulu sebelum kite beralih ke negara orang.

Selalu dok terbaca post dekat Facebook pasal percutian ke sabah nun. siap bagi tentatif pukul berapa yang sesuai untuk naik flight. haishh.. agak-agaknya ujung tahun ni boleh sampai tak? teringain sangat nak merasa tempat sejuk dekat kundasang tu ha..
Image result for gunung kinabalu

Tempat kedua, ehem... nak pegi korea selatan boleh? haha.. yang ni memang berangan sungguhlah. entah tahun bila lah nak sampai ke negara yang banyak buat pembedahan plastik tu. ngeeeee.... haha... ampunnn. kejap lagi ramai pulak peminat kpop yang bash saya.
Image result for korea selatan
Alasan yang sangat klise bagi penggemar cerita Korea, nak pergi Korea sebab nak jumpa artis Running Man lah. Ape lagi. Haha.. Mimpi jelah nak jumpa diorang tuh. Huhu.

Tapi, selain daripada konon-konon dapat jumpa artis Korea tu, saya nak melawat tempat-tempat menarik dekat sana. Tengok dalam tv tu nampak best jekan kalau dapat pergi sana.

Okkaylah, tu je untuk harini. Sambung next entri pulak ye.
Wassalam.

2 ulasan: