Breaking

9 January 2017

31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - DAY 5

Hai korang, cabaran harini bertajuk ---> 6 perkataan yang melambangkan diri saya.

Hmm, banyak juga tu 6 perkataan. Nak gambarkan macammana yek? Hehe, nak kena jujur ni. Takut nanti kena kecam pula kalau terlalu bagus. Haha.. Jom baca.

SUKA GELAK
Di awal kemunculan saya dalam dunia blog ni saya tak guna nama Kasih Juju. Tapi saya guna nama Suka Gelak. Kalau tak percaya korang boleh refer entri post saya tahun yang lepas-lepas.

Kenapa saya guna nama Suka Gelak? Mesti korang nak tau kan. Kalau tak nak tau pun saya nak cerita juga. Sebabnya ramai yang kenal saya mesti cakap "Julia yang kuat gelak tu ke?" Hehe, dah memang dari zaman sekolah lagi perangai macam ni. Tak tau cemane nak ubah. Biar jelah kan. Barulah meriah hidup korang.

SUKA TIDUR
Perangai yang satu ni memang susah nak ubah. Balik kerja sementara nak tunggu waktu Maghrib pun boleh terlelap. Kadang-kadang sampai terlajak. Hah, korang jangan ikut ye perangai saya ni.

Tapi tu dulu lah. Masa duduk KL. Sekarang dah duduk dekat dengan family jangan haraplah dapat tidur yang berkualiti. Asyik kena sepak je dengan si Firash. Lasak betul budak tu tidur.

SUKA SWAFOTO DALAM KERETA 
Perangai yang mesti sama jugak dengan korangkan kan kan.. Meh hakak belanja himpunan gambar swafoto dalam kereta. Mohon tahan muntah :P

AIDIJUMA
Saya memang suka dengan tudung Aidijuma. Tudung bawal je. Senang. Tak payah nak lilit sana sini. Tapi sesekali pakai jugak shawl. Kenalah ikut peredaran zaman kan. Tak delah orang kata ketinggalan zaman.

BOLA TAMPAR
Dalam banyak-banyak sukan, yang satu ni je saya suka main. Alah, bukan main sungguh-sungguh pun. Setakat nak hilangkan stress je pun. Kalau main sungguh-sungguh kang semua pertandingan pun nak masuk. Ada kerja hakiki kan. Jadinya kenalah sedar diri. Huhuhu..

COFFEE
Dulu saya sangat-sangat suka dekat kopi. Hari-hari setiap pagi mesti nak secawan. Sampai tahap ketagih. Kalau 1 hari tak minum kopi mesti rasa lain macam.

Tapi tu dululah. Sekarang dah tak lagi. Bukan kata dah lupa terus. Tapi kenalah beringat. Lagi-lagi yang 3 in 1 tu. Tak bagus. Gula banyak sangat dalam tu.

Okeh, okeh. Entri harini dah habis. Sambung besok pula ye.
Wassalam.

19 comments:

Hernee Nazir said...

alamak..saya pulak yang baaru mula pandai minum kopi ni ha.. macam terpanggil nak minum hari2 hahaha

Jun Zie said...

ju da lama xbsukan hahaha.
BTW all the best myahut cabaran !

julia jamaludin said...

hehehehe...kopi sedap...:)

julia jamaludin said...

sesekali kena bersukan juga :)

Nurzakiah Hanum said...

wow rajinnya dia

ILA shafila said...

Saya peminum kopi yang tegar. Kopi O :)

Ibu Dilah said...

hai juju.. salam perkenalan...
Dilah dulu suka tidur jugakkk.. tapi lepas kawen jangan harap ler dapat tido lama2.. mcmana ngantuk pun x boleh nak tido selagi anak2 tak tido.. haha

adianiez AIDA said...

suka tidor.
aidijuma.
kopi.
gimme five.

Noor Najwa said...

wah bola tampar...last main masa sekolah rendah...haha

http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/01/31-days-challenge-day-5.html

sha dhira said...

Okey, terbukti kak ju suka selfie dalam kereta. Banyak tuu..

Link shad. 😎😎
http://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/01/6-perkataan-menggambarkan-diri-day-5.html

Wawa Ashihara said...

wahh meriah akk punya entry..hehe..

jom baca dan komen entry wawa pulak..

http://www.wawaashiharaa.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-5.html

julia jamaludin said...

:)

julia jamaludin said...

kopi o lagi sedap :)

julia jamaludin said...

betul tu dilah :)

julia jamaludin said...

nak sep jugak :)

julia jamaludin said...

hehe..hai shad :)

julia jamaludin said...

lamanya tak main bola tampar

julia jamaludin said...

meriah ea wawa :)

Edrina Zulkafli said...

suka tidur and coffee.....gengg! heheh

*a visit from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-5-6-perkataan-menggambarkan-diri.html