Kasih Juju: 31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 9

January 13, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 9

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah masih lagi on track di hari ke-9. Tajuk kita harini; Seseorang yang membanggakan

Senang je tajuk ni. Jawapan dia tak lain dan tak bukan, my lovely abah la. Setiap masa membanggakan. Mana pernah tak bangga. Siap jadi idola hakak hokey. Jom kenal abah saya.
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Abah saya yang pakai kemeja!
Ini abah saya. Tahun ni umur dia 57 tahun. Masih bekerja dalam satu pasukan unit beruniform. Bila saya tanya bila nak pencen dia kata tunggulah nanti kalau suasana kerja dah tak best. Dapat boss yang tak best ke, masa tu nanti abah pencenlah.

Macam tulah jawapan dia. Dah lama sangat dah dia kerja. Sejak habis sekolah lagi dah dapat tawaran berkhidmat dalam pasukan beruniform tu. Seronok sangat agaknya berbakti pada negara. Dalam erti kata lain, abahlah hero saya.

Satu lagi perangai abah ni dulu, masa saya kecik-kecik dulu, abah ni garang orangnya. Saya pula degil. Entah berapa banyak hanger yang patah masa mengajar saya dulu. Huhu, garang dia bersebab. Dia tak nak tengok anak dia tercicir dalam pelajaran. Nak tengok anak-anak dia berjaya.

Tapi tu dululah, masa saya sekolah rendah. Sekarang ni dah tak garang snagat dah. Untung adik-adik yang bawah saya. Tak de pun kena tengking masa belajar. Tapi nasib baik jugaklah diorang tu pandai. Huh, manja. (Haha, nampak tak hakak diorang ni dengki)

Okey guys, sampai sini dulu. Jumpa besok ye.
Wassalam

6 comments:

  1. Singgah ziarah baca entry di sini...

    ReplyDelete
  2. Cool gila jawapan dia hahaha :D
    New Update: How My Senior Year?

    ReplyDelete
  3. muda lg abah Ju.
    moga abah Ju kekal sihat ye.
    dan bertugas penuh dedikasi.

    ReplyDelete
  4. memang inilah pilihan setiap anak :)

    done komen...
    jemput baca dan komen entry wawa
    http://www.wawaashiharaa.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-9.html

    ReplyDelete
  5. abah da best. ehehehe


    http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-9-seseorang-yang-membanggakan.html

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign