Kasih Juju: Azam Tahun 2017

January 1, 2017

Azam Tahun 2017

Happy New Year from Google!
Assalamualaikum korang,
Selamat tahun baru semuanya.

Rasanya dari semalam lagi dapat main bunga api dekat facebook kan. Walaubagaimanapun, bunga api tu cuma dapat tengok dekat smartphone je. Kalau buka dekat pc tak nampak pun bunga api tu.

Sama jugak kalau korang tukar kaler background status dekat facebook. Kalau tengok dekat pc tak jadi ape pun. Huhu, sedih. Patutnya si Mark tu kena la selaraskan dengan smartphone. Barulah Facebook dia ni nampak menarik jugak kan? Hehehe.. Membebel pulak pepagi tahun baru ni.

Okeh, bercerita pasal tahun baru, mestilah berkait dengan azam baru. So, apa azam korang tahun ni?

Azam
Azam saya tahun lepas Alhamdulillah dah terlaksana sebelum habis tahun pun. Ngeeee... So, apa pulak azam saya tahun ni? Hmm, tak minta banyak pun tahun ni. Cuma berharap kehadiran si tecik dalam keluarga kecil kami ni. Sian dak Firash belum ada kawan nak bergaduh. Haha..

Lagipun tahun ni si Firash dah 3 tahun. Allahu, cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru je keluar hospital. Bau hospital pun masih melekat-lekat lagi dekat hidung ni ha. Haha, punyalah tak suka dengan bau hospital tu. 

Azam Blog
Tu cerita untuk keluarga, untuk blog pulak saya berazam untuk lebih rajin menulis. Haha, sama je tiap-tiap tahun. Tapi bila tengok balik entri yang dah di taip tak mencapai sasaran langsung. Huh!

Tapi kena amik kira faktor kerja juga. Dulu kerja bahagian yang santai-santai je. Bolehlah duduk ngadap blog je. Sekarang ni kalau ngadap blog je memang tak siaplah kerja yang menimbun ni ha. Sadis.

Okeh, kena juga tetapkan target blogpost untuk tahun ni. Huhu, berapa ek nak letak? Sebulan 30 post oke tak? Maksudnya 1 hari 1 post. Oke la tuh kan. Sikit-sikit lama-lama banayk juga. Yeah.....

Okeylah korang. Nak sambung kerja ni. Jumpa lagi :)

2 comments:

  1. boleh aje 1 hari 1 post secara purata, juju.
    kan ada fungsi schedule.
    aida kekadang guna kan jugak tu.
    kalau time busy, baik kat opis or rumah, memang x dpt nak update tiap hari.

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign