Kasih Juju: 31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 21

February 5, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 21

Day 21 - Makanan kegemaran selain makanan melayu

Assalamualaikum korang, best tajuk harini. hehe, apa yang tak best kalau bercerita bab makanan kan. baru cerita dah mengidam nak makan macam-macam. tu belum tengok gambar lagi tu. hah, meh tengok apa yang saya suka.

1. Spageti.
Image result for spaghetti
Kononnye western sangat kan. dulu saya memang tak pandai betul makan spageti bollognese ni. sebab saya tau kuah yang merah tu tomato. saya pulak bukan suka tomato. tapi bila member suruh cuba, saya pun makanlah sikit. masa tu tekak still lagi tak boleh terima. tapi bila member saya bagi saya makan yang dia masakkan masa tu juga terus jadi favourite. haha..

Sebabnya, member tu masak dengan kasih sayang. tu yang saya pun sayang dengan masakan dia. hahaha, percayalah sangat. dia masak spageti tu pedas. lepas tu letak meatball banyak-banyak. ditabur pula dengan cheesse. perghhh.. terus belajar masak sendiri.

2. Kambing golek.
Image result for KAMBING GOELK
Eh, ni bukan makanan melayu kan. tapi tak kisahlah. nak cerita juga. dulu saya tak suka makan kambing sebab tiap kali masak kambing mesti kari, tak kari pun briyani. memang tengok jelah lauk tu. tak sentuh pun.

Lepas tu bila dah kerja dekat KL. masa hari raya, hotel yang area office ni ramai pula yang jemput open house, kami pun apalagi. makan free beb. orang kata rezeki jangan ditolak. belom masa rehat lagi dah terjah hotel tu. member ni awal-awal lagi dah aim kambing golek. saya pun follow je die beratur. haha.. bila dah makan tu. homaigaddd, kambing golek curah kuah blackpepper ni kemain heaven lagi rasa dia.

Haha, sedih betul. dah berapa tahun hidup baru kenal dengan kambing golek. kesian.

3. Ayam pedas korea.
Image result for ayam pedas korea
Hah, yang ni memang terpengaruh betul dengan cerita korea. tak pernah terfikir pun nak merasa sendiri makanan dekat kedai makan korea yang melambak-lambak dekat malaysia sekarang ni. yang ni pun atas hasutan member gak. diorang dah pernah ke korea. jadi dah pernah rasa ayam tu cemane.

Sedap korang ayam tu. dia di goreng dgn tepung, lepas tu die salut dengan sos ape tah. macam sticky and ada bijan. tapi sedap. mungkin campuran madu dan serbuk lada. hmmm... boleh buat sendiri ni.

Dah, sampai sini dulu. Nanti sambung lagi ea.
Wassalam


2 comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign