31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 27

Kasih Juju
Day 27 - Gajet saya

Setakat hari ni, saya cuma ada 3 je gajet yang memang betul-betul saya punya. Hehe, jom tengok apa yang saya ada.

1/ Laptop Asus
Gambar ihsan dari google picture
Lama dah saya beli laptop ni. Kalau tak silap saya tahun kedua kerja dekat Kuala Lumpur. Tahun 2009. Hah, dah 8 tahun dah laptop ni dengan saya. Tak guna untuk buat kerja sangat pun. Condition sangat tip top. Cuma part bateri jelah. 

Eley, tipulah kalau kata bateri laptop korang masih okey setelah bertahun-tahun guna kan. Mesti ada masalah punyalah. Dulu selalu update blog guna laptop ni. Lepas tu share drama Korea dengan housemate, download game macam-macam. Hehe, nampak tak kegunaan dia yang tak beapa nak penting tu.

Sekarang ni kalau tak da dia ni, saya tak boleh nak buat kerja dekat rumah dan jugak kalau ada klinik akaun dekat luar office. Eh eh, jangan salah anggap. Saya tak bawa balik kerja pejabat dekat rumah pun. Cuma sesekali je. 

Untuk klinik akaun pula laptop pejabat ni memnag ade 1 je. Susah saya nak buat kerja dekat tempat orang sana tuh. Mesti nak ada juga. Sebab saya ni kalau buat akaun mesti dan wajib nak mengadap buat sendiri. tak nak duduk sebelah. Macam tak buat kerja je rasanya kalau duduk sebelah.

2/ Smartphone Samsung
samsung galaxy grand duos
Handphone ni sebebnarnya mintak dekat abah. Sebabnya dia sepah-sepah je dekat rumah. Macam tak da orang nak guna. Saya pun amiklah. Hehe, sebab handphone samsung yang kucik tu memang dah nazak sangat. Abah pun bagi pulak kita amik phone ni. So, memang tak tunggu lamalah.

Saya letak nombor maxis dekat phone ni. Phone untuk kerja hakiki dan jugak kerja-kerja blog. So sapa-sapa nak saya review produk korang, boleh whatsapp je saya okeh +6011 1213 0836. Hotline.

3/ Smartphone Sony
sony xperia t2 ultra white
Last but not least, my beloved sony xperia t2 ultra. Yang ni suami bagi. Hadiah mengandung katenye. Hehehe.. Letak nombor celcom dekat sini. Maklumlah, dalam banyak plan internet prepaid, celcom buat masa ni yang saya rasa sangat-sangat menarik perhatian.

Setia dengan celcom sejak dia bagi internet tanpa had seminggi rm7.00. Lama jugalah celcom bagi guna plan macam tu. Puas download Running Man. Haha.. 

Tapi sekarang nih mana nak dapat internet tanpa had cam dulu. Sumenya nak kena bayo. Saya guna plan xpax RM30/month 5gb. Siap dapat extra 3gb lagi, cuma tambah RM5 je. Maksudnya RM35 dapat 8gb sebulan. Kira okkay lah tu. Korang nak ke nombor celcom saya ni? Ish.. Tak payahlah. Personal use only. Hehehehe.

Terima kasih sudi singgah.
Wassalam.