Karnival Jelajah Usahawan MITI Pontian

Kasih Juju
Tanggal 25 Februari 2017 telah berlangsungnya acara Jelajah Usahawan MITI & Agensi 2017 yang telah diadakan di dataran Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Jalan Pantai, Pontian, Johor.

Program ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Semua rakyat jelata negeri Johor Darul Takzim dijemput untuk memeriahkan lagi Karvival Jelajah Usahawan MITI & AGENSI 2017 Peringkat Daerah Pontian di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor pada 24 Februari hingga 26 Februari 2017.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Terdapat pelbagai pameran dan juga aktiviti yang diadakan disepanjang karnival berlangsung selama 3 hari.

Di sepanjang karnival berlangsung, rakyat jelata berpeluang untuk merasai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan juga sahabat handai.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ialah :

🍃 Career Fair
🍃 Food Truck
🍃 Forum Perdana
🍃 Innorace / Infotaiment
🍃 Aktiviti Tarikan Pengunjung
🍃 Info Booth Agensi

Pelbagai lagi aktiviti yang menggalakan rakyat jelata datang berkunjung , seperti :

🍃 Pemeriksaan Kereta Percuma
🍃 Program Halal Cilik
🍃 Pameran & Jualan Produk PKS Setempat
🍃 Mini Showcase SDSI
🍃 Pertandingan Catur Bistari
🍃 Khidmat Nasihat Keusahawanan
🍃 Cabutan Bertuah

Jadi, jangan lupa datang ke Karnival Jelajah Usahawan MITI & AGENSI 2017 . Jangan lepaskan peluang untuk bersama - sama memeriahkan lagi karnival ini bersama keluarga tersayang.