Berkenalan dengan blogger maszull dan hernee

Kasih Juju
Assalamualaikum semua, selamat hari Jumaat.

Harini saya nak share pasal geng dari JDT Blogger ni. selama ni kami tak pernah ada kesempatan pun nak bersua muka. tapi kali ni kitorang ditemukan dalam satu event.

Ini kak hernee. pemilik blog herneenazir.com, kakak ni peramah sangat. ada je cerita keluar dari mulut dia. memang tak bosanlah kalau dengan kakak ni.

Sempoi je orangnya. sebenarnya ni dah kali kedua jumpa kak hernee. kali pertama masa photoshoot dekat gunung lambak. hamboi.. kelas nko ade photoshoot. muehehehe.

Kak hernee ada anak 2 tau.. Ilham syahmi dengan ilham syamil..comel tau dua-dua ni. Mungkin mewarisi kecomelan mak die. Eh.. Terpuji pulak.

Yang ni pulak pemilik blog maszull.blogspot.com, tapi lebih selesa di panggil mama. walaupun dah berusia, tapi saya suka baca blog mama. mama  pulak rajin update blog. malu pulak bila compare dengan diri sendiri.

Mama ni sebenarnya dah ada 2 orang cucu tau. Respect betul dekat mama ni. Sambil jaga cucu boleh bercucuk tanam, update blog. Saya yang anak 1 ni pun curi-curi masa nak update blohlg. Huhu..

Mama, pinjam idea sikit boleh tak. Hehehe..

Korang pun jangan lupa terjah blog mama maszull dengan kak hernee yek. Terjah dan tinggalkan jejak tau. Nanti confirm diorang akan terjah korang balik.

Jumpa lagi di lain entri.
Wassalam.