Coco Concept Store Grand Launch

Kasih Juju
Hai korang,

Harini saya nak share dengan korang pengalaman pertama kali saya join event dengan geng JDT Blogger.



Tanggal 23 Februari 2017 bertempat di AEON Tebrau City, Johor telah berlangsungnya acara pembukaan butik pakaian berkonsepkan Jepun iaitu Coco Concept Store.


Mengikut kata CEO Coco Concept Store, Mr Nicholas Chong, fesyen yang diketengahkan oleh Coco adalah berdasarkan dari pereka muda yang sangat teruja untuk mengenengahkan fesyen street wear, muzik dan seni. Sesuai dengan kehendak anak muda zaman sekarang yang inginkan sesuatu yang sangat fresh untuk dipakai seiring dengan perkembangan fesyen semasa.

Image may contain: 3 people, people standing and indoor

Butik ini juga diinspirasikan dari Japanesse street wear and lifestyle. Antaranya terdapat pelbagai varian of rugged work wear dan juga harajuku sports wear attire. Ha.. Boleh feeling-feeling macam orang Jepun tak kalau dah bergaya dengan baju-baju diorang ni? Hehehe..

Image may contain: 3 people, people standing, shoes and indoor

Korang boleh dapatkan pelbagai varian koleksi mix and match dekat sini. Top and bottom dia sangat-sangat menarik. Rasa macam nak borong satu kedai. Kalau korang tak percaya meh cuci mata jap.



Sweater ni murah je korang. RM19.90 sahaja.

Pada hari tersebut, kami juga telah dihidangkan dengan Fashion Mob Performance dari IDance yng datang all the way from Kluang. Untuk pilihan mix and match, korang boleh tengok gambar-gambar fesyen show yang sempat saya snap ni.





Cantikkan semua baju yang diorang ni peragakan. Rasa macam nak grab semua je. Geram betul. Haha, tapi masih boleh menahan diri. Sabar dulu.

Harga pula sangat-sangat affordable. Sesuai sangat untuk korang yang berkira-kira nak beli baju baru, tapi teragak-agak nak keluarkan bajet. Ahakss...


Ni antara model yang ada dalam Look Book 2017 2018. Mula-mula ingatkan patung. Sekali dia bergerak kemain terkejut lagi saya. Siap tanya member, ni patung ke orang? Bila tau orang, terus berdiri sebelah nak amik gambar. Muehehehe..


Gambar dekat atas ni antara geng-geng JDT Blogger yang sempat hadir pada hari kejadian. Tak ramai yang ada masa lapang untuk hadir event ini. Semoga lepas ni ramai lagi geng yang boleh hadir. Teringin sangat nak jumpa semua geng JDT Blogger. Ops.. Entri geng JDT Blogger ni kita buat dekat entri lain ye.


Gambar yang atas ni Sabrina, Marketting Manager. Lawa betul si Sabrina ni. Dah macam model-model. Sangat peramah. Tak kekok bila dengan dia.


Yang dekat atas ni pulak Amir, salah sorang orang kuat dekat event ni. Maaf tak ingat jawatan dia. Haha.. Ampunnn ye Encik Amir.


Yang ni pula part paling best. saya rushing sangat nak pegi Aeon Tebrau ni. sampai tak sempat nak makan. masa sampai je dah ternampak udang tempura tu. kecur air liur. hehe. teruk betul perangai. nasib baik diorang bagi makan dulu. kalau tak gigil tangan amik gambar.

pengajaran juga dekat diri sendiri. alas perut dulu sebelum pergi event. ha, nampak? alas perut je. jangan makan sampai kenyang. nanti rugi. muehehehe...

Kebanyakan makanan dia bertemakan Jepun. ada udang tempura, ada spaghetti bollognese, ada apatah lagi. tak sempat nak belek satu-satu. lapar teruk dah masa tu.


Haha.. tergelak tengok pipi sendiri. mengunyah sambil senyum. kembong semacam je. tapi saya suka gambar ni. sebab tudung kuning tu menyerlah sangat. kami ikut tema sebenarnya. dress code dia biru, putih dan kuning. disebabkan kami takde putih. jadi kami gabungkan biru dan kuning. tema butik COCO.

So korang jangan lupa terjah facebook diorang dekat www.facebook.com/cococonceptstore dan instagram diorang di www.instagram.com/cococonceptstore