31 March 2017

iPrice Blogger Competition: Laman web membeli-belah pilihan saya

Assalamualaikum semua dan salam Jumaat.

Harini saya terpanggil untuk mencuba segmen daripada https://iprice.my/ ni. Anyway memang dah lama dapat email invitation, tapi disebabkan kesibukkan yang melampau, saya ignore je email dari diorang.

Tapi harini dapat email lagi. Email reminder harini last day submit entri. Aduh, dah last day rupanya. Sementara idea tengah mencurah-curah ni saya pun dengan jayanya join juga kontes ni. Hehe.. Wish me luck okeh.
Pengalaman membeli-belah atas talian
Berbalik pada persoalan yang diajukan. Dalam dunia sekarang ni. Kita tak lepas dengan smartphone dari tangan. Semua info boleh dapat dengan hanya satu klik sahaja.

Macam tu jugalah dengan perkhidmatan membeli-belah secara atas talian sekarang ni. Pelbagai varian barang yang kita boleh beli. Siap boleh conpare lagi antara 1 website dengan 1 website yang lain. Dan dah tentulah yang murah akan jadi pilihan kita.

Saya sendiri suka buka 2, 3 website shopping online untuk membandingkan harga yang ditawarkan. Memang diakui sukar untuk saya membuat pilihan. Hal ini dipengaruhi oleh kaedah penghantaran dan juga harga.

Masalah yang dihadapi
Berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri. Ada 1 website yang memang menawarkan harga termurah. Tapi yang mengecewakan apabila saya ingin membeli produk yang lain, saya perlu membayar postage untuk setiap satu barang.

Contohnya saya dah pilih botol susu dan juga mainan kanak-kanak. Tapi bila tiba di bahagian checkout, saya perlu membayar postage untuk kedua-dua barang tersebut.

Jika botol susu tu postage nya rm8.00, mainan tu juga saya perlu membayar rm8.00. Maksudnya saya beli daripada 2 kedai yang berlainan. Bila saya tengok harga yang perlu dibayar agak mahal, saya terus batalkan pembayaran.

Hal ini sangat mengecewakan. Kesimpulannya saya mampu tengok sahajalah.

Cara penyelesaian
Jika kita bandingkan dengan website Lazada.com, mereka juga menawarkan pelbagai varian produk daripada pelbagai kedai. Tapi saya cuma perlu membayar postage sekali sahaja. Walaupun produk tu dari luar negara, saya tetap bayar sama macam harga di Malaysia.

Dan saya sarankan supaya website yang lain tu mengambil contoh seperti yang dibuat oleh Lazada. Sebagai buktinya, dah macam-macam barang yang saya beli daripada Lazada dan kualitinya sangat terjamin.

Selain daripada Lazada, Zalora juga menjadi pilihan saya. Khas untuk saya beli baju dan kasut untuk saya, suami dan anak saya. Satu yang saya suka dengan Zalora adalah sistem pemulangan barang jika saiz tak betul ataupun item damage, kita boleh return barang tu dalam masa sebulan dan kos pos ditanggung oleh Zalora.

Saya sendiri dah cuba membuat pemulangan barang. Dan sebaik sahaja pihak mereka terima barang tersebut mereka akan menghantar email untuk bertanyakan samada saya ingin tukar saiz ataupun wang saya dimasukkan dalam store credit.

Store credit tu maksudnya nilai barang yang kita tak jadi beli tu dia akan simpan dalam akaun kita. Bukan akaun bank tau. Dan bila kita nak membeli-belah lagi dengan mereka, nilai barang tu akan ditolak daripada nilai yang kiya tak jadi beli tu.

Contohnya ; nilai baju tak jadi beli rm20.00, nilai baju baru yang nak dibeli rm25.00. Bila di bahagian checkout kita cuma perlu membayar rm5.00 sahaja. Hah, menarikkan. Hehe.

Dizaman sekarang ni pengguna terlalu bijak memilih. Jadi website yang tak mesra pengguna ni mungkin terpaksa menutup perniagaan atas talian mereka. Sebelum perkara tersebut berlaku, mereka harus melakukan perubahan. Supaya mereka boleh terus berada di alam perniagaan atas talian ini.

Okeh, itulah sahaja untuk hari ini. Doakan saya menang dalam kontes ni ye. InshaAllah amin...
Wassalam.

Previous Post
Next Post

post written by:

10 comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.