Lazada Malaysia Big Baby Fair

Kasih Juju
Assalamualaikum korang,

Wah, nampaknya Lazada ada buat kontes lagi untuk blogger. Walaupun saya tak menang untuk kontes yang sebelum ni, tapi tak bermakna saya dah merajuk dengan Lazada. Hehehe.. Anggaplah rezeki tu berpihak pada orang lain.


Kali ni Lazada buat sale untuk Baby Fair pula. Ha kalau korang yang dah ada anak tu mesti selalu je kan tengok barang-barang yang boleh beli bagi dekat anak. kalau beli untuk diri sendiri pun mestu ingat dekat anak-anak. Kalau korang semua ada sindrom yang macam tu, waktu yang macam ni lah paling sesuai untuk korang cari sesuatu untuk anak-anak. Mungkin baju, mungkin mainan, botol susu ke. Hmm...

Jenama lampin pakai buang kesukaan anda
Bercakap mengenai lampin pakai buang ni, saya sangat mementingkan kualiti. Sebelum setia dengan sesuatu brand, saya suka cuba dulu. Ada yang murah tapi nipis. Ada juga yang terlalu tebal. Yang mahal, murah. Semua saya dah cuba dan akhirnya saya pilih lampin pakai buang jenama Petpet.


Sebabnya lampin dia ni tak terlalu tebal. Nipis sangat pun tidak. Dia termasuk dalam kategori sedang-sedang aja. Dan yang paling penting sekali, walaupun saya pakaikan lampin siang pada waktu malam, dia tak bocor. Maklumlah, kita ni kalau dah seharian bekerja kadang-kadang terlajak tidur sampai tak sedar nak tukar lampin si anak.

Petpet ni sangat lembut dekat kulit anak kita. Walaupun pakai lama, Alhamdulillah tak keluar ruam. mungkinkah kulit anak saya yang tebal atau ada sesuatu dekat lampin pakai buang tu? Hehe, kalau nak tau korang pun kenalah cuba.

Pilihan susu formula untuk anak
Kalau bab susu ni pula seingat saya, ada 3 jenama yang saya dah bagi pada si Firash. Yang pertama, Enfalac. Yang kedua, S26 dan yang ketiga pula Dutch Lady.

Kalau korang nak tau, Firash ni masa lahir dulu berat dia 2.65kg je. Kecik je orangnya. Susu Enfalac tu memang nurse yang suggest. Dia kata bagus untuk tambah berat baby. Tapi bila saya bagi dekat Firash tak naik pula berat badan dia. Makin turun. Risau betul masa tu.

Lepas tu mak mertua suggest S26. Alhamdulillah, 6 bulan juga bagi dia susu S26 ni. Badan dia makin bambam. Siapa yang tak suka kalau badan baby dia macam kartun tayar Michelline tu kan. Berketul-ketul. Tapi saya tak teruskan susu S26 ni. Risau pula kalau obesiti.

Dan akhirnya saya bertukar pada susu Dutch Lady. Sampailah sekarang ni. Firash pun tak nampak tanda-tanda jemu dengan susu ni. Alhamdulillah. Serasi betul dia dengan susu ni. Selera makan pun tak pernah kurang.



Kalau diberi pilihan, dan saya pun memang dah lama tengok barang ni. Dapat ke tak saya nak bagi dekat Firash ni yek? Hehe. Tapi manalah tau kan kalau ada rezeki saya menag kontes kali ni. Saya nak belikan Firash motor ni.


Hah, mengancam tak warna merah motor ni? Dalam banyak-banyak benda dekat Lazada tu, yang ni jugalah yang menarik perhatian. Firash suka dengan benda-benda yang bergerak ni. Lagi-lagi kalau dia dapat bawa sendiri.

Sebelum ni kalau pergi shopping mall memang selalunya dia akan minta naik motor ni. Kalau tak motor pun kereta. Dapatlah puaskan hati dia. 10 minit RM6.00. Kalau satu hari asyik mintak main mende ni je dah boleh beli 3,4 biji dah motor ni kan.

So, korang tunggu apa lagi. Jangan lupa temujanji kita dengan Lazada Baby Fair ni pada 29 Mac 2017 hingga 2 April 2017. Sekarang ni dekat website Lazada --> http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/ sedang berlangsung satu kontes khas untuk korang like facebook diorang. Jangan lupa terjah website Lazada yek. Diskaun sehingga 85%. Ye betul. 85% weh. Marilah berjimat cermat.