Kasih Juju: April 2017

April 30, 2017

MOMMA® Pregolact™ Susu Untuk Ibu Hamil dan Milk Booster

Hai korang.

Nak tanya ni. Berapa ramai antara kita, kaum mak-mak ni yang sedar betapa pentingnya pemberian susu ibu kepada anak masing-masing?

Kebanyakkannya ibu-ibu muda dan yang baru pertama kali jadi ibu yang kurang pendedahan pasal kebaikan susu ibu.

Macam saya dulu. Walaupun masa 3rd trimester saya dah didedahkan dengan pentingnya susu ibu kepada anak, tapi saya kecewa sangat tak dapat nak bagi sepenuhnya pada anak saya. Nak tau ke kenapa?

Okeh, meh saya cerita sikit. Saya dapat fully breastfeed anak saya sampai umur dia 3 bulan je. Lepas tu saya campur dengan susu formula sampailah air susu saya kering. Seriously down sangat perasaan masa tu.

Tapi apa saya boleh buat. Saya berjauhan dengan anak saya. Balik jumpa dia pada hujung minggu je. Memanglah susu tu boleh freeze kan. Tapi, peti ais dekat rumah sewa masa tu yang satu pintu je korang. Mane nak letak susu, mana nak letak ayam ikannya lagi. Huhu.. Memang sedih betul susu tu terpaksa buang macam tu je. Padahal sebelum tu siap dah survey dah susu untuk ibu mengandung dan juga milk booster.

Dah, dah. Habis dah cerita pasal saya. Sekarang saya nak bagi dorongan pula dekat korang yang ada semangat tinggi nak fully breastfeed anak-anak korang.

Jadi, untuk korang yang berjaya menyahut cabaran susu ibu sehingga umur anak 2 tahun, tahniah saya ucapkan. Pada yang masih meneruskan perjuangan meh teruskan pembacaan anda meh.

Susu badan kita ni ada masanya dia akan berkurangan. Mungkin cara pemakanan kita tu salah ataupun kita termakan sesuatu yang membuatkan susu kita sikit. Tapi korang jangan risau sebab sekarang ni dah ada susu untuk ibu hamil dan milk booster yang boleh membantu menyelesaikan masalah korang.

Seperti yang korang semua maklum, sekarang ni memang ada lambakan milk booster yang terjual dekat pasaran. Tapi harini saya nak kenalkan korang dengan Momma Pregolact,(susu untuk ibu mengandung, menyusu dan milk booster).

MOMMA® Pregolact™ (susu untuk ibu mengandung, menyusu dan milk booster)
Membekalkan tenaga
Momma Pregolact ni dicipta khas untuk anda yang tercari-cari susu untuk ibu mengandung. Susu yang kaya dengan nutrisi ini sangat baik dalam membekalkan tenaga.

Bila perut dah semakin besar. Setiap pergerakan kita akan rasa penat sangat. Walaupun cuma mencuci pinggan mangkuk dekat dapur. Tapi dia punya penat macam berlari 100 meter. Sebab itulah ibu mengandung patut minum susu yang boleh tambah tenaga.

Meningkatkan kualiti dan memekatkan susu
5 daripada 12 bahan semulajadi yang digunakan dalam produk ini telah terbukti berkesan dalam membantu peningkatan dan kepekatan susu ibu.

Kesannya boleh dirasakan jika korang konsisten minum susu ni 7 hari berturut-turut. Ibu mana yang tak suka kalau air susu dia meriah weh. Anak pun boleh tidur dengan lena. Tak meragam dah. Kalau tak asyik bangun je nak minta susu.

Bila susu dah meriah, ditambah pula dengan pekat bertambah lenalah anak tu tidur. Dan si ibu pula dapat tenaga untuk menyambung kerja lain.

Rasa susu coklat dia ni sangat sedap dan tak berbau hamis. Susu ni juga rendah lemak dan tanpa gula. Ianya juga mengandungi DHA dan juga asid folik.

Momma Pregolact (susu untuk ibu mengandung, menyusu dan milk booster) ni juga adalah susu kecantikan dan kesihatan 4 dalam 1 yang pertama di Malaysia. Ini adalah kerana susu ini telah diformulasi dengan Activ-4 Plus.


  • Cantik : Menghalus, melicin dan mencantikkan kulit ibu dan bayi.
  • Sihat : Kesihatan yang baik dan merawat stress.
  • Bertenaga : Tenaga ekstra bagi melakukan aktiviti seharian.
  • Bijak : EPA dan DHA untuk membantu perkembangan otak bayi.
  • Milk booster : Melancarkan saluran susu, meningkatkan pengeluaran serta kepekatan susu badan bagi ibu yang mempunyai masalah kurang susu

MOMMA® Pregolact™ (susu untuk ibu mengandung, menyusu dan milk booster) kini diformulasikan advanced formula:-✔ PureMilk™
✔ Tiada gula
✔ Tiada krimer
✔ Rendah lemak
✔ Bahan-bahan semulajadi
✔ Penggunaan untuk 30 kali (1 bulan)



Milk booster ini mengandungi 12 bahan semulajadi iaitu;
  • Buah zaitun
  • Kismis
  • Omega 3
  • Buah delima
  • Buah tin
  • Habatus sauda
  • Susu kambing
  • Kurma
  • Madu
  • Safron
  • Inulin (prebiotik coklat)
  • Inulin (prebiotik vanila)
Jom kita tengok pula testimoni daripada pengguna milk booster Momma Pregolact (susu untuk ibu mengandung, menyusu dan milk booster) ni





Susu ini juga telah mendapat sijil halal dari JAKIM dan juga telah lulus KKM.

Siapa yang perlu minum susu Momma Pregolact (susu untuk ibu mengandung, menyusu dan milk booster)?
  1. Wanita yang merancang untuk hamil (macam sayalah tu)
  2. Ibu hamil yang mahukan hanya yangt terbaik untuk anak dalam kamdungan
  3. ibu yang sedang menyusukan anak.
Cara penggunaan
Bancuh 4 skop Momma Pregolact (susu untuk ibu mengandung) bersama 150ml air suam. Minum ketika sarapan atau sebelum tidur. Untuk lebih berkesan, minum sebelum tidur. (Skop disediakan)
  • Ibu hamil - minum satu kali sehari sahaja
  • Ibu menyusu - minum satu kali sehari untuk 3 hari pertama dan tingkatkan kepada 2 atau 3 kali sehari mengikut keperluan.
Momma Pregolact (susu untuk ibu mengandung) ini sesuai diamalkan seawal usia kandungan kerana ianya mengandungi bahan semulajadi. 

Harapnya entri saya ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana untuk mencari milk booster dan susu untuk ibu hamil yang bersesuaian dengan korang.

Untuk maklumat lanjut mengenai MOMMA® Pregolact™ (susu untuk ibu mengandung) boleh layari facebook dan website
MOMMA®:
Facebook: www.facebook.com/momma.nutrition
Website: http://shop.momma-nutrition.com


Atau terus ke kedai beralamat:
MOMMA® Industries Sdn Bhd,
No 6-25- 3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Google Map / Waze: Momma Club


Hotline tempahan: 016-923 6962 / 016-924 6962

Lastly, semoga korang dapat khasiat yang terbaik daripada susu Momma Pregolact (susu untuk ibu mengandung) ni. Good luck ye.

Sampai berjumpa lagi.
Wassalam

Himpunan Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta di gkerjaya.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Nak tanya ni, berapa ramai antara kita yang menggunakan internet untuk mencari kerja kosong? Sama ada swasta atau kerajaan? Tapi saya 100% percaya korang mesti cari kerja dalam internet ni kan. Dunia dihujung jari. Cari apa pun mesti jumpa.

Meh sini saya nak memperkenalkan dengan korang satu portal yang menghimpunkan kerja kosong yang ada dekat Malaysia ni.

Memperkenalkan gkerjaya.com. Sebuah laman web yang sangat bermanfaat untuk anda yang sedang mencari-cari kerja kosong. Apa yang menariknya, anda boleh pilih kerja kosong tu ikut negeri masing-masing.
Gkerjaya - Informasi Kerjaya anda
Siapa yang perlu follow laman web gkerjaya.com ni?

  • Mereka yang sedang mencari jawatan kosong
  • Mereka yang ingin tukar kerjaya yang lebih baik
  • Mereka yang baru habis spm / diplpma / ijazah / phd dan lain-lain
Kenapa anda harus layari laman web gkerjaya.com?

Sebabnya, mereka menyediakan pelbagai tips-tips kerjaya. Antaranya;
  • Panduan bina kabel dalam linkedin
  • Panduan memohon kerja melalui email
  • Panduan memohon kerja melalui SPA dengan betul
  • Tips penulisan resume
Dan seterusnya korang boleh baca dekat sini --> TIPS KERJAYA

So, korang apa tunggu lagi? Cepat-cepat klik dekat laman web gkerjaya ye. Semoga mudah urusan korang untuk dapat kerja.

Terima kasih sudi baca. Wassalam.

April 28, 2017

Celcom bagi data percuma untuk Facebook dan Whatsapp?

Seperti yang kita semua tahu, semenjak sebulan dua ni pengguna Celcom sering mengeluh sebab susah sangat dapat line untuk data Facebook dan juga Whatsapp.  Saya sendiri pengguna Celcom memang sangat-sangat kecewa dengan servis Celcom.

Bayangkanlah, selalunya kalau nak tengok video dekat Facebook tu dia punya loading sangat-sangat excellent. Walaupun video tu berdurasi satu jam ke atas. Laju je dia loading. Kalau tersekat pun sekejap je.

Bila masalah loading ni timbul, nak tengok video yang berdurasi satu minit pun rasa sakit jiwa. Baru tengok dua saat dia loading 30 saat. Eh, rasa macam nak tukar line telefon je. Tapi nasib baiklah line yang oren putih tu tak cemerlang dekat rumah ni. Kalau tak memang dah lama dah tukar.

Tapi saya tiadalah kepentingan sangat nak tengok Facebook hari-hari. Cuma geram jugalah bila Whatsapp tu lambat masuk.

Zaman sekarang ni kan semua pantas dan cepat dengan penggunaan aplikasi Whatsapp. Memang mudah sangat berurusan dengan pelanggan-pelanggan saya.

Dan tiba-tiba harini saya dapat mesej dari Celcom. Saya rasa pengguna Celcom yang lain pun dapat.
Eh, eh! Macam tiba-tiba je baik hati sangat si Celcom ni. Mungkin ini cara diorang untuk minta maaf kepada pelanggan setia dia.

Walau apa pun, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat Celcom sebab bagi data percuma ni. Selalulah reward pelanggan macam ni ye. Confirm pelanggan tak lari. Hehe..

Jangan lupa ye korang. Data percuma bermula besok sehingga 5 Mei 2017. Sila layari Facebook anda dengan berhemah.

Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi di entri yang lain.
Wassalam.

April 27, 2017

Segmen Bloglist Blog Tiara Sapphire


Segmen Bloglist Blog Tiara Sapphire
SYARAT WAJIB:
  • Follow blog ini.
  • letak blog ni dalam bloglist korang, kalau takde bloglist anda dimaafkan.
  • jangan lupa letak banner dan backlink
SEGMEN TAMAT : 8 Mei 2017 | 11.59 Malam

GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW

Syarat-syarat:

1. Wajib follow blog BCSB.

2. Wajib follow Google Plus

3. Follow IG bagi yang ada akaun IG. 

4. Tulis entri bertajuk GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW,  letak banner di atas dan backlink ke entri ni.

Hadiah-hadiah :

1 x Pineng Power Bank 10,000k mAH berharga RM70.
1 x Roman R539 Bluetooth Headset berharga RM50.

Tempoh GA:

 26.04.2017 - 26.05.2017 ( sebulan) 

Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini

Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini

Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini
Sumber Gambar

Klik banner kalaunak join ye.

April 26, 2017

Hebahan: Ramadhan Care untuk Ibu Tunggal dan anak-anak Yatim

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.

*Tim CSR Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru* ingin membuka peluang sekali lagi bagi tahun ini untuk meneruskan amalan membantu ibu tunggal dan anak yatim di sekitar Skudai menjelang Ramadhan tidak lama lagi.

Berikutan pengalaman tim kami sebelum ini, ada yang menitiskan airmata berikutan banyaknya bantuan yang diterima hanya menjelang Aidilfitri sahaja bukannya menjelang bulan Ramadhan yang dimuliakan maka, inilah sebab utama kami memutuskan agar amalan sebegini diteruskan bagi tahun ini. Insha Allah.

Anda boleh menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan samada memilih :

1⃣ *Pakej A* - sekampit beras 5kg *atau* 10kg bagi 1 famili,

2⃣ *Pakej B* - satu set keperluan dapur iaitu minyak masak 5kg, tepung gandum, gula, garam, bihun, sekampit kecil bawang merah, kicap, sos atau apa sahaja yang dirasakan boleh menjadi keperluan asas di dapur,

3⃣ *Pakej C* -  sepasang telekung wanita dewasa *atau* telekung kanak-kanak yang baharu,

4⃣ *Pakej D* - wang tunai seikhlas hati yang sebahagiannya akan digunakan untuk membeli hamper kurma buat 1 famili.

Anda juga bebas memilih jika mahu menyumbangkan *kombinasi pakej* yang tertera.

Bagi *Pakej D (tunai)*, sumbangan perlulah dibuat secara *online ke akaun Maybank* Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru *5511 3750 7754*.

Mohon Whats App kan slip transaksi sumbangan atau menyerahkan semua barangan sumbangan (Pakej A, B & C) untuk dikumpulkan kepada *Puan Zulhaya Marzuki* di talian *013-765 2551*

Jika anda tidak sempat membeli barang-barang yang ingin disumbangkan, tidak mengapa. Anda boleh memilih Pakej D sahaja dan kami akan membelikannya untuk anda bergantung kepada barangan keperluan lain setelah kami kumpulkan.

Semua wang sumbangan & barangan sumbangan perlulah diserahkan *sebelum 17 Mei 2017*. Dan *serahan akan dibuat pada 20 Mei 2017*.

Kami juga amat mengalu-alukan *sponsorship* daripada mana-mana pihak yang ingin turut serta bersama kami di dalam *Ramadhan Care* tahun ini.

Semoga amalan anda dan amalan kita semua diangkat dan diberkati oleh Allah serta dapat memberi makna yang besar walaupun sedikit bagi golongan yang memerlukan. Terima kasih. 💐

Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-anak Yatim - Sesi Pengenalan

Assalamualaikum semua,

Kisah ini adalah sambungan daripada entri ini --> Episod Persiapan
Harini saya akan kongsikan denan korang semua apa aktiviti yang kami buat dengan anak-anak terpilih ni.
No automatic alt text available.
Awal pagi hari kejadian saya dah keluar rumah. Terus menuju ke hotel tempat Kak Hernee dan Kak Eda menginap. Nak ambil barang-barang yang perlu di bawa ke rumah anak-anak yatim ni. Sampai je dekat hotel tengok diorang dah gerak ke Rumah Anak Yatim. Hmm.. Laju berdesup betul. Semangat nak bergotong-royong katanya.

Perkara pertama kami pagi tu berkumpul di dewan mereka. Jumlah anak-anak dekat sini seramai 56 orang. Pada sesi ini, kami memperkenalkan blog masing-masing. Sambil tu ada juga penerangan daripada blogger MiaLiana mengenai kelebihan berblog.
Image may contain: 1 person
Our emcee of the day. blogger uyulrosli.com
Image may contain: 9 people, people sitting
Barisan JDT Blogger bersama anak-anak yatim
Image may contain: 1 person, smiling, text
Sesi Q & A
Image may contain: 1 person, standing and indoor
Sesi Q & A
Image may contain: 4 people, people sitting and indoor
Sedikit penerangan blog daripada blogger mialiana.com
Pendedahan ni sedikit sebanyak telah membuka mata anak-anak ini untuk berblog. Banyak sangat benefit untuk diorang ni. Dan kami juga ada buat sesi Q & A. Nak menghangatkan suasana sebelum gotong-royong. Kenalah kenal rapat dulu kan.

Majlis kami disempunakan dengan bacaan doa daripada suami blogger Wawa Ashihara. Ampun... Lupa nama suami Wawa. Hehe..
Image may contain: 1 person, indoor
Bacaan doa pembuka majlis.
Op op.. Sampai sini dulu. Sambung part seterusnya dekat entri lain ea.
Wassalam.

April 25, 2017

Lip Balm MamaMade, Mind Your Lips

Siapa dekat sini ada masalah bibir kering? Meh sini nak sep sikit. Kita genglah. Rasanya masalah bibir kering ni sejak dari sekolah memang tiada jalan penyelesaiannya. Bila dah elok, kejap je. Lepas tu dia jadi balik. Tangan pula gatal. Asik nak tarik je kulit bibir yang merekah tu. Sakit dia jangan cakaplah. Meleleh air mata.

Harini saya nak tunjuk dekat korang sejenis lip balm yang boleh selesaikan masalah kita dekat atas tu. Dah tak nak dah bibir kering ni. Tak cantik kalau pakai lipstik matte. Dah macam tanah yang kering-kontang tu ha. Eeewww.. Tak cantik hokey.

Memperkenalkan Lip Balm keluaran MamaMade, Homemade & Natural.

Senang je nak pakai dia ni. Bukan pakai masa hari siang tau. Pakai masa nak tidur. Ha... Boleh simpan dekat rumah je. Tak perlu bawak ke hulu ke hilir.

Saya dah try dah lip balm ni. Memang bangun pagi tu bibir rasa lembap je. Takde lagi dah kulit-kulit kering tu.

Jom tengok testimoni daripada mereka-mereka yang dah cuba Lip Balm ni.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
Image may contain: text

Mind Your Lips (Lip Balm 5g)
Kandungan;
Virgin Coconut Oil, 
Castor Oil, 
Shea Butter, 
Beeswax, 
Vit E Oil, 
Lavender Oil.
No artificial fragrance, coloring and preservative

Harga; RM 9.00 
Cara pembelian: 
Boleh beli melalui Facebook rasmi diorang di --> Homemade & Natural by MamaMade

April 23, 2017

1st Photoshoot JDT Blogger - Horrormantic

Image may contain: text

Assalamualaikum korang,

Firstly nak minta ampun dan maaf sebab saya baru perasan yang saya tak buat lagi entri photoshoot haritu. Dah 3 bulan berlalu rupa-rupanya. Harap saya tak kena kecam dengan member JDT Blogger. Hehehe...

Tarikh yang dah dipilih ni memang kebetulan saya ada masa lapang di rumah. Terperasan post ni baru mula-mula request nak join JDT Blogger. Fuh, nasib baik saya jadi antara orang yang terawal jugalah join group ni.

Seronok sangat rasanya bila dapat berkenalan dengan blogger-blogger yang ada dekat area Johor ni. Selalu baca blog je kan. Bila dah jumpa ni baru tau perangai masing-masing. Semuanya gila-gila dan sporting. Best sangat.
Image may contain: one or more people
Yaya Cendana
Tema haritu dipilih oleh blogger Yaya Cendana. Berdasarkan pengalaman dia sendiri. Horrormantic tu singkatan daripada perkataan horror dan romantic. Pernah join teater dengan tema yang sama. Mesti seramkan teater yang Yaya join tu.

Rasanya ramai yang dah kenal dengan blogger Yaya Cendana ni kan. Kalau belum kenal lagi boleh terjah blog dia ye --> www.yayacendana.com
Image may contain: 1 person, text
Wawa Ashihara
Make up pula kami datangkan khas dari Kluang. Memperkenalkan blogger Wawa Ashihara. Kalau korang nak tau, dia adalah MUA yang cover area Kluang dan Batu Pahat. memang sangat-sangat cantik hasil make up dia. Ramai juga yang dah buat tempahan dengan dia. lebih-lebih lagi untuk hari persandingan. Ramai sangat yangberpuas hati.

Saya sendiri suka dengan make up dia. kalau korang nak tau, muka saya ni teruk. banyak bekas jerawat dan juga berminyak. Tapi, si Wawa ni boleh buat muka saya ni maintain lawa sampai petang tau. Ohsem sangat kan. Korang yang belum follow blog Wawa lagi boleh klik --> www.wawaashihara.com
Image may contain: 1 person, close-up
Uyul Rosli
Photographer pada hari tersebut ialah blogger Uyul Rosli. Didatangkan khas dari Batu Pahat. Dia ni sebenarnya kerja dekat kedai gambar. Tapi buat partime photographer. Banyak tempat dia boleh cover. Korang cuma perlu book awal sebabnya bila dia dah lock tarikh customer, korang dah tak boleh kacau dah tarikh tu. 

And the best part is gambar-gambar yang dia shoot cantik sangat. Korang boleh tengok teaser hasil-hasil shoot dia dekat Facebook dan juga Instagram. Search je Uyul Rosli. Confirm jumpa. Jangan lupa juga untuk terjah dan follow blog Uyul ye. Klik dekat --> www.uyulrosli.com 

Dekat bawah ni pula sebahagian daripada team JDT Blogger yang dapat hadir pada hari tersebut. Dalam entri sebelum ni pun saya dah kenalkan diorang ni. Tapi saya nak kenalkan lagi. 

Image may contain: 1 person, close-up and text
Mar Mansor
Image may contain: 1 person
Hernee Nazir
Image may contain: one or more people
Eh, macam familiar je. hehe, saya lah ni.
Inilah keluarga baru saya. Seronok sangat dapat berkenalan dengan diorang. Banyak sangat aura positif yang saya boleh ambil daripada diorang. Masing-masing ada kelebihan sendiri. 

Tapi yang paling saya respect dekat blogger Hernee Nazir dan juga Mar Mansor. Diorang tu partime blogger juga macam saya. Tapi sangat rajin update entri blog. Saya sendiri pun terkial-kial nak menaip setiap hari. Tapi diorang ni ada je cerita yang nak dikongsikan. Tabik spring toing toing. Hehe

Last but not least, jangan lupa singgah blog Hernee Nazir --> www.herneenazir.com dan juga blog Mar Mansor dekat link sini --> www.jnjikita.blogspot.com

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

April 20, 2017

Buat Sendiri Grafik Design Anda


Assalamualaikum korang,

Nak tanya satu soalan ni, nak buat grafik design yang pantas tak?

Ya lah, kalau nak tunggu designer pro kena tengok juga;
- que design dia. Kalau ramai yang tempah, anda kena tunggu giliran.
 - Tempah hari ni, terus nak dapat design tu memang susahsikit la.
- Lepas dah dapat, mesti anda nak buat sikit sebanyak  perubahan, kena tunggu lagi.

Aduuhh!

Buat sendiri lah :)
Alamak, buat sendiri designtak cantik pulak. Buruk. Errkk!
Jemmm :(

Okeh, cuba tengok ni. Satu software untuk marketer yang nak design cepat.
Diaorang dah compile template banner, header, timeline, infografik bla bla bla yang kita boleh terus edit TANPA PERLU Photoshop.

Cecuba tengok;


Serius naik bulu roma!

Anda tahu berapa anda kena bayar untuk hasilkan banner iklan Facebook?
>> RM70 - RM200

eBook cover?
>> RM50 - RM80

Header blog?
>> RM150 - RM300

Banner iklan online
>> RM200 - RM300

Tu untuk sekali design. Kalau anda nak design baru untuk promosi yang seterusnya?

... bayar lagi
... bayar lagi
... bayar lagi

.
.
Untuk yang bisnes memang dah besar tak ada masalah. Hire seorang grafik designer sebagai staff pun boleh

Tapi untuk yang baru nak mula, tak berapa nak praktikal. Kos tinggi.

Margin dah jadi ciput!
.
.
Sebab tu kita keluarkan tool ini.. SOFTWAREGRAFIK

Ianya adalah software yang membolehkan anda buat sendiri design. Kita dah masukkan ribuan template dalamnya  yang anda boleh EDIT.

Tak perlu pening kepala.

STEP 1: Login ke web software
STEP 2: Pilih nak design apa
STEP 3: Pilih template
STEP 4: Edit dan save!

SIAP!

Cepat dan jimat!

Anda hanya perlu bayar sekali sahaja untuk software ini buat masa sekarang dan boleh guna untuk cipta UNLIMITED design!

April 19, 2017

Ebook Anak Anugerah Dan Ujian

Bersempena dengan bulan kesedaran Autism bulan ini, saya nak memperkenalkan korang dengan satu ebook mengenai perjalanan seorang ibu tunggal yang membesarkan anaknya yang menghidap Autisme.

"Pengalaman ibu, guru, keluarga dan masyarakat yang menghadapi kekeliruan terhadap anak yang mempunyai kelainan berbanding anak normal. Anak berusia 6 tahun dan mempunyai tiga kelainan seperti SPD (Sensory Processing Disorder), Dyslexia dan ciri-ciri Autisme peringkat IQ Tinggi.

Ditambah lagi diagnos Doktor & OT (Occoputional Theraphy) mengesahkan ada kesan traumatik atas anak ini selepas kematian mengejut bapa pada umurnya 3 tahun. Buku ini memberi pendedahan kisah benar bagaimana seorang ibu tunggal berjuang meneruskan kehidupan sehingga ciri-ciri kelainan anak tidak dapat dikesan awal kerana kesibukan mencari rezeki dan anak kelihatan membesar normal seperti kanak-kanak lain sebayanya.

Buku ini juga padat dengan maklumat asas tentang kelainan ini, Apa itu SPD, Dyslexia & Mild Autisme peringkat IQ Tinggi, Tips pendidikan anak istimewa, Rawatan moden, Rawatan syifa, Tanda awal & Teknik mengesan, Gajet; Teknologi yang membantu atau merosakkan dan Punca yang menyebabkan anak kelainan upaya . Saya juga sertakan aplikasi tindakan dan contoh lembaran kerja yang saya gunakan untuk membantu anak.

Di Malaysia, buku ilmiah yang berkaitan kelainan ini sangat kurang di pasaran dan saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar bagaimana saya melalui situasi ini.

Anda berminat untuk mendapatkan ilmu tambahan tentang kelainan ini? Jom isi form di bawah dan kami akan hubungi anda untuk susulan lanjut."

Isi Kandungan Buku Anak Anugerah & Ujian

Cara mengesan kelainan anak Normal : Disleksia & Sensory Processing Disorder (SPD)

1.     Dari hati
2.     Apa itu Sensory Processing Disorder (SPD) & Disleksia
3.     Tanda Awal dan Teknik mengesan kelainan anak
o    7 tingkah laku normal yang menutup diagnosis awal SPD
o    Ciri-ciri atau tanda awal kelainan
o    Teknik mengesan kelainan anak
4.     Punca anak kelainan upaya
5.     Gajet : Teknologi yang membantu atau merosakkan anak.
6.     Pendidikan anak Istimewa
o    Pendidikan Awal dari Rumah (Sistem kekeluargaan)
o    Pendidikan pra-sekolah
7.     Rawatan
o    Rawatan Moden
§  Pakar Perkembangan Kanak-kanak
§  Occupational Therapy
§  Kelas membaca menggunakan sistem Fonik
§  Aktiviti luar : Martial Arts, Kelas renang, Menunggang kuda & memanah
§  Jenis-jenis Terapi lain
§  Terapi Visual
§  Terapi bercakap & bahasa
§  Terapi Fizikal
§  Terapi Mendengar
§  Terapi Nutrisi
§  Terapi Perceptual motor
o    Rawatan Syifa
§  Amalan doa
§  Terapi mendengar ayat suci Al-Quran
§  Terapi menghafaz Al-Quran
o    Rawatan Tambahan Di Rumah
§  Tips membantu anak memaksimakan kebolehan
§  Aktiviti harian yang membantu meningkatkan potensi anak
o    Senarai Occupational Terapi di Negeri Johor
8.     Rumusan & Penutup
Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini, anda boleh klik --> SINI
Feel free to spread this.

Review : Levea Susu Kambing

Assalamualaikum korang,

Nak tanya ni. Ada tak pembaca blog saya ni yang minum susu kambing? Uish! Ada yang tak minum ke? Rugi tau korang tak minum susu kambing ni. Banyak sangat kebaikan dia. Mana yang minum tu meh sini sep sikit. Kita geng okeh.

Dulu saya memang tak suka susu kambing. Tapi lepas dah tau kebaikan dia, terus saya jadikan susu kambing ni susu wajib diminum setiap hari. Lebih-lebih lagi masa mengandung. Sangat-sangat bagus untuk ibu dan anak yang dalam kandungan tu.

Memanglah susu kambing ni ada bau hamis kambing tu sikit. Tapi korang kenalah pandai pujuk tekak tu. Untuk kebaikan diri sendiri juga. Kalau tak nak bau kambing, korang campur sikit dengan Milo. Yang penting khasiat susu kambing tu korang dapat.

So harini saya nak kenalkan korang dengan satu produk yang pada saya sangat-sangat sesuai untuk dijadikan minuman seisi keluarga.

levea susu kambing kasihjuju.com

Levea Susu Kambing terhasil adalah untuk menggalakkan lebih ramai lagi yang gemar minum susu kambing untuk dijadikan amalan harian. Dengan rasa yang luar biasa sedap, ianya juga digemari oleh semua peringkat umur. Ianya juga mengandungi pelbagai nutrisi tambahan.

Seperti yang kita telah tahu, susu kambing adalah amalan turun-temurun di negara Timur Tengah.

Levea Susu Kambing
Kepakaran kami adalah membantu anda mendapatkan susu yang berkhasiat dan terbaik untuk diri anda da seisi keluarga. Levea Susu kambing dijamin berkualiti tinggi dan eksklusif.

Susu kambing tanpa kolagen yang diperkaya dengan antioksidan dan vitamin mineral serta kalsium, protin yang tinggi. Ia akan membantu anda menyelesaikan rantaian punca masalah anda.

Ramai yang telah kembali cergas bersama Levea.
Levea Susu Kambing ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), HALAL dan dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP.

Ianya juga mengandungi lebih 11 khasiat semulajadi yang sangat baik dan diperlukan untuk kesihatan;

  • Ginko Biloba
  • Almanna Arabic Gum
  • Probiotic
  • Madu
  • Kurma
  • Kismis
  • Grape Seed
  • Buah Tin
  • Pegaga
  • Sunflower Seed Oil
  • Vitamin dan mineral
  • Protin dan kalsium
Siapa yang perlu minum Levea Susu Kambing?
Levea Susu Kambing diformula khusus untuk;
  • Anak 2 tahun ke atas
  • ibu hamil
  • ibu yang menyusukan anak
  • wanita yang merancang hamil
  • golongan dewasa lelaki dan wanita
  • golongan warga tua
  • penjagaan kulit
  • mengawal berat badan
  • berpuasa
Kesan awal pengambilan Levea Susu Kambing secara konsisten;
  • Rasa cergas apabila bangun pagi
  • Perut rasa selesa dan lawas
  • Rasa lebih bertenaga dan fokus semasa belajar
  • Daya ingatan menjadi lebih kuat
  • Paras gula dalam darah terkawal
  • Susu ibu menjadi lebih kuning dan banyak
  • Anak tidur malam lebih nyenyak
  • Batuk berkahak akan hilang dan sembuh dengan lebih cepat
  • Lebih sihat dan jarang demam serta selsema
  • Cepat sembuh dari demam dan selsema
  • Badan terasa lebih ringan
  • Kulit menjadi lebih cantik dan lembap
  • Mengurangkan gejala bayi kuning (jaundice)
  • Membekalkan tenaga yang berpanjangan ketika berpuasa (tidak lapar)
levea susu kambing kasihjuju.com

Testimoni daripada mereka yang dah mencuba Levea Susu Kambing





Testimoni saya sendiri

Sedap giler rasa air ni. Memanglah dia tulis dekat situ perisa vanila. Tapi bila dah minum rasa dia macam horlicks. Nampak tak saya buat tak penuh cawan tu. Sebabnya saya suka minum pekat-pekat.

Dan untuk pngetahuan korang juga, saya memang minum susu kambing masa mengandung. Dan result dia, si Firash tak kena kuning. 

Tak mahal pun harga satu botol cuma RM49.00 Semenanjung Malaysia dan RM55.00 bagi Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut dan juga pertanyaan, boleh hubungi Levea Resources (JR0071916-V);
HQ: +6011 10708189 / +6019 7005786
Email: levea.hq@gmail.com
Website: www.levea.com.my
Facebook: www.facebook.com/leveaofficial

GIVEAWAY DIOR MINIATURE PERFUME MINI BY OURMEMORIA.MY

Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.
Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.
Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Seorang Syed Nak Bloglist!

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Syarat-syarat untuk sertai segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"

1. Anda haruslah mempunyai blog yang aktif

2. Follow blog  Seorang Syed 

3. Follow Google+ Seorang Syed 

4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!"

5. Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed (kalau nak tulis panjang pun no hal);

"Okeh, pada pendapat saya blog Seorang Syed ni loading dia laju. Tak perlu tunggu lama. Widget pun dah okey. Cuma header tu macam terlalu jarak sangat dengan iklan yang dekat atas page tu. Macam ada pelik sikitlah. Hehe, semoga Seorang Syed terus sukses dalam dunia blog ni ya. Salam kenal."

6. Jangan lupa letak banner segmen aku di atas dan back link

April 18, 2017

My Work Life This Week

Assalamualaikum semua,

Lama rasanya tak menaip panjang-panjang guna smartphone ni. Harini rasa macam nak update blog guna smartphone pulak.

Sebenarnya tak de apa pun nak dikisahkan. Cuma lately ni rasa macam penat sangat. Penat dengan kerja. Sampaikan nak update blog dekat office pun lemau jek. Dah terlanjur ada masa lapang dekat rumah ni kita amiklah kesempatan ni sehabis baik.
Image source google picture

Korang nak tau ke apa yang saya sibukkan di pejabat minggu ni? Hmm.. Saya story sikit eh dekat korang.

Saya tengah kumpul data anggota koperasi. Dalam data anggota tu ada butiran nama, alamat, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, pekerjaan, bangsa, jantina, tarikh jadi anggota, tarikh berhenti dan juga nombor anggota.

Masalah timbul bila koperasi cuma bagi nama dengan alamat je. Ko rase?? Mula-mula rasa macam dah fed up sangat mengadap benda tu. Tapi disebabkan semangat berpasukan kami yang saling positif antara satu sama lain kami teruskan juga menyiapkan data anggota.

Rupa-rupanya daripada nombor kad pengenalan tu kita boleh trace jantina dan tentulah tarikh lahir. Ada juga formula untuk masukkan ikon - disetiap pemisah nombor kad pengenalan.

Dari situ mood nak buat kerja jadi seronok. Gila ke tak seronok.. Daripada nombor kad pengenalan 123456789012 boleh automatik jadi 123456-78-9012.

Lepas tu nak automatikkan jadi tarikh lahir pun ada formula dia juga.  Daripada tahun dekat depan boleh jadi tahun dekat belakang. Laju jelah buat kerja kalau dah macam ni kan.

Ada ke yang nak tau formula yang kami gunakan? Nanti saya akan kongsikan dalam entri yang lain ye.

Sampai berjumpa lagi. Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign