Kasih Juju: 1st Photoshoot JDT Blogger - Horrormantic

April 23, 2017

1st Photoshoot JDT Blogger - Horrormantic

Image may contain: text

Assalamualaikum korang,

Firstly nak minta ampun dan maaf sebab saya baru perasan yang saya tak buat lagi entri photoshoot haritu. Dah 3 bulan berlalu rupa-rupanya. Harap saya tak kena kecam dengan member JDT Blogger. Hehehe...

Tarikh yang dah dipilih ni memang kebetulan saya ada masa lapang di rumah. Terperasan post ni baru mula-mula request nak join JDT Blogger. Fuh, nasib baik saya jadi antara orang yang terawal jugalah join group ni.

Seronok sangat rasanya bila dapat berkenalan dengan blogger-blogger yang ada dekat area Johor ni. Selalu baca blog je kan. Bila dah jumpa ni baru tau perangai masing-masing. Semuanya gila-gila dan sporting. Best sangat.
Image may contain: one or more people
Yaya Cendana
Tema haritu dipilih oleh blogger Yaya Cendana. Berdasarkan pengalaman dia sendiri. Horrormantic tu singkatan daripada perkataan horror dan romantic. Pernah join teater dengan tema yang sama. Mesti seramkan teater yang Yaya join tu.

Rasanya ramai yang dah kenal dengan blogger Yaya Cendana ni kan. Kalau belum kenal lagi boleh terjah blog dia ye --> www.yayacendana.com
Image may contain: 1 person, text
Wawa Ashihara
Make up pula kami datangkan khas dari Kluang. Memperkenalkan blogger Wawa Ashihara. Kalau korang nak tau, dia adalah MUA yang cover area Kluang dan Batu Pahat. memang sangat-sangat cantik hasil make up dia. Ramai juga yang dah buat tempahan dengan dia. lebih-lebih lagi untuk hari persandingan. Ramai sangat yangberpuas hati.

Saya sendiri suka dengan make up dia. kalau korang nak tau, muka saya ni teruk. banyak bekas jerawat dan juga berminyak. Tapi, si Wawa ni boleh buat muka saya ni maintain lawa sampai petang tau. Ohsem sangat kan. Korang yang belum follow blog Wawa lagi boleh klik --> www.wawaashihara.com
Image may contain: 1 person, close-up
Uyul Rosli
Photographer pada hari tersebut ialah blogger Uyul Rosli. Didatangkan khas dari Batu Pahat. Dia ni sebenarnya kerja dekat kedai gambar. Tapi buat partime photographer. Banyak tempat dia boleh cover. Korang cuma perlu book awal sebabnya bila dia dah lock tarikh customer, korang dah tak boleh kacau dah tarikh tu. 

And the best part is gambar-gambar yang dia shoot cantik sangat. Korang boleh tengok teaser hasil-hasil shoot dia dekat Facebook dan juga Instagram. Search je Uyul Rosli. Confirm jumpa. Jangan lupa juga untuk terjah dan follow blog Uyul ye. Klik dekat --> www.uyulrosli.com 

Dekat bawah ni pula sebahagian daripada team JDT Blogger yang dapat hadir pada hari tersebut. Dalam entri sebelum ni pun saya dah kenalkan diorang ni. Tapi saya nak kenalkan lagi. 

Image may contain: 1 person, close-up and text
Mar Mansor
Image may contain: 1 person
Hernee Nazir
Image may contain: one or more people
Eh, macam familiar je. hehe, saya lah ni.
Inilah keluarga baru saya. Seronok sangat dapat berkenalan dengan diorang. Banyak sangat aura positif yang saya boleh ambil daripada diorang. Masing-masing ada kelebihan sendiri. 

Tapi yang paling saya respect dekat blogger Hernee Nazir dan juga Mar Mansor. Diorang tu partime blogger juga macam saya. Tapi sangat rajin update entri blog. Saya sendiri pun terkial-kial nak menaip setiap hari. Tapi diorang ni ada je cerita yang nak dikongsikan. Tabik spring toing toing. Hehe

Last but not least, jangan lupa singgah blog Hernee Nazir --> www.herneenazir.com dan juga blog Mar Mansor dekat link sini --> www.jnjikita.blogspot.com

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

4 comments:

  1. Wah..siap ada photoshoot tuh..mesti best sebab dapat jumpa n photoshoot sama sama.

    ReplyDelete
  2. Memang cantik la gambar-gambar yang ditangkap tu hehe. Seronok dapat berkumpul bersama kawan-kawan blogger :)

    ReplyDelete
  3. ok jugak 3 bulan baru keluar entry..ni akk ni lepas setahun baru keluar entry hehe

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign