Celcom bagi data percuma untuk Facebook dan Whatsapp?

Kasih Juju
Seperti yang kita semua tahu, semenjak sebulan dua ni pengguna Celcom sering mengeluh sebab susah sangat dapat line untuk data Facebook dan juga Whatsapp.  Saya sendiri pengguna Celcom memang sangat-sangat kecewa dengan servis Celcom.

Bayangkanlah, selalunya kalau nak tengok video dekat Facebook tu dia punya loading sangat-sangat excellent. Walaupun video tu berdurasi satu jam ke atas. Laju je dia loading. Kalau tersekat pun sekejap je.

Bila masalah loading ni timbul, nak tengok video yang berdurasi satu minit pun rasa sakit jiwa. Baru tengok dua saat dia loading 30 saat. Eh, rasa macam nak tukar line telefon je. Tapi nasib baiklah line yang oren putih tu tak cemerlang dekat rumah ni. Kalau tak memang dah lama dah tukar.

Tapi saya tiadalah kepentingan sangat nak tengok Facebook hari-hari. Cuma geram jugalah bila Whatsapp tu lambat masuk.

Zaman sekarang ni kan semua pantas dan cepat dengan penggunaan aplikasi Whatsapp. Memang mudah sangat berurusan dengan pelanggan-pelanggan saya.

Dan tiba-tiba harini saya dapat mesej dari Celcom. Saya rasa pengguna Celcom yang lain pun dapat.
Eh, eh! Macam tiba-tiba je baik hati sangat si Celcom ni. Mungkin ini cara diorang untuk minta maaf kepada pelanggan setia dia.

Walau apa pun, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat Celcom sebab bagi data percuma ni. Selalulah reward pelanggan macam ni ye. Confirm pelanggan tak lari. Hehe..

Jangan lupa ye korang. Data percuma bermula besok sehingga 5 Mei 2017. Sila layari Facebook anda dengan berhemah.

Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi di entri yang lain.
Wassalam.