Kasih Juju: Ebook Anak Anugerah Dan Ujian

April 19, 2017

Ebook Anak Anugerah Dan Ujian

Bersempena dengan bulan kesedaran Autism bulan ini, saya nak memperkenalkan korang dengan satu ebook mengenai perjalanan seorang ibu tunggal yang membesarkan anaknya yang menghidap Autisme.

"Pengalaman ibu, guru, keluarga dan masyarakat yang menghadapi kekeliruan terhadap anak yang mempunyai kelainan berbanding anak normal. Anak berusia 6 tahun dan mempunyai tiga kelainan seperti SPD (Sensory Processing Disorder), Dyslexia dan ciri-ciri Autisme peringkat IQ Tinggi.

Ditambah lagi diagnos Doktor & OT (Occoputional Theraphy) mengesahkan ada kesan traumatik atas anak ini selepas kematian mengejut bapa pada umurnya 3 tahun. Buku ini memberi pendedahan kisah benar bagaimana seorang ibu tunggal berjuang meneruskan kehidupan sehingga ciri-ciri kelainan anak tidak dapat dikesan awal kerana kesibukan mencari rezeki dan anak kelihatan membesar normal seperti kanak-kanak lain sebayanya.

Buku ini juga padat dengan maklumat asas tentang kelainan ini, Apa itu SPD, Dyslexia & Mild Autisme peringkat IQ Tinggi, Tips pendidikan anak istimewa, Rawatan moden, Rawatan syifa, Tanda awal & Teknik mengesan, Gajet; Teknologi yang membantu atau merosakkan dan Punca yang menyebabkan anak kelainan upaya . Saya juga sertakan aplikasi tindakan dan contoh lembaran kerja yang saya gunakan untuk membantu anak.

Di Malaysia, buku ilmiah yang berkaitan kelainan ini sangat kurang di pasaran dan saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar bagaimana saya melalui situasi ini.

Anda berminat untuk mendapatkan ilmu tambahan tentang kelainan ini? Jom isi form di bawah dan kami akan hubungi anda untuk susulan lanjut."

Isi Kandungan Buku Anak Anugerah & Ujian

Cara mengesan kelainan anak Normal : Disleksia & Sensory Processing Disorder (SPD)

1.     Dari hati
2.     Apa itu Sensory Processing Disorder (SPD) & Disleksia
3.     Tanda Awal dan Teknik mengesan kelainan anak
o    7 tingkah laku normal yang menutup diagnosis awal SPD
o    Ciri-ciri atau tanda awal kelainan
o    Teknik mengesan kelainan anak
4.     Punca anak kelainan upaya
5.     Gajet : Teknologi yang membantu atau merosakkan anak.
6.     Pendidikan anak Istimewa
o    Pendidikan Awal dari Rumah (Sistem kekeluargaan)
o    Pendidikan pra-sekolah
7.     Rawatan
o    Rawatan Moden
§  Pakar Perkembangan Kanak-kanak
§  Occupational Therapy
§  Kelas membaca menggunakan sistem Fonik
§  Aktiviti luar : Martial Arts, Kelas renang, Menunggang kuda & memanah
§  Jenis-jenis Terapi lain
§  Terapi Visual
§  Terapi bercakap & bahasa
§  Terapi Fizikal
§  Terapi Mendengar
§  Terapi Nutrisi
§  Terapi Perceptual motor
o    Rawatan Syifa
§  Amalan doa
§  Terapi mendengar ayat suci Al-Quran
§  Terapi menghafaz Al-Quran
o    Rawatan Tambahan Di Rumah
§  Tips membantu anak memaksimakan kebolehan
§  Aktiviti harian yang membantu meningkatkan potensi anak
o    Senarai Occupational Terapi di Negeri Johor
8.     Rumusan & Penutup
Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini, anda boleh klik --> SINI
Feel free to spread this.

2 comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign