My Work Life This Week

Assalamualaikum semua,

Lama rasanya tak menaip panjang-panjang guna smartphone ni. Harini rasa macam nak update blog guna smartphone pulak.

Sebenarnya tak de apa pun nak dikisahkan. Cuma lately ni rasa macam penat sangat. Penat dengan kerja. Sampaikan nak update blog dekat office pun lemau jek. Dah terlanjur ada masa lapang dekat rumah ni kita amiklah kesempatan ni sehabis baik.
Image source google picture

Korang nak tau ke apa yang saya sibukkan di pejabat minggu ni? Hmm.. Saya story sikit eh dekat korang.

Saya tengah kumpul data anggota koperasi. Dalam data anggota tu ada butiran nama, alamat, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, pekerjaan, bangsa, jantina, tarikh jadi anggota, tarikh berhenti dan juga nombor anggota.

Masalah timbul bila koperasi cuma bagi nama dengan alamat je. Ko rase?? Mula-mula rasa macam dah fed up sangat mengadap benda tu. Tapi disebabkan semangat berpasukan kami yang saling positif antara satu sama lain kami teruskan juga menyiapkan data anggota.

Rupa-rupanya daripada nombor kad pengenalan tu kita boleh trace jantina dan tentulah tarikh lahir. Ada juga formula untuk masukkan ikon - disetiap pemisah nombor kad pengenalan.

Dari situ mood nak buat kerja jadi seronok. Gila ke tak seronok.. Daripada nombor kad pengenalan 123456789012 boleh automatik jadi 123456-78-9012.

Lepas tu nak automatikkan jadi tarikh lahir pun ada formula dia juga.  Daripada tahun dekat depan boleh jadi tahun dekat belakang. Laju jelah buat kerja kalau dah macam ni kan.

Ada ke yang nak tau formula yang kami gunakan? Nanti saya akan kongsikan dalam entri yang lain ye.

Sampai berjumpa lagi. Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

2 Comments

Mia Liana said…
takpe... siapkan keje tu lagi penting...

psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #29. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/04/senarai-url-blog-29.html . Pemenang akan diumumkan pada 19/4/2017. (^_^)

- Mia Liana
Hernee Nazir said…
alahai sian juju..takpe dah dpt formula best tu..senang la keje..hehe

- Hernee Nazir -