Kasih Juju: May 2017

May 25, 2017

Senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017 Seluruh Negeri di Malaysia


Source : https://www.mysumber.com/zakat-fitrah.html

Dekat sini KJ kongsikan senarai bayaran zakat fitrah bagi negeri-negeri di Malaysia.

Walaupun KJ ada suami, tapi KJ tetap juga menunaikan zakat fitrah ni. Apalah sangat nilai duit tu kalau nak dibandingkan dengan nilai sebuah senyuman di Hari Raya nanti. Tak salah pun kalau kita nak berkongsi sedikit rezeki kita dengan orang lain. Dapat pahala lebih tau.

Segmen : Pencarian Bloglist Jun 2017 Blog kasihjuju.com


Syarat-syarat penyertaan.
1. Buat entri bertajuk "Segmen : Pencarian Bloglist Jun 2017 Blog kasihjuju.com"
2. Letakkan gambar banner segmen dekat atas ni dan backlink kan ke page ini semula.
3. Follow blog kasihjuju.com.
4. Like page Kasih Juju di Facebook -->
5. Follow instagram saya --> helmijulia
6. Dah siap publish jangan lupa tinggalkan link blog korang dekat ruangan komen dibawah ni ya.

Segmen ini berlangsung dari 25 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017.
Pemilihan pemenang dipilih menggunakan aplikasi random.org.

Jom ramai-ramai meriahkan segmen saya ni ya.. Thank you in advance. Much love.

SENARAI PESERTA *akan dikemaskini dari semasa ke semasa
1/
2/
3/
4/

May 24, 2017

GIVEAWAY BUSYRA TAKIYUDIN: SAYA NAK SHOPPING CREDIT RM1000!!

giveaway, Featured, shoppingcredit, blogger, voucher,
Syarat-syarat: 

1. Buat satu entri (letak banner sekali)

2. Nyatakan satu barang yang korang nak beli dalam SGshop

3. Backlink kan 

4. Share entri korang di laman sosial (facebook)

Niat Puasa Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan yang mulia ni. Terase sekejap je masa berlalu. 
Terasa macam baru je merasai kemeriahan hari raya. Eh, raya setiap bulan ke KJ ni? Bunyinya macam raya setiap bulan jekan. Haha

KJ nak ambil kesempatan ni untuk menyeru kawan-kawan blog supaya kejarlah pahala sebanyak yang mungkin dalam bulan puasa ni. Ibadah yang wajib tu jangan di tinggalkan tau. Berganda-ganda pahala yang akan kita dapat nanti. InsyaAllah.

Source picture : http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2012/07/09/niat-puasa-di-bulan-ramadhan
Bersempena dengan bulan yang mulia ni KJ nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau-kalau kata-kata dan perbuatan KJ yang secara sengaja atau tak sengaja tersingging perasaan pembaca blog KJ ye. KJ pun dengan rela hatinya ampunkan kesalahan korang pada KJ. Eh! Eh! korang takde salah apa pun dengan KJ. Don't worry okey.

Wassalam.

Jadual Waktu Berbuka dan Imsak Tahun 2017 Daerah Pontian dan Kluang

Jadual Waktu Buka Puasa Imsak Johor 2017 Zon 3

Source: https://www.mysumber.com/johor-puasa.html

Jadual Waktu Berbuka dan Imsak Tahun 2017 Negeri Pulau Pinang

Jadual Waktu Buka Puasa Imsak Seluruh Penang 2017
Source: https://www.mysumber.com/penang-puasa.html

Pertama Kali Menyertai Sepetang Bersama Blogger 2017

Alhamdulillah, tahun ni KJ dengan rasa bangga dan nekadnya menyertai acara tahunan yang menghimpunkan ratusan blogger dari seluruh Malaysia. Walaupun pada mulanya macam was-was je, macam nak pergi macam tak nak pergi. Tapi KJ gagahkan juga mental dan fizikal ni untuk menghadirkan diri. Dan akhirnya sampai juga KJ ke majlis ni.

Tahun ini, SBB 2017 ada 2 slot. Petang dan malam. Ada juga bayaran yang perlu dibayar sebelum menghadiri majlis ini. Tapi apalah sangat RM50 tu dengan ilmu yang bakal KJ dapat nanti. KJ beli tiket siang malam. Tapi KJ tak bercadang untuk stay di KL. KJ ambil keputusan untuk balik hari. Naik bas je. Settle masalah.
SEPETANG-BERSAMA-BLOGGER
KJ naik bas awal pagi jam 6.45 bas dari perhentian bas Kluang dan KJ dah beli siap-siap tiket balik hari tu juga. Bas yang terakhir jam 9.30 malam. Nampak tak betapa nekadnya dekat situ nak hadir juga kaut ilmu daripada panel yang dijemput.


Nilah barisan speakers yang berkongsi ilmu pada haritu. Datuk Husamuddin dan Adi Putra cuma muncul pada slot sebelah malam sahaja. Hancur berderai harapan nak jumpa Adi Putra. Hehe.

Tapi, perkongsian daripada blogger MahaMahu, Cik Lily Putih, Norman Danish, Datuk Ibu Hanim dan Wan Yusof pun tak kurang hebatnya. Banyak sangat ilmu blog yang telah dicurahkan kepada kami. Tinggal nak praktikkan saja.

Paling seronok slot Norman Danish, Managing Director of Misi Viral. Tapi sayangnya, slot dia sekejap sangat. Dalam 15 ke 20 minit macam tu. Ada banyak perkara lagi yang beliau nak kongsikan. Tapi disebabkan kesuntukan masa beliau cuba juga berkongsi tips sepadat yang mungkin.

Perkongsian daripada Wan Yusof pun tak kurang juga hebatnya. Ilmu SEO yang beliau ajarkan memang meresap dalam kepala. Cuma masa satu jam yang diperuntukkan agak singkat untuk belajar ilmu SEO ni. Masa pun dah lewat petang. masing-masing dah resah gelisah nak solat Maghrib dan persiapan untuk slot malam pula.

Slot malam pula lebih kepada upacara perasmian dan makan malam. Ada juga penyampaian hadiah untuk kategori-kategori yang telah diadili. Tapi sayangnya KJ tak dapat merasai kemeriahan suasana malam tersebut.

Walaubagaimanapun, KJ seronok sangat dapat luaskan networking. Dapat luaskan pergaulan dengan rakan-rakan blogger.

KJ sampai awal haritu. Pukul 11.30 dah terpacak depan dewan di MATIC. Sambil tunggu kak Mia dengan Mak Lin, perut dah berkeroncong minta di isi. Sampai je kak Mia dengan Mak Lin ni terus kak Mia ajak pergi makan dulu. Tak susah nak cari tempat makan dekat sini sebab sekitarnya memang banyak kedai makan.







Kami wakil JDT Blogger. Cuma KJ dengan Uyul yang gerak asing-asing. Tapi masa balik tu KJ balik dengan Kak Mia. Kak Mia dengan Mak Lin dah stay dekat Cheras satu malam. KJ je yang tak nak join. Sayang nak tinggalkan si Firash kononnya. Haha..

Bila selatan dah bertemu utara memang bergegarlah dewan tu dengan suara gelak tawa kami. Diorang ni dari group Projek Blogger Utara. Salah satu penerima anugerah pada malam tu. Tahniah korang. Kemenangan korang sangat-sangat memberi inspirasi kepada group kami yang baru nak bertatih ni. Harap dapat beri tunjuk ajar.

Last but not least, sebelum kami berpisah naik bas dengan arah masing-masing, wajiblah selfie dulu kan kak Mia kan. Finally ada juga teman nak ke TBS walaupun sebelum tu macam seram je nak ke TBS sensorang. Muehehe.. Kak Mia sempat lagi tukar baju masa solat Maghrib. KJ tak terfikir pula nak bawa baju spare. Huhu.. Dari subuh membawa ke 12.30 tengahmalam pakai baju tu.

Cara nak ke MATIC menggunakan pengangkutan awam.
Dekat sini KJ share kan cara yang mudah mengikut pengalaman KJ sendiri. Sampai dari Kluang KJ ambil komuter dan turun di stesyen KL Central. Dari KL Central kena tukar LRT tau. Naik LRT yang ada hentian Dang Wangi. Kalau dulu KJ panggil Putra LRT. Sekarang ni tak tau nama dia.

Keluar dari Dang Wangi nampak jejantas, nyeberang jalan dan teruskan jalan ke kiri sampai jumpa stesyen monorail Bukit Nanas. Lepas tu kena seberang jalan dan teruskan berjalan tegak je. Nanti korang akan sampai ke MATIC.

Ataupun, cara yang paling mudah, dari TBS naik Star LRT dan turun di stesyen Hang Tuah. Lepas tu tukar naik monorail dan turun di stesyen Bukit Nanas. Dari situ kena menapaklah sikit ye.

Harap dapat membantu.
Terima kasih sudi baca. Wassalam.

May 23, 2017

Potluck JDT Blogger Yang Pertama

Assalamualaikum semua,

Tanggal 20 Mei 2017 haritu kami di komuniti JDT Blogger telah sepakat untuk mengadakan Potluck kami yang pertama. Bagi lebih mengeratkan lagi talian silaturahim antara kami. Sebelum ni pun dah erat. Tapi kali ni nak lebih mesralah pula.

Daripada 19 orang ahli yang terkumpul, hanya 9 orang yang dapat menghadirkan diri. Walaupun sikit tapi kami tetap meriah hokey. Masing-masing ada hal. Jadi tak boleh nak paksa. kalau terpaksa datang nanti dah jadi cerita lain pula.

Pengisian haritu lebih kepada santai-santai je. Tukar-tukar hadiah dan makan. Simple yet meaningfull. Okeh, dah ready ke nak tengok himpunan gambar yang kitorang ambil haritu? Hehe, jangan jemu ye,.

twelve person in blue colour
Dari kiri bawah: Nona, MiaLiana, Suzlin, Uyul Rosli
Atas kiri: Juju, Mar Mansor, Siti Rohaida, Hernee Nazir, Mama Maszul
Tukar-tukar hadiah. Bajet RM30.00 ke atas :)
Senarai hadiah:
  1. Photoframe by blogger uyulrosli.com
  2. Powerbank by blogger mialiana.com
  3. Lunch and dinner tray by blogger herneenazir.com
  4. Propolis by blogger suzlinazreena.blogspot.com
  5. Lunch box by blogger maszul.blogspot.com
  6. Set mandian spa aloevera by blogger kasihjuju.com
  7. Large compartment ware by blogger kisahsidiary.com
  8. Tea maker by blogger jnjikita.blogspot.com
  9. Hadiah misteri by blogger nonasani.blogspot.my
pavlova, keropok ikan, nona manis, karipap, kek buah
Pavlova, Keropok ikan, nona manis, Karipap dan kek buah
Ketam lemak, ketam sambal, asam pedas ikan mayong, ayam goreng, sayur kobis goreng
Menu of the day : Ketam lemak, ketam sambal, asam pedas ikan mayong, ayam goreng, sayur kobis goreng
Fruit cocktail, sandwich telur dan sardin, karipap, sambal tempoyak, buah-buahan
Amacam? Tergoda tak tengok lauk dengan manisan yang kami hidangkan ni? Haha, sambil menaip pun KJ rasa lapar semula tau. Sedapnya asam pedas, lemak ketam, sambal tempoyak tu ha. Mendidih perut wey.

Tapi sekejap je perut mendidih sebabnya lepas tu dapat makan yang manis-manis dan sejuk-sejuk. Cuaca haritu pun nyaman je. Sambil menikmati makanan yang super duper sedap bawah pondok. Rasa nak baring-baring je lepas makan. Kikiki..


Seronok bila dah berada dalam komuniti JDT Blogger ni. Macam-macam perangai semua keluar. Walaupun perkenalan kami singkat, tapi ukhwah yang terjalin membuatkan kami rapat dan saling menjaga antara satu sama lain.

Tengok sajalah telatah kami bila dah berjumpa. Menyembang tak ingat dunia. Gelak ketawa memang memenuhi ruang pondok kami hari tu. Seronok sangat.

Itulah salah satu misi dan visi potluck kali ini. Bertentang mata sambil mengenali hati budi masing-masing. Bila dah kenal rapat macam ni barulah boleh proceed untuk event yang seterusnya kan.

Antara gambar-gambar semasa sesi pertukaran hadiah. masing-masing teruja dengan hadiah yang kitorang dapat. KJ pun seronok sangat dapat 2 set lunch box daripada Kak Hernee. Berkobar-kobar rasanya nak bawak bekal pergi kerja. Hehe.. Terima kasih Kak Hernee.

Memperkenalkan kak Eda, pemilik blog kisahsidiary.com. Kakak ni dah kena label kakak garang sebab dia memang garang. Haha.. Jangan marah ye kak Eda. Saya bergurau je. Setiap teguran dari kakak-kakak JDT Blogger KJ terima dengan hati yang terbuka. Mereka menegur sebab sayangkan kita. Kalau tak tegur tu maknanya diorang tak sayang. Muah ciked.


Sebelum balik, kami bergambar lagi. Entah bila dapat gathering macam ni lagi. Dengarnya nak buat kembara raya. Harap-harap menjadi kenyataanlah ye. InsyaAllah.

Terima kasih pada semua yang sama-sama menjayakan potluck ni. KJ minta maaf ye kalau ada kekurangan dari pihak KJ. Harap korang pun tak serik kenal dengan KJ.

Wassalam.

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY OMBAK BERGIGI

Syarat Untuk Menyertai

1. Follow Blog Ombak Bergigi

2. Follow IG @ombakbergigi

3. Buat satu entri di blog korang bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi"

4. Letakkan banner segmen dan link kan

May 21, 2017

Join Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest and Win Lazada Shopping Vouchers!

Coinciding with the Lazada Ramadhan Sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) that will take place from May 16 to 27 June (where you can find special discounts up to 90%!), we are pleased to share with you our special Lazada Ramadhan Blogger contest where we will be awarding prizes to up to 80 bloggers! 

To participate, please check the instructions below: 

How to Join – Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

1. The contest runs from 19 May until 25 June 2017 (4 Weeks) 
2. During these 4 weeks, there will be 1 contest held every week with a different theme (in totality there will be 4 contests held during these 4 weeks). Every contestant may participate in more than one contest. 
3. To take part in any of the following contests, each contestant (blogger), during the relevant contest period, shall write an article and post on his/her blog (“Article”) on the relevant theme. The Article shall contain such relevant contents and answers to all the relevant questions specified below: 

1. Week One Contest: 
 Contest period: 19 May 2017 – 1 June 2017 
 Title of the article: Recipe's name 

Theme: Delicious Ramadhan 
 a. What are your favorite Iftar dishes? 
 b. Share the recipes of the dishes 
 c. What kind of products can you find on Lazada’s platform to help you prepare the dishes? 

 For your references :
 Delicious Ramadhan(link) : Kitchen Appliances
 Bazaar Ramadhan(link) : Groceries 

2. Week Two Contest: 
Theme: My Ramadhan Home 

 Contest period: 2 June 2017 – 8 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

 a. How are you decorating your house to be Raya ready? 
 b. Share your house decorating tips for this Raya 
 c. What kind of products (e.g., furniture) can you get on Lazada’s platform to help you decorate your house for this Raya? 

3. Week Three Contest: 
Theme: Looking Good & Beautiful 

 Contest period: 9 June 2017 – 15 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

 a. What's your color theme for this Raya? 
 b. Share your outfit details for this Raya 
 c. What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya? 

4. Week Four Contest: 
Theme: Travelling Back Home 

 Contest period: 16 June 2017 - 25 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

 a. Where do you celebrate Raya this year? 
 b. List down your "balik kampung" essentials. 
 c. What would you like to buy on Lazada’s platform to bring along for "balik kampung"? 

3. The Article must contain screenshots of the products mentioned in point 1.c, 2.c, 3.c and 4.c 

4. Contestants need to mention Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/)that will take place from May 19 to 30 June (where you can find special discounts up to 90%!).

5. Contestants are required to submit the link to their Article via e-mail to contest@lazada.com.my with the subject titled: Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest 

6. Contestants are welcomed to post the article in any language. 

7. Winners will be selected at random. 

Prizes – More Participants More Winners

Depending on the overall number of participants there will be either 15, 20, 50 or 80 winners: 

1. Less than 100 Participants (15 winners)
 15 x RM100

2. More than 100 Participants (20 winners)
 1st Prize: 1 x RM400
 2nd Prize: 8 x RM150
 3rd Prize: 11 x RM100 

3. More than 200 Participants (50 winners) 
 1st Prize: 1 x RM500 
 2nd Prize: 16 x RM150 
 3rd Prize: 33 x RM100 

3. More than 300 Participants (80 winners) 
 1st Prize: 1 x RM600 
 2nd Prize: 35 x RM150 
 3rd Prize: 44 x RM100 

Good news! Every week, we will select 3 lucky bloggers to win RM100 shopping voucher each at Lazada. 

Invite your blogger friends to join this contest, so you will increase your chance of winning! The more the merrier! 

Source: http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Alexa Rank 21/05/2017

Assalamualaikum,

Nampaknya ranking global mencatatkan penurunan. marilah kita bersama-sama mengurangkan nombor global tu ye. Semoga blog KJ terus maju jaya. InsyaAllah. Amin.
Terima kasih sudi singgah.
Wassalam

May 20, 2017

Segmen: Bloglist 1st Time by Lokman Hakim

1- Follow Blog: Lokman Hakim

2- Follow Google+: Lokman Hakim
    Follow FB: Lokman Hakim
    Follow Insta: Lokman Hakim

3- Buat satu di entri blog anda bertajuk 'Segmen: Bloglist 1st Time by Lokman Hakim'

4- Copy banner diatas dan letak dalam blog dan backlink

May 19, 2017

GIVEAWAY FREE NAME CARD BY BUSYRATAKIYUDIN

Syarat-syarat:

1. Follow blog BusyraTakiyudin

2. Follow G+ google (ada di sidebar)

3. Like page blog busyra

5. Buat 1 entri, letak banner dan backlink kan ke entri ini.

4. Sebut 3 perkataan menggambarkan blog BusyraTakiyudin
   i/ loading laju
   ii/ kemas
   iii/ awesome!

Setiap pemenang akan dapat 1 kotak (100pcs) namecard.. Tarikh tutup penyertaan pada 25 Mei 2017 (Khamis) 11.59p.m.. 

May 18, 2017

My Best Friend Big Day

Sambungan entri Pantai Teluk cempedak hari tu ye.

Sebenarnya tujuan utama kami sekeluarga ke Kuantan adalah untuk menghadiri majlis pernikaha kawan baik KJ. Dah alang-alang sampai Kuantan tu kan, wajiblah jalan-jalan dulu.
Sebahagian daripada ahli jemaah yang ikut ke Kuantan haritu. Pergi 2 kereta penuh. Ha.. Nasiblah nak. Carilah keselesaan sendiri dalam kereta tu. Gerak ramai-ramailah baru meriah. Walaupun macam-macam ragam nak kena hadap, tapi itulah kehidupan.

First of all, KJ nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada BFF KJ, Liha di atas pernikahan beliau bersama jejaka pilihan hati. KJ doakan semoga ikatan pernikahan yang dibina ni akan kekal sampai bila-bila. Semoga kuat dan senang menghadapi dugaan yang mendatang.

Oh my god, too emotional nak bagi ucapan panjang-panjang. Rindu dekat sahabat baik KJ ni. Dia baik sangat dengan KJ. Sayang betul nak lepaskan dia. Haha. To Liha's Husband, please please please take a good care of her.






Sumanya cantik kan. Pelamin cantik, pengantin cantik, hand bouquet cantik, kawan pengantin cantik. Eh.. Hahaha.. Terlajak pula. Majlis dia sederhana je. Nikah pagi tu terus sanding. Takda acara tukar-tukar baju pun. Jimat!

Hurm, lepas ni kalau kena turun KL terpaksalah sewa hotel. Dah tak boleh nak stay rumah Liha. Kena cari masa nak spent time together nih. Banyak benda nak cerita. Jumpa haritu pun sekejap je. Pengantin sibuk.

Tibalah masanya KJ berangkat pulang. Tak sempat nak jumpa BFF yang lagi sorang. Lambat sangat dia sampai dari Klang. Terpaksa balik awal sebab perjalanan kami jauh. Budak-budak pula nak sekolah besok. KJ dah siap ambil cuti awal-awal dengan encik suami. Memang badan letih betul.

Tengok muka budak-budak tu. Nak berkinja-kinja dalam kereta pun dah tak larat dah. Semua dah kehabisan bateri. Kalau tak, takdanya tudung KJ boleh terletak elok macam tu. Senget benget dikerjakan budak berdua tu. Huhu.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

May 17, 2017

Sepetang di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

Assalamualaikum semua,

Harini saya nak share pengalaman saya ke Teluk Cempedak bersama keluarga. Sebenarnya trip ni trip kenduri kahwin. Dah alang-alang kami sampai Kuantan ni, kami ambil keputusan nak jalan-jalan dekat Bandar Kuantan.

Untuk pengetahuan korang, perjalanan dari Benut, Pontian, Johor ni mengambil masa selama lebih kurang 6 jam termasuk berhenti solat Jumaat di Masjid Muadzam Shah. Kami masuk tol Simpang Renggam dan keluar di tol Yong Peng Selatan. Dari sini perjalanan kami dijamu dengan lautan kebun kelapa sawit. Macam tak de beza je bila lalu Segamat dengan Muadzam Shah. Kiri kanan sawit.


Sesampainya kami di homestay Taman Seri Mahkota. Kami terus bergerak ke bandar Kuantan. Memandangkan cuaca masih terang, jadi kami ambil kesempatan ini untuk menikmati suasana petang di Pantai Teluk Cempedak.

Memasuki perkarangan tempat letak kereta kami dikenakan bayaran RM2.10/kereta. Dan kami terus menuju ke pantai. Orang agak ramai juga walaupun kami datang pada hari Jumaat. Sempatlah juga kami mengambil gambar sebelum keadaan gelap.
Men in my life
Me and my sister
Apa yang menariknya dekat sini, korang boleh jumpa dengan Spiderman dan Ultraman secara live. Haha, masa mula-mula nampak Ultraman tu di Firash dah tarik tangan saya kuat-kuat. Bukan tarik pergi dekat dengan Ultraman tu. Tapi tarik nak lari. Hehe..

Kalau korang nak tau, Firash ni fanatik sangat dengan Ultraman. Baju, seluar, buku, selipar, mainan dia semua nak Ultraman. Tapi bila jumpa depan-depan tak beranilah pula. Hadusssh. Kelakar betullah budak bertuah ni.

Okkaylah, jumpa lagi di entri yang lain ye.
Wassalam.



May 16, 2017

Happy Teachers Day

Happy Teachers' Day 2017!

Di kesempatan ini KJ nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar KJ di:
  • Tadika Kemas Kuala Klawang
  • Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj
Sesungguhnya jasa kalian terlalu besar kepada KJ. KJ doakan semua guru KJ ini dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menabur bakti kepada anak bangsa Malaysia.

Tapi KJ ada cikgu favourite tau. Masa sekolah rendah dulu KJ suka dekat teacher Siti Izzakiah dengan cikgu matematik, cikgu Latifah. Walaupun garang, tapi saya suka subjek yang diorang ajar.

Cikgu-cikgu sekolah menengah KJ pula ada ramai. Ramai sampai lupa nama. Ampun ye cikgu-cikgu KJ. Ingatan zaman sekolah dulu banyak dah pupus. Hehe. Yang penting masa sekolah dulu KJ suka cikgu Prinsip Akaun. Cikgu Sabariah. Kenapa suka cikgu Akaun? Sebab dah kerja ni KJ kena buat akaun koperasi. Huhu.

Dan tak lupa juga kepada rakan-rakan KJ yang memilih guru sebagai kerjaya. Korang memang awesome. Teruskan berbakti ye.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Rahsia Pecah Lemak Secara Semulajadi dengan STEA

Siapa dekat sini suka dengan teh hijau? Dulu masa zaman sekolah lagi, KJ memang suka dengan bau teh hijau. Bau dia sangat-sangat menyamankan. Sampaikan sabun mandi, syampu rambut dengan pencuci muka pun KJ cari yang ada teh hijau. Nampak tak betapa obsesnya KJ dengan teh hijau.

Tapi sekarang ni, teh hijau bukan sahaja boleh membersihkan luaran kita, tapi dalaman pun dia boleh tolong bersihkan. Seronoknya.
Kelebihan teh hijau:
  1. Membantu dan mengawal paras gula dalam dalam darah. Sesuai untuk pesakit diabetis.
  2. Para saintis percaya teh hijau memberi manfaat kepada saluran dan injap darah. Saluran darah akan menjadi tenang dan stabil. Ianya sekaligus akan mengurangkan risiko serangan saki jantung.
  3. Teh hijau dipercayai mengurangkan risiko barah esofogus. Ia juga dipercayai mampu membunuh sel barah tanpa mengganggu sel-sel sihat yang lain.
  4. Mengurangkan tahap kolestrol jahat dalam badan
  5. Mengurangkan risiko penyakit Alzhaimer dan Parkinson.
  6. Satu kajian menunjukkan bahan kimia antioksida dalam teh hijau boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain.
  7. Asid amino yang terdapat dalam teh bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.
  8. Kajian terhadap teh hijau mendapati ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.
Dan untuk itu, KJ nak suggestkan korang cuba minum STEA, Teh Hijau Asli ni. KJ sendiri dah rasa perbezaan ketara yang KJ dapat lepas minum teh hijau ni.


Badan KJ rasa lebih bertenaga dan ringan. Dalam usia KJ sekarang ni, KJ perlukan makanan tambahan untuk memastikan supaya tenaga KJ sustain sampai malam. Siang KJ perlu bekerja, ditambah pula dengan perjalanan pergi dan balik yang agak jauh. Bila dah balik kerja pula KJ perlu menguruskan rumahtangga KJ. 

Mana nak layan anak dan suami, nak mengemas lagi, memasak lagi dan KJ memang sangat-sangat suka dengan bau teh hijau ni. Betul-betul menenangkan tau.


Kebaikan STEA:
  1. Mengawal berat badan
  2. Meningkatkan metabolisme
  3. Meningkatkan tahap pengoksidan dan pemprosesan lemak
  4. Membantu mengawal paras glukosa
  5. Menjaga saluran darah lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah
  6. Mengurangkan risiko penyakit kanser
  7. Mengawal kerosakan gigi dan bau nafas
  8. Agen anti kemurungan / Anti depression
  9. Agen anti virus dan anti bakteria
  10. Penjagaan kulit / anti aging
Testimoni pengguna:
Ini adalah testimoni daripada penjual STEA ini sendiri. Dia minum STEA ni secara konsisten dan hasilnya, ha korang tengoklah sendiri.

Amacam? Dah termotivasi ke belum? Korang jangan tak tau pula yang STEA ni juga merupakan agen detoks yang paling berkesan.

Harga:
RM60.00

Cara Penyediaan:
Rendam 1 uncang teh Stea bersama air panas dan biarkan selama 3 - 5 minit sebelum diminum.
Tips: Uncang teh ini boleh digunakan 2 atau 3 kali. Jadi jangan terus buang selepas digunakan.

Beli dekat :
Facebook : www.facebook.com/adlinadnan
Facebook page : www.facebook.com/adlinslimbeauty
Instagram : www.instagram.com/adlinslimon9

Ataupun kalau korang dekat area Negeri Sembilan, boleh whatsapp dekat nombor +6016-320 2444. InsyaAllah agen Negeri Sembilan boleh terus COD depan pintu rumah korang.

Terima kasih sudi singgah.
Wassalam.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign