Kasih Juju: Angan-angan zaman sekolah yang ingin di bawa ke alam pekerjaan

May 8, 2017

Angan-angan zaman sekolah yang ingin di bawa ke alam pekerjaan

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

Siapa ada angan-angan masa sekolah yang teringin korang nak buat masa dah masuk alam pekerjaan ni?

Contohnya masa sekolah korang tak dapat beli kasut yang korang nak. Sekarang ni belikan dekat anak pulak. Ataupun dulu tak dapat beli pensil warna jenama Luna. Sekarang ni beli pensil warna tu siap beli buku mewarna lagi. Haha. tapi bukan buku mewarna yang budak-budak punyalah.

Dekat kedai Mr DIY, ada satu buku mewarna yang sangat-sangat menarik perhatian saya. Dalam dunia blog ni kita dah kenal dengan doodle kan. Ha dekat kedai tu dia jual buku mewarna doodle ni lah.


Gambar dekat atas nilah muka depan buku mewarna tu. Kalau tak silap saya dia ada 2 pilihan. Tapi saya ambil yang ni. Maafkan saya sebab tak ingat jenis buku yang lagi satu tu.

Dekat bawah ni pula antara contoh-contoh gambar yang ada dekat dalam buku ni;




Ada 64 mukasurat. Semuanya menunggu masa untuk diwarnakan oleh tangan yang tak da seni ni. Hehe. Rasa sayang pula nak warnakan. Sebabnya yang tak berwarna ni pun dah cantik dah. Tak sampai hati nak rosakkan seni yang cantik ni. Tapi berdosa pula kalau dah beli tapi tak buat. Kannn...

Bila dah beli buku mewarna  ni, kenalah beli pensil warna pulakan. Takkanlah nak warna guna pen pulak. Makanya, terbelilah pensil warna dekat gambar bawah ni.


Tapikan tapikan tapikan, macam tak puas je nak warna dengan pensil warna yang pendek lepas tu sikit ni. Nak dijadikan cerita, ikut family pergi shopping dekat Mydin Kulai. Sekali terbeli pula pensil warna yang meriah. Haha.. Opsss.. Nafsu betullah.


Hah! Kan dah kata. Takdanya nak terus setia dengan pensil warna yang 12 batang tu kan. Dah nampak yang meriah cemni mesti nak hati tumelonjak-lonjak nak beli. Haha.. Dasar perempuan suka shopping.

Okkaylah korang. Ada satu lagi benda yang zaman sekolah tak dapat nak buat, tapi zaman kerja ni dapat buat. Nanti saya share dekat entri yang lain ye.

Terima kasih sudi baca. Wassalam.

3 comments:

  1. airah suka sangat mewarna tapi dah tak ada masa nak menghadap hehe busy nau

    ReplyDelete
  2. peh..

    memang pandai melukis dan mewarna nih.

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign