iBawal: Soraya 2017 Parfum Flora & Fauna

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,

Entri hari ni khas untuk pencinta tegar tudung bawal macam KJ. Eh, eh, yang tak pakai tudung bawal pun boleh jatuh cinta tau kalau baca entri KJ ni sampai habis.


Tudung jenama iBawal mula menembusi pasaran tudung borong sejak Nov 2015 dan sehingga kini kami sudah ada 7 koleksi yang hanya boleh didapatkan secara ekslusif daripada stokis dan ejen kami di seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak, Brunei, Singapura, San Francisco dan Riyadh.


Sebanyak 20% keluaran tudung kami adalah untuk pasaran antarabangsa dan kami membuka peluang perniagaan kepada semua resellers Bumiputera untuk menjual tudung kami pada modal yang rendah. Kami juga mengajar semua stokis dan ejen kami cara pemasaran online dan teknik menjual, serta aktiviti pemasaran jenama kami tidak putus, aktif dan konsisten secara social media, majalah dan suratkhabar.


Tudung iBawal terkenal dengan kotak 'Powerbank' packaging istimewa sebagai branding jenama kami. Tudung iBawal juga terkenal sebagai tudung dengan design tersendiri, kualiti terbaik, tidak perlu gosok dan yang paling istimewanya dengan koleksi Soraya 2017 Parfum Flora & Fauna ini, tudung koleksi ini didatangkan dengan haruman ros dan tropikal yang kekal. Kami telah membuat pembaharuan pada pembuatan tudung koleksi ini menggunakan nano technology yang membuatkan bau atau haruman tudung kekal walaupun selepas basuhan.

Testimoni dari KJ sendiri, KJ terus terang bagitau yang KJ memang dah jatuh cinta dengan tudung ni. Dahlah wangi, senang nak bentuk, tak payah nak gosok pula tu. Masa ni KJ nak ikut suami pergi pasar lambak. Dah kelam kabut sangat tudung ni je yang sempat KJ sarung.

KJ ingat susah nak bentuk tudung ni. Tapi bila dah pakai sedang-sedang elok je dia terletak. Macam tudung kain cotton lah. Tapi material tudung ni kain satin. Cantik dan mudahkan.

KJ menggayakan koleksi Soraya 2017 design Merak. Lembut je warna dia. Memang kena betul dengan KJ kan kan kan. Hehehe.. Sebenarnya ada banyak lagi corak dan warna yang menarik. Kalau nak cuci mata, korang boleh pergi ke website iBawal.com ye.

Kalau korang nak dapatkan tudung ni, boleh klik dekat sini --> iBawal
Sehelai cuma RM 55.00 sahaja.
----------------------------------------------------------------------------------------------
iBawal memberikan keistimewaan pada koleksi Soraya 2017 dengan tudung wangi haruman kekal yang diilhamkanoleh kecantikan seni alam tropika Malaysia. Soraya memperkenalkan bunga tempatan dan tumbuh-tumbuhan yang unik dan tersendiri menjadikannya rekaan tudung yang indah.

Penghargaan kepada alam telah menginspirasikan Soraya untuk membawa unsur-unsur kehidupan fauna khas dalam koleksi hijab wangi ini. Alami aroma manis bunga mawar dan tropika, menyerlah kewanitaan, daya tarikan dan gaya sopan cantik dengan Soraya 2017 Parfum, Flora & Fauna.

Koleksi Soraya 2017 Wangi, Flora dan Fauna boleh didapati secara eksklusif dari stokis dan ejen iBawal. 
Best regards,Azleen SolihaSofris Hijab Sdn Bhd