Kasih Juju: Makan Angin di Tanjung Bidara Beach Resort

May 15, 2017

Makan Angin di Tanjung Bidara Beach Resort

Assalamualaikum korang dan salam sejahtera.

Okeh, siapa dekat sini yang dah pergi bercuti ke Melaka? Ha, mesti ramaikan. Saya sendiri sangat seronok bila bercuti ke Melaka. Walaupun dah berkali-kali ke Melaka, tapi bila ada yang mengajak, laju je saya setuju. Hehe.. Sampaikan masa baru kahwin dulu suami tanya nak berbulan madu dekat mana? Saya kata, jom pergi Melaka. And lepas tu my husband was like... Melaka lagi? Okeylah.. Jom.. Melompat bintanglah saya.

Nak tahu apa yang menarik kat Melaka? Jawapannya banyaaak sangat! Ok now, let’s see apa yang best kat sini. First and foremost, Melaka ini merupakan pilihan yang tepat bagi korang yang kaki shopping kerana kat bandar Melaka ni saja terdapat banyak mall dan tempat membeli belah yang korang boleh kunjungi..

Antara tempat shopping yang famous ialah Dataraan Pahlawan Megamall Melaka, Jonker Walk Street, Mahkota Parade, A’Famosa Outlet dan banyak lagi. Ada satu kedai ice shave dekat dataran pahlawan ni yang saya singgah. Masa tu saya cuba ice shave perisa durian. Perghhh... Macam rasa durian sebiji dia letak. Heaven betul.



Selain itu, bagi yang meminati sejarah, tarikan yang boleh anda kunjungi tidak kurang hebatnya. Di sini, terdapat Kota A’Famosa, Muzium Kapal Selam, Muzium Samudera dan lain-lain lagi. Namun, bila datang ke tempat seperti ini, penginapan pasti membimbangkan anda bukan. Mana taknya, selalunya hotel-hotel di sini hampir semuanya full house apabila musim cuti bermula. Jadi, kalau korang nak datang sini, jangan lupa visit traveloka website to find the best deals on Bidara Beach Resort!

Kepada yang masih pening nak pilih tempat penginapan sepanjang bercuti di Melaka, saya nak cadangkan korang menginap di Tanjung Bidara Beach Resort yang terletak di pesisir Pantai Tanjung Bidara. Iye, korang jangan tak tau pula dekat Melaka pun ada pantai tau.
Image result for tanjung bidara beach resort
Resort ini sangat sesuai bagi korang yang ingin merasa sendiri kedamaian deruan angin dan bunyian ombak yang menenangkan. Well, siapa yang tak suka dengan laut kan. Rasa tenang je bila dengar ombak laut yang menhempas pantai. Bayu laut yang kuat menampar pipi. Wah! Berpuisi pulak.

Untuk bilik, resort ini menyedikan beberapa jenis bilik yang korang boleh pilih samada Deluxe Room Garden View ataupun Deluxe Room Sea View dengan harga bermula serendah RM 140 sehingga RM 190. Bagi yang datang dengan keluarga mahupun kawan-kawan yang ramai, korang jangan risau sebab resort ni ada menyediakan chalet yang bersaiz lebih besar.
Image result for tanjung bidara beach resort traveloka
Chalet ini juga dibahagikan kepada dua pilihan sama ada garden view ataupun sea view yang menawarkan pemandangan yang berbeza pada harga yang sama. Jadi kalau korang nak pemandangan laut, korang kena tempah awal-awal tau. Kalau lambat nanti korang tak dapat view laut.

Selain kemudahan asas yang disediakan didalam bilik seperti LCD TV dilengkapi Astro, penghawa dingin, kemudahan bilik mandi serta mini bar, resort ini juga ada menyediakan sarapan pagi sebelum memulakan hari percutian korang.
Image result for tanjung bidara beach resort traveloka
Bagi yang datang untuk merasai makanan traditional Melaka pula, korang jangan risau sebab korang boleh menjamu selera di Sri Fatimah Restaurant yang terletak di dalam kawasan resort ini. Pelbagai jenis masakan yang disediakan untuk menepati cita rasa para pengunjung. Jadi tunggu apa lagi? Bila lagi korang nak menjamu selera sambil menikmati permandangan indah terutamanya pada waktu malam.

Selain itu, kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan pantai membolehkan pihak hotel menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi seperti Jungle Trekking, berbasikal, kayak dan banyak lagi. Bagi korang yang tidak gayat dengan ketinggian, saya cabar korang untuk merasa aktiviti Flying Fox. Pernah try? Kalau belum, korang kena try Flying Fox yang menawarkan pengalaman yang pasti mengujakan bagi sesiapa yang mencubanya.

Then, dah nama resort tepi pantai mestilah ada permainan pantai kan. So, kat resort ni, turut disediakan beberapa gelanggang bola sepak pantai dan bola tampar pantai untuk korang gunakan. Wey, saya sangat-sangat suka dengan bola tampar. Tapi so sad sebab saya tak da geng nak main bola tampar masa tu. Huhu.. Next time kena bawa keluarga sekampung datang sini. Barulah syok.
Image result for tanjung bidara beach resort
Bagi yang nak merehatkan diri daripada segala aktiviti, korang boleh merehatkan diri korang sambil berenang di kolam renang yang disediakan oleh pihak resort. Tanjung Bidara Beach Resort menyediakan 2 buah kolam renang iaitu satu untuk dewasa dan juga satu untuk kanak-kanak yang terletak bersebelahan.
Image result for tanjung bidara beach resort traveloka
Selain dari itu, bagi ahli koporat yang nak membentuk semangat kerjasama dan jati diri dalam kalangan pekerja, korang jangan risau sebab pihak resort ada menyediakan Pakej Team Building yang boleh membina perwatakan berdaya saing melalui beberapa aktiviti yang diterapkan seperti aktiviti jalan berhalangan, merentas hutan, berakit, Monkey Bar dan aktiviti lain yang membina semangat berpasukan dan berkumpulan. Pihak resort juga ada menyediakan kemudahan bilik mesyuarat bagi memudahkan urusan ahli perniagaan. Pendek kata, semuanya ada di Tanjung Bidara Beach Resort ni!

Jadi kalau korang nak datang Melaka, jangan lupa untuk stay di Tanjung Bidara Beach Resort dan buat tempahan awal di traveloka.com hari ini juga!


10 comments:

  1. tak abis pusing masa pegi melaka bbrapa minggu lepas tp pasti xbosan pegi sna sb byk tmpt best =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu..pergi berkali-kali pun tak bosan :)

      Delete
  2. Best jugak sebenarnya bercuti di melaka nih..saya pernah dua kali jer pergi melaka tapi tuh pn sebab urusan kerja..tak pernah teroka betul2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni kena cari masa untuk pusing-pusing melaka okeh :)

      Delete
  3. saya orang Melaka, tapi banyak gak tempat tak pernah pegi lagi kt dalam Melaka tu.. :)

    ReplyDelete
  4. Baru balil dr melaka last week. Melaka tak pernah tak best.

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign