Kasih Juju: Pasarayaku Benut : Boleh ke tukar baju yang dah dibeli?

May 31, 2017

Pasarayaku Benut : Boleh ke tukar baju yang dah dibeli?

Assalamualaikum semua, salam ramadhan hari ke 5.

Haritu masa KJ balik kampung, KJ sempat jugalah singgah di Pasarayaku nak survey baju raya si Firash. Eh, macam tak percaya je nak survey je. Haha, dah beli dah pun. Punyalah seronok shopping 1 ramadhan. Tak payah nak berebut pun tau. Boleh pilih baju dengan aman.

Masa ambil saiz si Firash tu KJ tak pakaikan pun dekat dia. Cuma ukur dari luar je. Agak-agak ngam tak panjang sangat KJ pun terus bawa pergi kaunter dan bayar.

Bila dah balik rumah Kluang barulah terhegeh-hegeh na try dekat si Firash. Sekali senteng la pula. Dah satu kerja nak kena pergi tukar balik. Dahlah Pasarayaku tu dekat kampung. Ada peluang ni nak buka dekat kampung. Muehehe..

Kampung KJ dekat Benut. Jarak dari Kluang nak ke Benut cuma makan masa sejam je. Bulan puasa ni kan dapat balik awal. Sampai rumah pukul 5 tu solat asar, terus gerak balik kampung. Punyalah seronok, sampai mandi pun nak kat kampung. Haha.. teruk betul perangai.

Dah sampai kampung, salam-salam dulu. Lepas tu mandi. Barulah boleh gomol si budak kedekut senyum ni. Serius memang mahal senyuman dia. Tak tau nak kena bayar dengan apa.



Hah, nampak tak? Semua gambar tu dia tak senyum. Mahal sangat senyum dia. Kalau dia senyum pun sikit je. Betul-betul punya sikit. Haha, Aisyah ni anak adik yang bawah KJ. Belum setahun pun lagi umur dia.

Lepas buka dan solat Maghrib dekat rumah atok, terus serbu Pasarayaku. Dekat sini boleh tukar baju yang kita dah beli dengan syarat segala tag yang dia dah letak tu kita tak buka dan dalam masa 3 hari. KJ pun memang dah sedia maklum pasa tu. Sebab tu masa si Firash nak tarik tag tu KJ tak bagiPasaraya

Semalam adalah hari yang ke tiga. Sebab tu gigih juga balik kampung. Nasiblah kan kampung tu dekat je. Kalau tak dah boleh bagi je dekat siapa-siapa yang muat.

Kalau dah masuk sini kau ingat boleh terus keluar? Tu hah bos kecik awal-awal lagi dah kata nak mainan. Dia nampak pulak Spiderman dik bersusun dekat rak. Makin meronta-rontalah dia nak bawak balik sekali Spiderman tu. Nasib baik murah. Ambillah nak. Mama bayar. Sengih sepanjang jalan.

Tulah kaler baju raya dua beranak tu. Sebenarnya KJ punya baju raya dah siap jahit. Dah Menteri Kewangan a.k.a encik suami kata mata dia berkenan warna tu untuk raya tahun ni jadi kita layankan ajelah. Pandailah nanti KJ cari tudung yang kaler sedondon denga dua beranak ni.

Baju raya korang kaler apa tahun ni?

Terima kasih sudi baca. Wassalam.

6 comments:

  1. el pulak last minue tailor x mau amik..tu lah gatai hantaq lambat..so kena beli readymade punya..yg belum setel anak bujang ngan bapak depa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadoi...terpaksalah beli yang ready made punya.hehehe

      Delete
  2. comelnya anak akak.. tak snyum pun comel gilee.. Salam kenal dari Indonesia follower ke #1693..

    theamazingjasmi.com

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign