Potluck JDT Blogger Yang Pertama

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,

Tanggal 20 Mei 2017 haritu kami di komuniti JDT Blogger telah sepakat untuk mengadakan Potluck kami yang pertama. Bagi lebih mengeratkan lagi talian silaturahim antara kami. Sebelum ni pun dah erat. Tapi kali ni nak lebih mesralah pula.

Daripada 19 orang ahli yang terkumpul, hanya 9 orang yang dapat menghadirkan diri. Walaupun sikit tapi kami tetap meriah hokey. Masing-masing ada hal. Jadi tak boleh nak paksa. kalau terpaksa datang nanti dah jadi cerita lain pula.

Pengisian haritu lebih kepada santai-santai je. Tukar-tukar hadiah dan makan. Simple yet meaningfull. Okeh, dah ready ke nak tengok himpunan gambar yang kitorang ambil haritu? Hehe, jangan jemu ye,.

twelve person in blue colour
Dari kiri bawah: Nona, MiaLiana, Suzlin, Uyul Rosli
Atas kiri: Juju, Mar Mansor, Siti Rohaida, Hernee Nazir, Mama Maszul
Tukar-tukar hadiah. Bajet RM30.00 ke atas :)
Senarai hadiah:
  1. Photoframe by blogger uyulrosli.com
  2. Powerbank by blogger mialiana.com
  3. Lunch and dinner tray by blogger herneenazir.com
  4. Propolis by blogger suzlinazreena.blogspot.com
  5. Lunch box by blogger maszul.blogspot.com
  6. Set mandian spa aloevera by blogger kasihjuju.com
  7. Large compartment ware by blogger kisahsidiary.com
  8. Tea maker by blogger jnjikita.blogspot.com
  9. Hadiah misteri by blogger nonasani.blogspot.my
pavlova, keropok ikan, nona manis, karipap, kek buah
Pavlova, Keropok ikan, nona manis, Karipap dan kek buah
Ketam lemak, ketam sambal, asam pedas ikan mayong, ayam goreng, sayur kobis goreng
Menu of the day : Ketam lemak, ketam sambal, asam pedas ikan mayong, ayam goreng, sayur kobis goreng
Fruit cocktail, sandwich telur dan sardin, karipap, sambal tempoyak, buah-buahan
Amacam? Tergoda tak tengok lauk dengan manisan yang kami hidangkan ni? Haha, sambil menaip pun KJ rasa lapar semula tau. Sedapnya asam pedas, lemak ketam, sambal tempoyak tu ha. Mendidih perut wey.

Tapi sekejap je perut mendidih sebabnya lepas tu dapat makan yang manis-manis dan sejuk-sejuk. Cuaca haritu pun nyaman je. Sambil menikmati makanan yang super duper sedap bawah pondok. Rasa nak baring-baring je lepas makan. Kikiki..


Seronok bila dah berada dalam komuniti JDT Blogger ni. Macam-macam perangai semua keluar. Walaupun perkenalan kami singkat, tapi ukhwah yang terjalin membuatkan kami rapat dan saling menjaga antara satu sama lain.

Tengok sajalah telatah kami bila dah berjumpa. Menyembang tak ingat dunia. Gelak ketawa memang memenuhi ruang pondok kami hari tu. Seronok sangat.

Itulah salah satu misi dan visi potluck kali ini. Bertentang mata sambil mengenali hati budi masing-masing. Bila dah kenal rapat macam ni barulah boleh proceed untuk event yang seterusnya kan.

Antara gambar-gambar semasa sesi pertukaran hadiah. masing-masing teruja dengan hadiah yang kitorang dapat. KJ pun seronok sangat dapat 2 set lunch box daripada Kak Hernee. Berkobar-kobar rasanya nak bawak bekal pergi kerja. Hehe.. Terima kasih Kak Hernee.

Memperkenalkan kak Eda, pemilik blog kisahsidiary.com. Kakak ni dah kena label kakak garang sebab dia memang garang. Haha.. Jangan marah ye kak Eda. Saya bergurau je. Setiap teguran dari kakak-kakak JDT Blogger KJ terima dengan hati yang terbuka. Mereka menegur sebab sayangkan kita. Kalau tak tegur tu maknanya diorang tak sayang. Muah ciked.


Sebelum balik, kami bergambar lagi. Entah bila dapat gathering macam ni lagi. Dengarnya nak buat kembara raya. Harap-harap menjadi kenyataanlah ye. InsyaAllah.

Terima kasih pada semua yang sama-sama menjayakan potluck ni. KJ minta maaf ye kalau ada kekurangan dari pihak KJ. Harap korang pun tak serik kenal dengan KJ.

Wassalam.