Kasih Juju: Review : DEOPROCE Lap Therapy Mask Pack

May 11, 2017

Review : DEOPROCE Lap Therapy Mask Pack

Hai korang,

Harini saya nak kenalkan dengan korang satu barang kecantikan yang sangat-sangat baik untuk kulit muka. Kalau bercakap pasal kecantikan ni siapa yang tak suka kan. Bukan perempuan je, lelaki pun suka tau. Yang paling menarik sekai, barang ni buatan Korea. Ha... siapa yang nak kulit flawless macam artis Korea tu korang patut baca entri saya sampai habis ye.

DEOPROCE Lap Therapy Mask Pack


deoproce lap therapy mask pack
Untuk mask pack ni dia ada 2 pilihan untuk korang pilih.
1/ Placenta Soothing
2/ Swallow's Nest Aqua

Sebelum kita tengok apa yang terkandung dalam mask pack ni, jom kita berkenalan dulu dengan jenama DEOPROCE ni.

DEOPROCE ni adalah satu jenama yang datangnya daripada negara Korea. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu produk tu semuanya berasaskan dari bahan-bahan yang organik. Ianya dicipta sesuai untuk kulit wanita-wanita di Asia.

Matlamat mereka adalah untuk menghasilkan dan membekalkan kosmetik yang mengandungi pelbagai jenis bahan semulajadi. Kualiti produk mereka juga telah mendapat pengiktirafan daripada negara-negara di Asia.

DEOPROCE Lap Therapy Placenta Soothing Mask Pack
deoproce lap therapy mask pack
Placenta soothing ni mengandungi plasenta kacang soya dan juga ekstrak teh hijau. Sangat sesuai untuk menyegarkan kulit yang sensitif. Ianya bertindak secara lembut dan semulajadi.

Ianya kaya dengan nutrion untuk membaiki dan mengembalikan semula kulit yang sihat. Ianya melembabkan dan membantu mencegah kulit daripada sebarang pencemaran udara.

DEOPROCE Lap Therapy Swallow's Nest Aqua Mask Pack
[gambar]
deoproce lap therapy mask pack

Swallow' Nest Aqua ni pula mengandungi sarang burng layang-layang dan juga ekstrak aloevera. Pack yang ini sesuai untuk melembabkan kulit dan mencegah kulit daripada pencemaran udara.

Ianya juga dapat menyelesakan kulit sensitif menjadi lebih lembut dan semulajadi. Memberi tenaga untuk mengembalikan kulit yang letih dengan memberikan kesan bersih dan bersinar.

Cara Penggunaan:
Macam yang korang nampak. Pack ni datang dengan ampoule dia sendiri. So, korang kena koyak dulu pack ampoule ni, lepas tu sapu dekat muka dan tunggu sampai ianya menyerap. Kemudian baru korang tepek mask.
deoproce lap therapy mask pack

deoproce lap therapy mask pack

deoproce lap therapy mask pack

deoproce lap therapy mask pack
Tunggu sampai ampoule ni menyerap dekat kulit muka baru letak mask
Mask ni sejuk je bila letak dekat muka. Rasa sejuk dia tu buatkan korang nak terlelap. Ah! Lelap ajelah sekejap. Waktu rehat ni kan.
deoproce lap therapy mask pack

Oh ye, saya cuba pack ni masa dekat pejabat. Boleh buat dekat mana-mana je. Yang penting selesalah dekat korang.
deoproce lap therapy mask pack
Kulit saya rasa segar dan lembab je. In love sangat.
Tadaaaa... Nilah hasilnya. Segar je rasa muka ni. Semangat nak sambung buat kerja balik.
deoproce lap therapy mask pack

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, korang boleh pergi ke website HiShop.com ataupun klik link dekat bawah ni:
DEOPROCE Lap Therapy Placenta Soothing Mask Pack
DEOPROCE Lap Therapy Swallow's Nest Aqua Mask Pack

Harga:
RM 6.90

Bagi menghargai pembaca blog saya ni, saya nak bagi extra diskaun. Cuma masukkan kod JULIA dekat ruangan 'Enter Discount Code'. Contoh macam dekat gambar bawah ni ye. Dan korang boleh dapat 10% daripada jumlah produk tu. Selamat membeli-belah.

Terima kasih sudi singgah.
Wassalam.

3 comments:

  1. bestnyaaaaa. ni rasa nak beli ni huwwaaaaa

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya. Ana mmg suka pakai mask. Rasa relax sgt.

    ReplyDelete
  3. nampaka menarik tertarik,

    ReplyDelete

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign