Sepetang di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,

Harini saya nak share pengalaman saya ke Teluk Cempedak bersama keluarga. Sebenarnya trip ni trip kenduri kahwin. Dah alang-alang kami sampai Kuantan ni, kami ambil keputusan nak jalan-jalan dekat Bandar Kuantan.

Untuk pengetahuan korang, perjalanan dari Benut, Pontian, Johor ni mengambil masa selama lebih kurang 6 jam termasuk berhenti solat Jumaat di Masjid Muadzam Shah. Kami masuk tol Simpang Renggam dan keluar di tol Yong Peng Selatan. Dari sini perjalanan kami dijamu dengan lautan kebun kelapa sawit. Macam tak de beza je bila lalu Segamat dengan Muadzam Shah. Kiri kanan sawit.

Sepetang di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

Sesampainya kami di homestay Taman Seri Mahkota. Kami terus bergerak ke bandar Kuantan. Memandangkan cuaca masih terang, jadi kami ambil kesempatan ini untuk menikmati suasana petang di Pantai Teluk Cempedak.

Memasuki perkarangan tempat letak kereta kami dikenakan bayaran RM2.10/kereta. Dan kami terus menuju ke pantai. Orang agak ramai juga walaupun kami datang pada hari Jumaat. Sempatlah juga kami mengambil gambar sebelum keadaan gelap.

Sepetang di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan
Men in my life
Sepetang di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan
Me and my sister

Apa yang menariknya dekat sini, korang boleh jumpa dengan Spiderman dan Ultraman secara live. Haha, masa mula-mula nampak Ultraman tu di Firash dah tarik tangan saya kuat-kuat. Bukan tarik pergi dekat dengan Ultraman tu. Tapi tarik nak lari. Hehe..

Sepetang di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

Kalau korang nak tau, Firash ni fanatik sangat dengan Ultraman. Baju, seluar, buku, selipar, mainan dia semua nak Ultraman. Tapi bila jumpa depan-depan tak beranilah pula. Hadusssh. Kelakar betullah budak bertuah ni.

Okkaylah, jumpa lagi di entri yang lain ye.
Wassalam.
Tags