Kasih Juju: June 2017

June 21, 2017

Balik Kampung. Yeayyy

Assalamualaikum semua,

Dah masuk minggu terakhir kita berpuasa. KJ percaya sekarang ni mesti korang tengah sibuk bertungkus-lumus menyiapkan persiapan raya korang kan.

KJ pun ada beberapa barang lagi yang belum sempat KJ nak cari. Tak taulah sempat ke tak nak membeli ni. Harap-harapnya sempatlah kan. Kasut raya si Firash yang belum ada lagi ni ha. Dengan kasut raya KJ. Tapi kalau KJ punya takde pun tak pe kut. Yang penting si Firash punya wajib kena cari.

So, jom kita fokus pada persiapan balik kampung. Wah! Macam dah tak sabar rasanya nak beraya di kampung tahun ni. Lain macam sikit kemeriahannya.

Tahun ni KJ beraya dekat Kluang dulu. Petang raya baru balik Pontian. Walaupun jarak perjalanan cuma makan masa selama sejam, tapi banyak juga yang perlu di pack. Maklumlah, dah beli baju raya meriah-meriah sekali tertinggal pula. Naya je nanti kalau kena patah balik.

Sekarang ni KJ sangat-sangat memerlukan beg yang boleh hangkut semua baju raya dan kuih raya yang KJ dah beli. Opss.. Beli je you olls. Tak sempat nak buat. Tunjuk-tunjuk je yang sempat. Hehe. Jangan kecam KJ ye.

Kalau bercakap pasal barang tak cukup ni memang Lazada Malaysia jela pilihan KJ. Jom kita tengok apa yang KJ jumpa ni.

1/ Travel Luggage
Sesuai sangat dengan kehendak KJ tau luggage ni. Ada 2. Satu boleh isi baju, satu lagi boleh isi kuih raya. Harga pun takdelah mahal sangat. Mampu milik ni. Cuma RM149.00 je. Tengah sale kan sekarang ni. Lepas ni harga dia back to normal. Jangan korang menyesal pula kalau terlambat nak grab beg ni.

2/ Wiper Kereta
Yang ni walaupun nampak macam remeh, tapi tersangatlah penting ye korang. Lebih-lebih lagi untuk yang dah lama giler tak tukar wiper. Bila hujan pandangan jadi kabur. Lepas tu ko pun manjajar bawak kereta sebab tak nampak depan. Dibuatnya dekat depan ada kereta, tak memasal berdentum karang.

Uish.. Minta-mintalah dijauhkan. Jadi, untuk mengelakkan sebarang kecelakaan, baik kita mencegah. KJ pun sebenarnya dah lama tak tukar wiper. Bila nampak Lazada tengah buat offer ni teruslah KJ grab. Murah ni.

3/ Earphone
Untuk keselamatan dan kegunaan akan datang, KJ nak standby earphone ni dalam kereta. Supaya bila KJ tengah drive nanti, KJ tak hilang fokus memandu. Cuba bayangkan kalau takde earphone lepas tu ada pula call yang penting masuk. Bahaya tau memandu dengan sebelah tangan je. Tak boleh fokus dekat jalanraya.

Ditambah pula sekarang ni Polis dah kuatkuasakan kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu boleh dikenakan tindakan mahkamah. Hah, bukan kena saman tau sekarang ni. Kena panggil naik court terus. Huh. Jangan nak cari pasal ye.

Kalau korang balik kampung naik bas raya nanti, boleh juga guna mas dalam bas nanti. Boleh layan muzik tanpa ganggu orang sebelah. KJ sendiri suka travel naik bas. Kadang-kadang terganggu betul dengan orang yang tak reti hormat privasi orang lain ni. Dia buat bas tu macam dia punya sendiri.

Korang yang nak buat persiapan raya tu boleh jengah ke website Lazada Malaysia kalau ada barang keperluan yang tak cukup lagi. Semuanya ada di Lazada. Tak payah nak bersesak di shopping mall dah.


Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Menang Giveaway The Cartieca

Alhamdulillah, masuk lagi rezeki bulan puasa ni. Hehe.. Bertuah pula di bulan Ramadhan ni. kali ni KJ menang GA dari blogger Kartika. Mungkin dapat tudung kot. Agak-agaknya sempat tak dapat sebelum raya? Hurmm.. Macam tak sempat je. Tapi tak pe. Lepas raya pun boleh melaram. Hehe..


Ada 9 orang lagi pemenang yang dah diumumkan. Kalau korang nak cek nama-nama yang bertuah tu boleh klik je dakat --> SINI

Okeh, tahniah pada semua yang berjaya. Sama-sama kita melaram dengan hadiah kita nanti ye. Pada yang tak berjaya boleh cuba lagi. Banyak GA yang tengah berlangsung sekarang. Silalah rajin-rajin blogwalking.

Terima kasih sudi singgah.
Wassalam

June 20, 2017

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia


SGSHOP username: helmijulia
Id blog: julia jamaludin
Fb: www.facebook.com/juliajamaludin
Ig: www.instagram.com/helmijulia

Korang, jom join segmen solehah shamsudin ni. Senang je syarat penyertaan dia. Last day harini. Join cepat yok.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

June 19, 2017

Senarai 21 Barangan Terkawal Raya 2017

SEBANYAK  21 jenis barangan disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa 2017 yang dilaksanakan selama 14 hari bermula 17 Jun ini.    
Antara barangan yang disenaraikan termasuk ayam, telur, daging lembu, cili merah, tomato, kubis bulat import, kelapa, bawang merah serta bawang besar. 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, harga maksimum  ditentukan di peringkat pengeluaran, borong dan runcit dalam rantaian pengedaran mengikut kesesuaian. 
"Penentuan ini dibuat supaya penguatkuasaan kawalan harga lebih berkesan dan penawaran harga yang berpatutan untuk barangan perlu bagi manfaat pengguna dan peniaga. 
"Ia juga ditentukan melalui pemantauan harga di seluruh negara sepanjang tahun lalu dan Januari hingga Jun tahun ini selain pandangan daripada pelbagai agensi kerajaan. 
"Kita juga berbincang dengan pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong barangan berkenaan," katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Pengalaman Balik Kerja yang Mendebarkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Fuh, tajuk entri KJ harini macam suspen je kan. Hehe. Sesekali je nak buat entri suspen macam ni.

Okeh, macam yang korang sedia maklum, KJ ni balik rumah dekat daerah lain. Kerja dekat daerah lain. Walaupun dengarnya macam sebelahje daerah tu, tapi perjalanan ambil masa sejam jugalah.

Memang sejak dua tiga menjak ni nampak mat tiarap dok training dekat hutan all the way KJ nak balik rumah tu. Tapi KJ selalu buat tak endah je sebab dah nampak signboard diorang tengah training.
Image result for askar training
Apa yang mendebarkan tu bila drive dalam suasana yang baru nak hujan, tetiba KJ nampak ada 2 sosok tubuh tengah berjalan sambil pegang senapang. Baju dah samar-samar dengan daun. Mula-mula KJ buat tak endah. Sebab memang dah biasa nampak diorang ni.

Tapi bila dekat depan sikit KJ nampak dalam 10 orang tengah meniarap sambil menghalakan senapang dekat jalan raya, hah masa ni KJ punya jantung berdegup laju. Sambil tu sempat jugalah berdoa dalam hati, janganlah ada yang tertembak masa KJ tengah lalu ni.

Haha, dia punya gelabah entah macam apa ntah. Susah nak describe. Tapi jantung memang berdegup kencang. Haha.. Drama sangat KJ ni kan.

Dah lepas setengah jam barulah timbul rasa kesian dekat diorang yang tengah training tu. Dah lah puasa, hujan pula tu. Respect abam askar. Semoga terus kuat menjaga keamanan negara yang kita sayangi ni.

Terima kasih sudi singgah.
Wassalam.

June 18, 2017

Menang Giveaway Mini Topup by merahcekelat

Alhamdulillah,

Kali ni nama blog KJ naik lagi untuk segmen yang dianjurkan oleh blogger merahcekelat.blogspot.com
Dapatlah topup RM10.00, rezeki bulan Ramadhan lah ni.
Nama naik nombor satu tau. Jarang fenomena seperti ini berlaku. Apa-apa pun, semoga blogger merahcekelat sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)

Menang Segmen Bloglist kisahsidiary.com

Alhamdulillah,

Akhirnya tersangkut juga blog KJ dalam banyak-banyak segmen yang KJ join. Terima kasih buat Blogger kisahsidiary.com sebab buat segmen ni.

Banyak manfaat yang boleh kita dapat bila menang segmen bloglist ni. Antaranya dapat tingkatkan trafik.
Bila kita rajin up entri dekat blog, automatik nama kita akan duduk dalam senarai yang paling atas sekali. So bila nama kita kt atas, pengunjung blog tuan segmen akan nampak entri kita tu, lepas tu kita pun kenalah tempias sikit. Bonus tu.

So korang kalau ada lagi segmen bloglist ni silalah join ye. Dalam masa yang sama dapat support segmen kawan-kawan blog kita juga.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam

The Cartieca Giveaway #2

Assalamualaikum semua,

Jom support giveaway dari  Cartieca Closet ni.
Klik je dekat banner tu ye.

June 13, 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

June 12, 2017

Cantik dan Bergaya di Hari Raya

Alhamdulillah, dah masuk minggu ketiga kita berpuasa. Cemana? Dah siap ke persiapan raya korang? Baju dah beli? Handbag? Kasut? Mana yang belum beli tu kita geng.

KJ sebenarnya dah beli dah baju raya. Tapi tak sedondon dengan suami dan Firash. Hati ni melonjak-lonjak rasanya nak tambah baju raya lagi sepasang. Tak syoklah KJ sorang je yang warna lain. Mentang-mentanglah KJ belum ada geng lagi nak pakai baju sedondon.

Kalau nak ikutkan, baju kat atas ni lah warna baju raya dua beranak tu. Lari jauh betul dengan warna baju yang KJ dah buat. Warna merah. Nak pakai tudung warna kuning pun macam tak kena je kan. Eh, tolonglah sokong kata-kata KJ ni. Hehe.. Alasan nak tambah baju lagi sebenarnya.

Dan disebabkan itulah KJ dengan lajunya buka website Lazada Malaysia. Tengah sale kan sekarang ni. Wajib tau buka website tu. Sekarang ni KJ nak cari baju raya warna kuning ataupun coklat gelap. Jom tengok apa yang KJ jumpa ni.


Kalau dah namanya perempuan, mana boleh tengok 1 gambar baju je. Mesti nak kena survey yang lain pulakan. Barulah puas hati dan tak putih mata kalau tak survey dulu.

Gambar yang pertama tu memang betul-betul menawan hati kan. Hehe.. Rambang mata KJ nak pilih baju dekat Lazada ni. Menggugat iman sungguh.

Next step, jom kita match kan baju-baju ni dengan tudung pula.

Untuk baju yang pertama, disebabkan baju tu dah bercorak, jadi tak sesuailah kalau nak pakai tudung yang bercorak juga. Jadinya kita kenalah cari tudung yang plain je. Ada bling-bling sikit tu kira okey lah kan. Yang penting tak nampak pelik masa pakai nanti.

Dah dapat baju dengan tudung, mestilah nak beli kasut raya pula. Hehehehe.
Disebabkan si Firash dah berumur 3 tahun, jadi KJ terasa nak pakai balik heels ataupun wedges. Dah lama tak beli heels dengan wedges. Masa Firash masih lagi kena dukung tak berani nak pakai sebab takut terpeleot. Haha..Typical mother. Padahal jalan kat shopping mall je pun. Jalan rata.


Cantik sangat kasut Carlo Rino ni. Hadoi. Kena beli cepat-cepat ni. Sebelum saiz KJ habis disambar orang.

Okeh, habis cerita pasal attire. Sekarang nak cerita pasal beauty pulak. Hari Raya ni mestilah kita nak nampak cantik kan. Takkan nak nampak muka tu pucat je. Mesti nak letak bedak sikit, lipstick sikit, eyeshadow, blusher. Eh, semua-semua tu lah.
Hah, nah. Satu set KJ sajikan dekat korang. Ni kalau dapat betul-betul ni mau senyum tak berhenti 7 hari 7 malam. Senang kalau dah beli satu set ni. Semua ada. Bedak, gincu, eyeliner, maskara. Senang kata complete set lah. Tak payah pening-pening nak cari benda tu satu-satu.

Korang pun mana yang tak tahan ank bersesak dekat bazar ramadhan ke, shopping mall ke apa kata korang shopping je dekat Lazada ni. Murah pun murah. Tak payah nak bersesak dengan orang ramai. Jimat masa lagi tau.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam

June 11, 2017

Alexa Rank 11062017

Assalamualaikum,

Dah masuk hari ke 16 kita berpuasa. Dah siap ke persiapan raya korang semua? KJ punya baju raya belum ada lagi ni. Sedih betul. Last minute encik suami tukar warna baju raya. Jadi terpaksalah KJ tukar warna baju sekali kan. Eh, bukan tukar sebenarnya. Tapi lebih kepada beli baru. Hehe.

Okeylah, bercerita pasal ranking alexa. Minggu ni nombor global dah semakin mengecil. Walaupun lambat tapi setiap hari ada penurunan. Kena bersabarlah sikit kan. Mana boleh nak menjunam terus. Hehe.
Terima kaih sudi baca.
Wassalam

June 10, 2017

MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat



Korang yang nak join klik je dekat banner tu ye :)

June 9, 2017

Lirik Lagu Terus Mencintai - Siti Nordiana

Image result for siti nordiana terus mencintaimu

Terus Mencintai - Siti Nordiana
Oh kasih ku takkan hilang
Bila kau ingat kepada ku
Oh cinta ku tak akan pudar
Bila kau selalu disampingku

Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cinta mu pada ku
Tak bisa seluas lautan

Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cinta mu pada ku
Tak bisa seluas lautan

Sungguh sungguhku tak bisa
Menahan besarnya rinduku pada mu
Sungguh sungguh ku tak bisa
Memaksa dirimu mencintaiku

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cinta mu pada ku
Tak bisa seluas lautan
Tak bisa seluas lautan

Giveaway by Nia Emkay

Assalamualaikum :)


Klik Banner untuk Join


Saya dah:

Saya suka Blog Nia Emkay kerana ..:
1/ loading laju
2/ suka kaler bunga-bunga dekat tepi tu


Senarai Hadiah:
Gambar Hiasan

Topup
(RM5 X 2 by Sis Hawa, RM5 X 2 by Shafyqah, RM5 X 2 by Izzah Alya)

Pemenang akan dipilih melalui random.org. Jangan tunggu lagi! Jom sertai ‘Giveaway by Nia Emkay’ sekarang :)

June 8, 2017

Organic Soap and Body Scrub by ZM Beauty

Assalamualaikum semua.

Harini KJ nak share pasal satu produk organik. Biasanya kalau kita sebut pasal produk organik mesti dah terbayang dalam kepala sesuatu yang jauh daripada bahan kimia. Yesss, betul tu. Produk yang sangat selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga keluaran ZM Beauty.

Sabun Organik
Untuk sabun organik ni, KJ dah cuba dah sabun ni. Serius rasa macam nak makan je sabun ni. Bau dia sedap betul. Menggoda deria rasa bulan puasa ni. Hehe. Nampak tak ada oat dekat kelopak sabun tu? Sabun ni boleh guna untuk cuci muka dan badan ye kawan-kawan.

Sabun ni datang sekali dengan bekas yang bertutup. Bak kata founder, dia tau masalah kita ni lepas dah cuci muka ke, cuci badan ke akan biar je bercampur dengan sabun lain. Jadi dia bagi bekas ni siap-siap supaya korang senang nak simpan ataupun nak bawa kemana-mana nanti.

Kebaikan sabun oat:
  • Mencerahkan kulit
  • Menyihat dan menghaluskan kulit
  • Melembabkan kulit
  • Melembutkan kulit
  • Detox kulit yang rosak akibat penggunaan kosmetik
  • Pelindung cahaya matahari
  • Menghilangkan parut jerawat
  • Mencegah pertumbuhan jerawat
  • Memberi nutrien kepada kulit
  • Menghilankan kesan jerawat dan jeragat
Selain daripada sabun oat, ada juga sabun green tea, kunyit campur madu, green tea campur oat, madu asli dan juga koko. Senarai manfaatnya seperti gambar di bawah:






Testimoni sabun boleh baca dekat --> SINI

Scrub kopi


Keistimewaan scrub ZM beauty :
  • Tesktur scrub yang halus dan lembut
  • Tidak meninggalkan kesan pedih @ luka bila kita guna
  • Wangi 
  • Melembabkan kulit
  • Membekalkan vitamin pada kulit
  • Puashati guna sebab banyak & murah...

Fungsi /Kebaikan SCRUB :

  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat 
  • Mencegah dan mengurangi kerutan di kulit 
  • Menghaluskan Kulit 
  • Mampu menghilangkan bekas jerawat, belak2, dan noda hitam 
  • Mencegah timbulnya jerawat 
  • Melembabkan kulit
  • Membantu menghilangkan sel kulit mati
  • Dapat memperbaiki peredaran darah dan memecah lemak di tubuh yang dapat menimbulkan selulit 
  • Menghilangkan bau badan 
  • Menghilangkan selulit
  • Meneutralkan kulit yang teriritasi
  • Bermanfaat sebagai detoksifikasi tubuh
  • Memberikan nutrisi pada kulit


KELEBIHAN & FUNGSI OLIVE OIL :

  • Mengatasi kulit pecah pecah
  • Melembabkan kulit wajah
  • Menjaga kelembaban kulit secara menyeluruh
  • Mengangkat sel kulit mati
  • Mencerahkan dan menyegarkan kulit wajah
  • Menghilangkan tanda tanda penuaan, terutama pada wajah
  • Menghilangkan kantung mata
  • Mengatasi wajah berminyak


Cara guna :
-Basahkan permukaan kulit dengan air biasa
-Keluarkan sejumlah scrub yang diperlukan untuk digunakan sahaja & masukkan ke dalam bekas lain
-Lumurkan scrub pada muka & bahagian2 lain yang diperlukan
-Jangan campurkan scrub dengan air(scrub akan melekat pada permukaan yang basah)
-Ratakan scrub, biarkan scrub selama 15minit untuk meresap kedalam kulit
-Selepas 15mint gosok scrub secara lembut bagi membuang kekotoran yang melekat di kulit
-Bilas dengan air bersih

Bahan - bahan : 
Gula bertapis,Olive oil,lavender oil,koko,vitamin E

Berat :
200gram

Disclaimer :
Scrub ZM beuty boleh digunakan dengan kerap kerana ia tidak akan meluka atau menyakitkan kulit anda

Petua :
Basahkan muka selama 5minit dahulu sebelum memulakan proses scrub untuk memudahkan daki dan sel kulit mati tertanggal ketika proses scrub. Jangan gosok terlalu kuat dan biarkan scrub berada diatas muka lebih lama untuk kesan yang optimum

Harga : 

RM 20.00 exc postage

Testimoni KJ :
KJ dah guna dah scrub ni. Dia punya bau. Perghhh.. Buat perut menggelodak wey. KJ ni dah peminat tegar kopi. Dapat pulak bulan puasa ni scrub kopi sental dekat badan. Fresh betul rasa dia.

Badan si Firash pun KJ sental jugak. Puas hati dapat sental daki budak kecik tuh. Mula-mula memang dia macam geli je tengok scrub tu. Tapi lama-lama dia pulak menyerah nak kena sental. Hehe.

Selain daripada kopi, ada juga scrub oat, green tea dan koko.




Kalau korang nak dapatkan sabun dan scrub ni boleh hantar whatsapp dekat nombor :
6011-32484182 Zuraini
Official website : www.zuraini.com


RAMADHANGIVEAWAY bersama SGShop Malaysia

sofie, giveaway, sgshopmalaysia

Barang yang KJ nak beli di website SGShop Malaysia ni adalah;
Tadaaaa, mini projector. Kalau ikut pada spec dia, kita boleh connect mini projector ni dengan pendrive. Hah nampak? Tak payah dah beli tv. Letak je mini projector ni dalam bilik, lepas tu boleh pancarkan terus ke dinding. Jimat ruang wey. 

KJ cuma perlu tambah RM 31.94 je lagi kalau KJ terpilihlah untuk menang giveaway ni. Tapi nak lah menang. Hehe, harapnya bertuahlah blog KJ ni.

June 6, 2017

MUST LOVE GIVEAWAY BY AUROMA SCENTS

1) Buat 1 entry tajuk "MUST LOVE GIVEAWAY BY AUROMA SCENTS"
2) Copy banner & backlink ke entry ini

3) Follow Blog dan Google + Celoteh Mamy Si Kekris 
4) Follow Instagram (ig) Auroma_Scents_Hq
5) Follow Instagram (ig) Fa_Zahirah
6) Like/follow Facebook Auroma Scents Hq

Menjelang Syawal, Dah Kemas Rumah ke Belum?

Assalamualaikum semua,

Semasa KJ menaip entri ni, dah masuk hari yang ke-10 kita berpuasa. Alhamdulillah. Walaupun cuaca sekarang ni tak menentu, harapnya dapat bertahan sehingga ke akhir ramadhan.

Macam mana persiapan raya pembaca blog KJ? Ada yang dah berkira-kira ke nak menghias rumah? Walaupun kaum Adam mengatakan masih awal lagi nak mengemas, tapi bagi kita kaum Hawa ni dah ada macam-macam dah dalam kepala. Ada banyak benda yang KJ nak tukar menjelang raya nanti.

Persiapan menjelang Syawal
1/ Beli vacuum mini
Pertama sekali yang KJ nak buat ialah vacuum karpet. Sebenarnya KJ tak suka nak vacuum karpet ni sebab KJ alergik dengan habuk. Paling tak suka sebenarnya. Tapi, disebabkan dekat Lazada ada jual handheld vacumm, jadi tak ada alasan lagi untuk KJ jumpa habuk dekat rumah. Dan part yang best sekali vacuum ni kaler pink. Ohmaigad, mata dah berpinar-pinar dah ni. Tak sabar nak grab. Harga pun murah je korang. Tak dapat ni dekat kedai kat luar sana tuh.



2/ Beli penyegar udara
Lepas tu KJ nak rumah KJ sentiasa berbau segar, wangi dan tenang je untuk yang datang marhaban pagi raya nanti. Benda ni pun dah lama dah KJ berangan nak beli. Letak dalam bilik pun segar je bau dia. KJ nak letak penyegar ruang udara ni. Bagus untuk anak kecil juga tau. Lebih-lebih lagi masa diorang tengah selsema. InsyaAllah boleh berkurangan selsema tu.



3/ Mesin bancuh kopi
Setiap kali raya memang ramai sanak saudara dan sahabat handai mahupun rakan taulan yang akan berkunjung ke rumah kita nanti kan. Jadinya KJ tak nak kelam kabut masak air panas lepas tu terhegeh-hegeh nak buat air. Kesian nanti dekat tetamu yang datang. Dia nak nyembang dengan kita, tapi kita pulak sibuk tunggu air panas tu masak.

Untuk menyenangkan kerja, KJ dah berangan nak grab mesin bancuh kopi ni. Senang sangat-sangat. Tekan je, tunggu air keluar. Dah siap. Hehe. KJ bukan apa, kesian dekat mak KJ nanti. Manalah tau masa KJ keluar beraya nanti ramai pula yang datang rumah. Tak lah mak KJ kelam kabut nak buat air kan.



Tips deko Hari Raya.
Sebenarnya kalau nak bagi tips ni KJ memang tak reti sangat. Asalkan benda tu tak semak di mata KJ rasa dah okkay dah. Lagipun KJ suka konsep minimalis. Kalau padat sangat pun KJ tak suka. Rimas. Macam terhimpit. Sesak dada.

Eh, lelebih pulakan. Setiap orang ada idea dan pendapat masing-masing. Jadi KJ nak syorkan dekat korang untuk cari idea dekorasi rumah korang tahun ni dekat LAZADA MALAYSIA. Banyak sangat barang yang boleh korang pilih.

Tadi pun KJ ada nampak cermin corak bulat-bulat untuk hiasan dinding. Serius smart.
Link cermin tu dekat --> SINI

Korang dekat luar sana tu kalau nak cuci mata dulu pun boleh. Sebab Lazada Malaysia tengah buat sale sempena bulan Ramadhan ni. Kalau nak beli langsir ke, perabut ke, oven ke semua ada dekat Lazada. Klik je banner dekat bawah ni. Tapi awas! Kalau terbeli banyak KJ tak tanggung ye. Sebab KJ pun dah terbeli banyak. Hehehe...



Okkaylah korang, terima kasih sudi singgah blog KJ.
Happy shopping ye :)

SGShop Malaysia || GIVEAWAY RM 1000 SHOPPING CREDIT BY WANI SUKARNO

SGshop Malaysia
Hai korang.. KJ join lagi segmen dari SGShop Malaysia ni. Mohon jangan jemu ye. KJ nak support rakan-rakan blogger. Korang pun jomlah support segmen ni. Klik je banner kalau nak join ye. Senang je syarat penyertaan dia. 

Barang yang KJ nak sangat beli dekat SGShop Malaysia ni ialah.......

Mini projector. Seronoknya kalau betul-betul dapat beli projektor ni. Memang dah lama sangat mengidam ni. Ni kalau mengandung mesti anak dah ngences. Haha. Senang ada projektor ni. Boleh tengok movie dalam bilik je. Tak payah dah tengok guna cd player. Dunia sekarang bertambah canggih.

June 5, 2017

Lirik Lagu Kisah Ku Inginkan Dato' Siti Nurhaliza ft Judika

Image result for simetrisiti

Kisah Ku Inginkan
Telah ku tentukan arah
Yang akan ku tempuh disisa hidupku
Kerna aku temukan
Kisah yg ku inginkan
Dan ku impikan

Sudah ku sandarkan hati
Yang selama ini melayar tak pasti
Kini telah ku temui
Kasih yang aku cari
Cinta yang pasti

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan suci kita
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa ini

Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang untuk menyatu
Kerna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia
Selamanya

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan suci kita
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa ini

Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang untuk menyatu
Kerna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia
Selamanya

Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang untuk menyatu
Kerna aku dan dirimu

Dalam ikatan
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia
Selamanya

Tetap harus bersama
Meski raga mendua
Didalam cinta
Selamanya
Selamanya
Selamanya

SGshop “Jom Shopping!” Contest


Untuk giveaway kali ni, ada soalan yang perlu dijawab. Ada 2 soalan je pun. Jom kita jawab beramai-ramai ye.

1/ Apakah servis yang SGShop tawarkan?

 SGShop menawarkan pembelian secara borong. Ye betul. Secara borong. Kalau korang tak percaya boleh baca dekat -->http://www.ayueidris.com/2016/09/cara-beli-barang-borong-di-taobao.html Satu advantage untuk peniaga-peniaga dekat luar sana yang mencari barang yang murah tetapi berkualiti.

2/ Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di SGShop Malaysia dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

 Projector ni sebenarnya dah lama dah KJ dok ushar-ushar. Memang teringin sangat nak ada projektor sendiri. Lebih-lebih yang boleh connect usb. Senang je nak play movie dengan projektor ni. Tak payah dah beli tv. Hehe..
 Scooter elektrik ni pulak KJ pilihkan untuk si Firash. Disebabkan dia memang suka dengan mainan yang ada tayar ni, jadi KJ nak hadiahkan scooter ni dekat dia. Dalam masa yang sama KJ pun boleh main sekali scooter ni. Haha.. Dulu masa kecik-kecik tak pernah merasa.
Item yang last ni pula untuk encik suami. Dia selalu merungut perut dia dah boroi. Jadi KJ rasa berbesar hati na tolong dia kempiskan balik perut dia tu. Walaupun sebenarnya takdelah boroi mana. Dia je yang berprasangka.

Kalau ikutkan banyak benda yang KJ nak senaraikan dalam ni. Tapi disebabkan tuan blog yang buat giveaway ni minta 3 item je, jadi inilah yang terbaik yang KJ nak buat masa sekarang ni.

Korang yang nak join giveaway ni boleh klik je dekat banner segmen yang atas sekali tu ye.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign