Balik Kampung. Yeayyy

Kasih Juju
Assalamualaikum semua,

Dah masuk minggu terakhir kita berpuasa. KJ percaya sekarang ni mesti korang tengah sibuk bertungkus-lumus menyiapkan persiapan raya korang kan.

KJ pun ada beberapa barang lagi yang belum sempat KJ nak cari. Tak taulah sempat ke tak nak membeli ni. Harap-harapnya sempatlah kan. Kasut raya si Firash yang belum ada lagi ni ha. Dengan kasut raya KJ. Tapi kalau KJ punya takde pun tak pe kut. Yang penting si Firash punya wajib kena cari.

So, jom kita fokus pada persiapan balik kampung. Wah! Macam dah tak sabar rasanya nak beraya di kampung tahun ni. Lain macam sikit kemeriahannya.

Tahun ni KJ beraya dekat Kluang dulu. Petang raya baru balik Pontian. Walaupun jarak perjalanan cuma makan masa selama sejam, tapi banyak juga yang perlu di pack. Maklumlah, dah beli baju raya meriah-meriah sekali tertinggal pula. Naya je nanti kalau kena patah balik.

Sekarang ni KJ sangat-sangat memerlukan beg yang boleh hangkut semua baju raya dan kuih raya yang KJ dah beli. Opss.. Beli je you olls. Tak sempat nak buat. Tunjuk-tunjuk je yang sempat. Hehe. Jangan kecam KJ ye.

Kalau bercakap pasal barang tak cukup ni memang Lazada Malaysia jela pilihan KJ. Jom kita tengok apa yang KJ jumpa ni.

1/ Travel Luggage
Sesuai sangat dengan kehendak KJ tau luggage ni. Ada 2. Satu boleh isi baju, satu lagi boleh isi kuih raya. Harga pun takdelah mahal sangat. Mampu milik ni. Cuma RM149.00 je. Tengah sale kan sekarang ni. Lepas ni harga dia back to normal. Jangan korang menyesal pula kalau terlambat nak grab beg ni.

2/ Wiper Kereta
Yang ni walaupun nampak macam remeh, tapi tersangatlah penting ye korang. Lebih-lebih lagi untuk yang dah lama giler tak tukar wiper. Bila hujan pandangan jadi kabur. Lepas tu ko pun manjajar bawak kereta sebab tak nampak depan. Dibuatnya dekat depan ada kereta, tak memasal berdentum karang.

Uish.. Minta-mintalah dijauhkan. Jadi, untuk mengelakkan sebarang kecelakaan, baik kita mencegah. KJ pun sebenarnya dah lama tak tukar wiper. Bila nampak Lazada tengah buat offer ni teruslah KJ grab. Murah ni.

3/ Earphone
Untuk keselamatan dan kegunaan akan datang, KJ nak standby earphone ni dalam kereta. Supaya bila KJ tengah drive nanti, KJ tak hilang fokus memandu. Cuba bayangkan kalau takde earphone lepas tu ada pula call yang penting masuk. Bahaya tau memandu dengan sebelah tangan je. Tak boleh fokus dekat jalanraya.

Ditambah pula sekarang ni Polis dah kuatkuasakan kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu boleh dikenakan tindakan mahkamah. Hah, bukan kena saman tau sekarang ni. Kena panggil naik court terus. Huh. Jangan nak cari pasal ye.

Kalau korang balik kampung naik bas raya nanti, boleh juga guna mas dalam bas nanti. Boleh layan muzik tanpa ganggu orang sebelah. KJ sendiri suka travel naik bas. Kadang-kadang terganggu betul dengan orang yang tak reti hormat privasi orang lain ni. Dia buat bas tu macam dia punya sendiri.

Korang yang nak buat persiapan raya tu boleh jengah ke website Lazada Malaysia kalau ada barang keperluan yang tak cukup lagi. Semuanya ada di Lazada. Tak payah nak bersesak di shopping mall dah.


Terima kasih sudi baca.
Wassalam.