Pemenang Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest

Pada bulan Ramadhan haritu, pihak Lazada Malaysia telah menganjurkan satu pertandingan untuk blogger-blogger di Malaysia. Pertandingan ini telah berlangsung selama sebulan.

Pemilihan pemenang pula dipilih pada setiap minggu. Blog KJ tak tersenarai untuk menang dalam 4 minggu tu. Memang tak menaruh harapan pun untuk dipilih sebagai pemenang. Tambahan pula blogger yang join kontes ni bukan calang-calang orangnya.

Bayangkanlah kena berentap dengan blogger yang sememangnya dah ada nama dalam dunia blog ni. Tapi, KJ join pun sebab boleh membantu KJ update entri setiap minggu. Kan dah target nak buat entri paling sikit pun satu hari mesti wajib ada satu entri. Nampaknya macam dah tergelincir sedikit dari landasan ni. Hehe.

Walau macammana pun, rezeki tak pernah salah alamat. Alhamdulillah, blog KJ telah dipilih sebagai pemenang tempat ke-3. Memang melompat bintanglah kan. Dapat juga KJ beli Lightroom Photo Studio untuk kegunaan product review nanti. Walaupun harga dia taklah mahal mana. Tapi bila beli guna duit yang kita menang kan rasa macam tak keluar duit pun.

Tapi, masa result ni keluar KJ belum dapat sebarang email pun dari pihak Lazada. KJ pun sabar jelah menanti. Akhirnya email yang ditunggu-tunggu pun tiba.
Alhamdulillah, Lazada upgrade pemenang tempat ke-3 jadi tempat ke-2. Ini bermakna hadiah pun bertambah RM50.00 Yeayyy.. Walaupun RM50.00, tapi siapa nak bagi free-free jekan. Ini rezeki terpijak terpelanting nama dia. Hehe..

Okkaylah korang, nantikan post entri pasal barang yang KJ beli dengan voucher Lazada ni ye. Terima kasih sudi singgah.

Wassalam.

6 Comments

this ni3za said…
Wah..Bestnya..Tahniah...
Sheila Adziz said…
Allhamdulillah, congrats sis
Alhamdulillah sis.. Tahniah
wah..syoknya lazada upgrade...tahniah juju...akak punya dah settle dah
~ Kisahsidairy~
Norliza Nordin said…
tahniahhh.. syioknyee