Kasih Juju: Pre-Syawal 2017 Photoshoot

July 3, 2017

Pre-Syawal 2017 Photoshoot

Assalamualaikum semua.

Lama betul KJ tak update blog nih. Dah bersawang sangat dah ni. Hehe, macam biasalah. Bila tuan blog ni cuti, maka blognya pun terabai. Opssss, nasib baik cuti seminggu je. Kalau cuti 3 bulan? Tu maknanya KJ tengah cuti bersalin. Eh, eh, belum mengandung lagi tau.

Okeh, harini KJ nak kongsi aktiviti sebelum raya haritu. Kitorang dekat office ni sibuk nak deko-deko office. Nak sambut raya kan. Takkan office nak sama je suasana dia. Mesti nak meriah juga kan. Maka, terhasillah ruangan kecil untuk kami gunakan dengan sebaiknya.
Ha nampak tak ruang yang sekangkang kera tu? Hehe, dekat situ je ruang yang masih kosong yang rasa macam nak letak sesuatu je dekat situ. Konon berangan nak letak water fountain dekat situ. tapi belum ada budget lagi nak beli. Dapat beli pokok, pagar dengan lampu kelip-kelip je.

Kita okeylah tu kan. Sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk kami hias. Haha, jenuh hoi masukkan pokok tu dalam kereta. Dah lah takde tenaga lelaki nak tolong angkat. Maka tulang empat kerat kami bertigalah yang kami gunakan.

Dah, jom layan gambar-gambar yang kami snap ni. Mohon jangan muntah pula tengok gambar yang banyak ni ye :)






Tengah syok-syok ambil gambar tiba-tiba YB Rasman lalu pulak. Sporting betul. Menyapa sambil nak join kami ambil gambar sekali.

Oh ye, beliau ni dulu pernah jadi Pegawai Pengembang di pejabat kami. Tapi sekarang dah jadi Adun Sedili, sangat peramah orangnya. Siap suruh kitorang tag gambar dia dekat Facebook. Hehe.


Maka selesailah sudah episod photoshoot kami tahun ini. Semoga ada rezeki lagi untuk berphotoshoot macam ni lagi tahun depan. InsyaAllah.

Pre-Syawal Photoshoot 2017
Lokasi: Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi
Tema pakaian: Baju kebangsaan
Warna: Biru
Tudung: Beli dekat Plaza Kota Tinggi

3 comments:

Disclaimer

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of kasihjuju.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign