Hijab Stars Tours by Shopee #shopeedayout #shopeehijabstyle

Kasih Juju
Assalamualaikum semua, salam sejahtera juga bagi pembaca yang bukan muslim.

Kali ini KJ nak share dengan korang satu event yang KJ join hari sabtu 22 Julai 2017 haritu. Ini adalah kali pertama KJ menyertai event yang macam ni. Sebabnya tak banyak event yang macam ni dibuat di Johor. Selalunya di buat di Kuala Lumpur. Kesian dekat kami yang kat selatan ni. Hehe..

Event haritu dimulakan dengan acara hijab styling daripada insta famous Rafidaaaaaaaah. Kecil comel je orangnya. Suka tengok cara dia pakai tudung. Simple je. Yelah, kalau orang cantik, pakai apa pun cantik.


Rafidaaaaaaaah ada tunjukkan dan ajar 5 cara pemakaian tudung yang sangat stylo. Sesuai untuk mereka yang berani bergaya. Ataupun senang kata sesuai untuk adik-adik remaja yang tengah meningkat naik sekarang ni. Kalau untuk hakak yang dah 30's ni macam tak sesuai kot. Muehehe..



Nampak tak style yang Rafidah tunjuk tu? Sangat menarik kan? Sesuai untuk remaja yang inginkan kelainan dalam berfesyen. Bukan sahaja kelainan dalam berfesyen, tetapi juga kelainan dalam menggayakan tudung.

Seterusnya majlis diteruskan dengan eyebrow grooming dan eyebrow drawing daripada insta famous Sabrina Tajudin. Banyak tipy yang beliau telah kongsikan mengenai cara melukis kening dengan betul. KJ juga dah simpan kemas-kemas tips yang dia bagi supaya nanti senang KJ nak lukis kening KJ ni.

Sabrina juga telah membuat demo melukis kening kepada salah seorang peserta yang hadir.

Gambar dekat bawah ni pula antara JDT Blogger yang sempat hadir pada event tersebut. Tak ramai yang dapat hadir kerana minggu last bulan Syawal. Jadi ramai yang memenuhi undangan rumah-rumah terbuka yang diadakan.
Blogger MiaLiana. Blog www.mialiana.com
Blogger Nona. Blog www.nonasani.blogspot.my

Sementara menunggu kehadiran para jemputan, KJ dan Nona sempat melukis inai. Ada 2 pelukis inai jemputan. Dua-dua pun cantik lukisan diorang. Sampai rambang mata kami nak pilih design. Last-last KJ minta pelukis inai tu buatlah corak cemana pun. KJ tak kisah. Dah lama sangat tak pakai inai ni. Last masa kawen aritu. Fuh! Bunyinya macam semalam je KJ nikah. Muehehe..


Perkara wajib bila dah jumpa geng JDT Blogger ni mestilah kena swafoto banyak-banyak. Bukan selalu dapat jumpa diorang berdua ni. masing-masing sibuk dengan urusan harian. Dalam event macam ni lah baru kami dapat bersua muka.

Kalau korang yang tercari-cari barangan kecantikan seperti skin care ataupun make up, jangan lupa terjah dekat website shopee.com.my ye. Ada pelbagai pilihan barang-barang yang berkualiti pada harga yang sangat berpatutan.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.