Kasih Juju: September 2017

September 28, 2017

Beauty Tips - Stop Pencil Eyeliner From Smudging

Image result for beauty tips and tricks

Beauty Tips - Stop Pencil Eyeliner From Smudging

Stop pencil eyeliner from smudging by applying powder eye shadow over the pencil to set it in place.
Choose a matching or slightly darker shade. 

ETSUMELL - Choc Goat Milk Premix Drink Plus Oat

Korang pernah dengar tak pasal susu kambing perisa coklat jenama Etsumell? Yup, susu kambing ni perisa coklat. Lain sikit daripada yang ada dekat pasaran sekarang.

KJ pula memang suka sangat dengan susu kambing. Bagilah yang bentuk cecair atau serbuk, dua-dua KJ boleh minum. Sedap tau. Lebih-lebih lagi yang jenama Etsumell ni. Tak da bau hamis kambing langsung. Sebab dia dah campur dengan koko. Jadinya lebih kepada bau koko lah. Bau kambing dah tenggelam. Tak kisahlahkan, yang penting khasiat dia kita dapat.

Okkay jom kita berkenalan dengan susu kambing Etsumell.

Beyond Nutritious

Susu Kambing Etsumell formula lazat dan dirumus khas berasaskan susu kambing dan 100% bahan semulajadi (organik) tanpa sebarang bahan kimia, pewarna atau perasa tiruan. Istimewa dengan tambahan khasiat oat, menjadikan Susu Kambing Etsumell tinggi kandungan serat yang berperanan penting dalam membekalkan lebih tenaga selain menjaga kesihatan jantung anda.

Ditambah dengan DHA dan makanan sunnah serta gabungan optimum vitamin dan mineral yang memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan dan diet harian.


Kelebihan Susu Kambing Etsumell Choco Oat

Kanak-kanak, Pelajar, Remaja
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Khasiat DHA, kismis, kurma membantu meningkatkan IQ/EQ kanak-kanak
  • Penghadaman lebih lawas dan lancar
  • Menguatkan jisism tubuh yang kuat dan sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf)
  • Bantu hilangkan kahak dan lelah
  • Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
Ibu Hamil
  • Membantu menaikkan HB dan mencegah anemia sewaktu hamil
  • Membantu mengelakkan sembelit atau buasir, melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus.
  • Memberikan tenaga, menghilangkan loya serta pedih ulu hati
  • Mengurangkan rasa sakit belakang dan dan bengkak kaki dia akhir waku kehamilan.
  • Nutrien sempurna untuk bayi. menjadikan kulit bayi lebih cantik, sihat dan kurang sensitif
  • Membantu mengurangkan risiko bayi terkena jaundis atau demam kuning berpanjangan selepas lahir
  • Mengimbangi kadar kolestrol dan kandungan gula dalam darah
Ibu Menyusu
  • Sebagai MILK BOOSTER. Membantu stimulasi susu badan agar lebih banyak
  • Memekatkan susu badan. Menjadikan anak lebih kenyang
  • Memberi tenaga untuk ibu walaupun anak kerap menyusu
  • Bayi akan mendapat khasiat melalui susu badan. Menjadikan kulit bayi kuran sensitif dan lebih cantik
  • Membekalkan khasiat kalsium. Mengurangkan masalah rambut gugur, gigi rapuh dan sakit tulang belakang
Dewasa atau Warga Emas
  • Sebagai kambing bersifat alkali. Sifat ini berlawan dengan makanan dan toksin yang menjadi penyebab penyakit-penyakit kronik
  • Badan rasa lebih bertenaga dan terasa ringan
  • Melegakan sakit gastrik dan membantu merawat asma dan lelah
  • Membuang angin dan toskin badan. 1 hidangan hanya 80 kalori. Boleh membantu mengawal kenaikan berat dan nafsu makan seperti sakit jantung, darah tinggi dan diabetis. Memulihkan tenaga batin dan awet muda
  • Dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, demam kuning, gastrik, ulset, buasir, asma, migrain, penyakit kulit, insomnia, senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gaut.
Merangsang Kehamilan
  • Kombinasi susu kambing dan kurma sangat bagus untuk kesuburan ikhtiar cara masyarakat arab dan terkenal dengan kemujarabannya
  • Boleh diambil bersama suppliment lain dengan menjarakkan selang beberapa jam
  • Diperkaya dengan kandungan iron dalam bentuk yang pantas diserap oleh tubuh dan asid folik penting untuk menguatkan rahim sebagai persediaan kehamilan yang sihat.
Memang tak dinafikan lagi. Susu kambing ni banyak sangat khasiatnya. Pengalaman KJ sendiri. Masa mengandungkan si Firash, KJ memang amalkan minum susu kambing. Alhamdulillah, KJ tak rasa sakit-sakit badan. Si Firash pula tak kena kuning.

Sekarang ni, KJ minum susu kambing untuk memastikan KJ sentiasa kekal kenyang. Ye betul. Susu Kambing Etsumell ni ada oat. Jadinya kalau korang minum waktu pagi, comfirm pukul 12 tengahari baru korang rasa lapar. 

So kalau korang nak dapatkan susu kambing Etsumell ni boleh dapatkan di:

Instagram: etsumell_hq
Telefon: +6011-23451742
Email: quorra.marketing@gmail.com


Picture Perfect. Makeup musts for gorgeous photos.

Image result for beauty tips and tricks
Picture Perfect. Makeup musts for gorgeous photos.
  1. Lighten up. Avoid going too dark in your foundation shade. Have your shade professionally matched to your skin tone as close to the day as possible.
  2. Matte is a must. For cheeks, stay away from shimmery powder, no exceptions. For eyelids, keep shimmer strictly on lids.
  3. Primary focus. Primer is essential for keeping makeup intact. It's like a base coat on a manicure. Oil-free versions are best and also sensiitve skin-friendly.
  4. Say no to SPF. Primer and foundation should be SPF-free. Forumlas containong sunscreen cast a ghostlike glow with the camera flash.
  5. Line up. When lining eyelids, start in the center and work your way to the outer edge. Lining the entire lid will cause the eyes to appear smaller. Use a slanted brush with a dark (but not black) shadow to line lower lids.
  6. More is more. A camera flash will wash out colors, no matter what. Don; be scared off by a dramatic finished look. It won't photograph that way.
  7. Blend, blend, blend. When it comes to concealer, cheek contouring and eyeshadow. a quality sets of brushes is a key. The camera flash will highlight unblended edges, creating a clown-like look, and unblended concealer will highlight fine lines.
  8. Mellow yellow. To set makeup, choose a yellow powder rather than translucent. Much like SPF forumlas, translucent powders cast a white glow whem photographed.
  9. An naturale. Always have make up applied in natural light. This will be best indicator of how it will look when photographed.
  10. Practice run. Don't let the day of the occasion be the first to try your products. Consultations and trial runs are essential to creating the perfect final look.

September 27, 2017

Segmen Blogwalking bersama Atiah

Syarat-syaratnya:-

1. Follow blog Blog AtiahM , Add to Circle Google+ AtiahM   , Follow Instagram cheah_shop .
2. Buat Entri bertajuk Segmen Blogwalking bersama Atiah berserta Banner.
3. Tinggalkan URL anda berserta instagram id
4. Tarikh akan tamat pada 11.59 malam 30 September 2017.

3 Pemenang akan dipilih melalui random.org. Keputusan akan diumumkan kelak. Share pada rakan-rakan yang lain ya.

Malang Tidak Berbau - KasihJuju Kemalangan Kecil

Ini adalah kisah semalam.

Pagi tadi seperti biasa, lepas salam mak dan menggomol si Firash KJ pun menuju ke kereta. Masuk dalam kereta, baca doa naik kenderaan dan ayat kursi KJ pun memulakan perjalanan ke tempat kerja. 

Jam di dashboard telah menunjukkan angka 6:39 pagi. Sambil KJ menjenguk ke luar jendela kereta. Matahari telah mula memancarkan cahaya. Sambil dalam hati berkata 'aduh! Awalnya matahari naik, pasti silau mata di kawasan kebun sawit yang tanam semula tu'.

Sepanjang perjalanan dalam kepala ni dah berfikir-fikir nak buat apa harini. Sambil sesekali mengerling jam di dashboard. Sempat ke tidak sampai pejabat jam 7:30 pagi ni. Minta-mintalah tak terlewat.

Tiba di satu jalan yang tegak dan menaiki bukit, dari ekor mata KJ dah ternampak satu sosok yang tiba-tiba meluru melintas jalan. Sempat juga KJ mengerling cermin pandang belakang dan kereta dari arah depan. Dengan kelajuan 100km/jam, KJ tak sempat nak mengelak dan gedebuk KJ langgar sosok tu.

Sosok itu adalah seekor binatang yang berkaki pendek. Korang tekalah sendiri binatang apa ye. Tapi kalau korang follow IG KJ, mesti korang boleh teka binatang apa yang KJ maksudkan.


Tapi KJ tak terus berhenti. KJ memperlahankan kelajuan dan berhenti di kawasan lapang di Bandar Tenggara. Malas nak berhenti di kawasan stesyen minyak. Nanti mesti ramai yang bertanya. Mesti ramai yang prihatin. Tunggu dekat dataran tu pun ramai je pemandu lori yang hon-hon KJ. Ceh, perasan betul. Padahal dia hon kawan dia yang parking sekali dekat dataran tu.

Mengigil jugalah kaki dan tangan KJ. Keluar dari kereta. Snap gambar bahagian yang remuk dan terus sent pada Whatsapp keluarga. Lepas tu KJ terus call suami. Minta dia datang ke tempat KJ sebab KJ tak berani nak drive. Bukan fobia, tapi sebab KJ nampak ada tangki yang bocor.

Daripada keadaan fizikal memang nampak terukkan kereta KJ tu. Hurm... Redha dengan dugaan ini. Terima kasih sudi baca. 

September 25, 2017

5th Brick-Versary Legoland Malaysia Theme Park

Hai korang,

Lepas kitorang dah kenyang mengisi perut dekat KFC Medini Mall, kami tak terus ke Theme Park. Sebabnya kena tunggu hujan teduh dulu. Sedih betul tengok hujan turun mencurah-curah. Dan akhirnya hujan pun berhenti lebih kurang pukul 2.15 petang. Bukannya kami tak standby payung, tapi hujan tu lebat sangat. Risau pula kalau si Firash demam nanti. Kalau mak dia yang demam takpe lagi. Tak sampai hati wey tengok anak tu melepek je nanti.

Sampai je dekat tempat scan tiket tu, korang kena beratur dulu. Dan sekali lagi beg korang akan diperiksa. Masa ni KJ dah simpan beg yang berisi baju basah masa mandi dekat water park. Tak sanggup si suami nak mengangkut beg tu ke hulu-hilir.

Loker simpan beg ada di sediakan di sebelah kiri pintu masuk theme park. Kadar loker tu RM20.00 untuk 1 hari. Ada juga untuk 3 jam. Kalau tak silap KJ dalam RM15.00. Tapi KJ pilih yang 1 hari punya. Sebab dah plan nak keluar dari Theme Park pukul 7 malam. Kemain lagi kan.

Dekat sini ada juga disediakan perkhidmatan sewa stroller baby. Tapi bayarannya agak mahal. RM106.00. Dan bila nak pulangkan semlua stroller tu pihak Legoland akan bayar semula RM50.00. Errr, marilah kita membawa stroller sendiri. Lagipun korang boleh seludup makanan dalam stroller tu. Shhhh... Jangan bagitau siapa-siapa tau. Ini rahsia.


Okeh, dalam pada menunggu kak Eda berfikir-fikir nak sewa stroller ke tak kami terserempak dengan Blogger Serikanditanahjauhar a.k.a Kak Seri. Kemain lagi kak Seri ni dengan topi dan spek mata besar dia tu. Macam nak berkelah tepi pantai.

Dari kiri: KJ, Kak Seri, Mama Maszull, Kak Eda, Wife blogger Onlajer.com, Bro Onlajer aka Hj Yazid dan anak-anak. Kak Hernee wakilkan bujang dia je yang muka masam pakai baju warna biru gelap tu :P
Tak sempat nak bergambar dengan Kak Lin, entah kemana dia menghilang lepas dah masuk dalam theme park ni. Memang tak nampak batang hidung langsung. Kalau tau dia menghilang mesti dari awal masa jumpa dekat kaunter tiket KJ dah ajak bergambar dah. Sama juga dengan blogger Dilah. Dah lah first time jumpa. Ruginya wei. Kena buat event lagilah macam ni. Hehe.

So dari pintu masuk theme park ni kami menghala ke sebelah kanan dulu. Kononnya nak naik keretapi sebelum menjelajah ke tempat lain, tapi wife blogger onlajer dah panggil kitorang untuk tengok LEGO Ninja Go Live Show. Makanya berlari-lari anaklah kami mengejar waktu tayangan.

Pertunjukan ni berlangsung selama 20 minit dengan menampilkan Bunraku, iaitu persembahan boneka gaya tradisi masyarakat Jepun. Boneka ini diperbuat daripada EVA foam, plastik, aluminium, carbon fibre dan fabrik.

1 boneka dikawal oleh 2 orang craftsmen. Sorang kawal bahagian kepala dan seorang lagi kawal bahagian-bahagian lain di badan. Karekter yang dimainkan di sini ialah Kai, Nya, Zane, Cole, Jay dan Lloyd berdasarkan siri asal yang memang popular di Jepun.

Dekat sini korang akan rasa pengalaman jatuh dari kapal terbang. Korang juga akan dapat merasai angin yang kuat. Mana-mana yang pakai skirt tu jaga-jaga. Takut tersingkap pula kain nanti. Efek angin je ya. Efek jatuh tak de. Hehe.

Lepas tengok Ninja Go Live Show ni barulah kami bergerak ke tempat menunggu keretapi. Jenuh jugalah menunggu keretapi ni sampai. Dah memang pilih tarikh cuti umum kan. Jadi silalah bertabah bila terpaksa beratur panjang sementara menunggu keretapi ni sampai.
Dan tibalah turn kami naik keretapi ni. Nampak tak tempat parking stroller tu? Tinggal je barang-barang kat situ. InsyaAllah selamat. Tapi jangan pula korang tinggalkan handbag. Memang mencari nahas namanya tu.


Dapat pusing se'round, kami terus bergerak ke Land of Adventure. Dekat sini KJ tak masuk pun. Sebab dah nampak umat manusia beratur panjang sampai ke luar. KJ pun meneruskan perjalanan ke LEGO Ninja Go World.
https://www.instagram.com/p/BZLDgXsFXwP/?taken-by=aida_yusof81
Kalau tengok dari luar tak nampak pun macam ramai orang. Sekali bila dah masuk dalam sama jugala kisahnya. Ramai hoi. Tapi tempoh menunggu tu takdelah lama sangat. masih boleh diterima lagi. Sambil tunggu sambil belajar cara-cara nak lawan penjahat. Hehe.. KJ teruja betul. Si Firash lagilah seronok. Ayah dia pula konon tak nak main. Sekali dia yang senyum meleret. Kahkah.

Cara nak main permainan ni korang cuma perlukan pergerakan tangan. Nanti akan keluarlah efek api, petir dan ais. Kena pakai spek 3D tau dekat dalam ni. Barulah feel nak lawan penjahat tu semua.

Lepas keluar jangan lupa snap pic gambar yang korang dapat cepat-cepat sebelum skrin bertukar untuk orang lain pula. Tapi pihak Legoland pun ada juga snapkan gambar masa korang tengah beraksi. Harga dia RM 60.00 sekeping. KJ tak beli pun.

Destinasi seterusnya kami ke The Observation Tower. Lebih kurang macam Menara Taming Sari. Boleh nampak keseluruhan Legoland dari atas. Sempat jugalah KJ buat live dekat Facebook.

Kalau korang nak tau, Observation Tower ni boleh memuatkan sehingga 1000 visitor setiap jam dengan ketinggian 41 meter dari atas tanah. Kalau korang gayat atau kata lainnya takut tinggi, korang tengok atas jelah. Tapi rugi tau kalau tak tengok bawah. banyak view cantik-cantik.

Buntang mata si Firash masa nak naik. Haha. Geli agaknya perut dia. Pengalaman pertama untuk si Firash. Nanti dah sekolah boleh pergi dengan kawan-kawan pula ye.


Lepas tu kami terus ke Miniland. Tak sanggup rasanya nak singgah dekat Lego Kingdom. Dekat Lego Kingdom ni ada The Dragon Roller Coaster. Tak rasa macam nak cuba pula naik roller coaster tu (sebenarnya KJ penakut). Okeh, bye bye roller coaster.

Jom tengok gambar-gambar dekat Miniland pula.
Singapore Riverside Point


Eye On Singapore
Bangunan Sultan Ibrahim

Dataran Bandaraya JB

Bangunan PNB KL

Menara Kuala Lumpur
Rooftop Symphony KLCC
Pasar Seni, Kuala Lumpur
Dekat setiap replika bangunan di Miniland ni, semua ada tiang hijau macam gamabr last yang si Firash duk tekan butang dia tu. Bila korang tekan butang tu, akan keluar bunyi dan ada pergerakan orang Lego. Mula-mula KJ tak tau apa fungsi butang hijau ni. Rupanya bila kita tekan, ada benda yang bergerak.

Macam dekat gambar Dataran bandaraya JB tu, bila kita tekan butang hijau ni akan keluar lagu bola pasukan bola sepak Johor. Mula-mula Kj tercari-cari juga dari mana datangnya bunyi-bunyi ni semua. Haha.. Jakun sekejap. Si Firash pun syok menekan butang hijau tu.

And last but not least, bersempena dengan ulang tahun ke 5 Legoland Malaysia, acara penutup pada hari tu ialah Brick Dance Parade. Bertempat di pentas utama. Ada karekter-karekter yang keluar dan menari-nari dengan korang. So cute.


Comel je tengok diorang ni berjoget. Ada 3 lagu kalau tak silap KJ. Kemain lagi budak-budak yang duduk depan stage. Si Firash je muka takda perasaan. Macam ayah dia. Kihkihkih. Sabar aja lah tengok hero dua orang ni. Brick Dance ni cuma ada sampai 30 September ni sahaja ya. Kalau korang nak meet n greet dengan karekter Legoland ni korang kena datang sekarang. YES!! SEKARANG! Sebab lepas ni dah takde dah.

Live Facebook -->
Tepat jam 7 malam KJ sekeluarga keluar dari Legoland. Fuh! Letih betul. Tapi teramat seronok. Sebenarnya tak cukup masa. Kalau dapat pergi 2 hari barulah seronok. Sehari dekat water park, sehari dekat theme park. Baru boleh explore habis-habisan.

Anyway, terima kasih dekat Legoland Malaysia sebab sudi bagi KJ sekeluarga peluang untuk berseronok dekat sini. Kena repeat lagi next time. Tapi tak taulah bila. Hehe..

Jom tengok tiket LEGOLAND MALAYSIA dekat sini --> https://www.legoland.com.my/



September 22, 2017

Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus - Telefon pintar pertama dengan 2 skrin

Hai korang,

Korang tau tak ada satu jenama telefon pintar teknologi terbaru yang telah dilancarkan dekat Malaysia haritu? Sebenarnya KJ pun terlepas pandang. Tapi lepas KJ terbaca pasal telefon ni terus KJ buka website dan tengok sendiri. Apa yang unik sangat telefon pintar ni?

Jika dilihat dari depan, telefon ini sama sahaja dengan telefon pintar yang lain. Tapi kalau dilihat pada bahagian belakang pula, confirm tak sama dengan telefon yang lain.

Ha kalau korang nak tau, telefon ni ada 2 skrin dan dilengkapi dengan 3 kamera, keluaran MEIZU. Dan ianya merupakan yang pertama di Malaysia. Wow!! Telefon dengan dua skrin? Biar betul? Dan jawapannya adalah betul. memang telefon ni ada dua skrin. Depan dan belakang.

Dulu selalu juga berangan nak letak cermin dekat belakang telefon sebab bila selfie, gambar kamera belakang yang super-duper cantik. Kamera depan pula kurang sikit pixel dia. Silap-silap gambar pecah. Tak pasal-pasal nak kena edit dulu sebelum post kemana-mana media sosial. Banyak betul kerja nak kena buat.

Tapi, kalau KJ dapat grab telefon ni, fuh dah jimat masa KJ dah. Tak payah lagi KJ edit-edit gambar sebelum post ke media sosial. Boleh guna konsep snap and post. Okeh, jom kita berkenalan dengan telefon pintar ni dulu.

MEIZU PRO 7 dan PRO 7 Plus

Hah! Tergoda tak? Pertama kali tengok pun KJ dah tergoda tau. Macam syok je ada skrin comel dekat belakang telefon tu. Boleh selfie guna belakang kamera yang lebih terang. Confirm gambar KJ tak pecah-pecah lagi dah. Makin cantiklah gambar-gambar KJ lepas ni.

Okeh jom kita tengok dengan lebih dekat lagi design telefon ni.








Telefon ini telah mula dijual pada 21 September 2017 di semua pengedar Meizu yang sah.Terdapat 3 warna untuk PRO 7 iaitu hitam, merah dan emas. Bagi Telefon pintar PRO 7 Plus pula, cuma terdapat dalam warna hitam sahaja untuk keluaran di Malaysia.

Spesifikasi:
Dari segi spesifikasi Meizu Pro 7 dilengkapi: 
  • skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, 
  • diperkasakan pemproses MediaTek Helio X30,
  • memori 4GB RAM, storan 64GB, 
  • kamera utama berkembar 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel.
  • Skrin sekunder pada bahagian belakang juga menggunakan panel SAMOLED berwarna. 
  • Sebuah bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 3.0.

Meizu Pro 7 Plus mempunyai spesifikasi yang sama cuma:
  •  skrin 5.7″ SAMOLED QHD digunakan. 
  • memori sebesar 6 GB RAM dan storan 128 GB. 
  • Sebuah bateri sebesar 3500 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 4.0
Untuk keterangan lanjut, boleh klik sini --> https://www.meizu.com/en/pro7/summary/

So kalau korang nak belek-belek dan beli produk ni, boleh cari dekat link di bawah ni:
https://goo.gl/3eTbjs

Meizu Video Story - The Other Side

Video story 1
 
 Video story 2
 
 Video story 3
 
The Other Side (  means that it is not right to judge someone or something merely by appearance. )

Jangan lupa terjah website Meizu Malaysia ye korang.

* Meizu Malaysia facebook page:  https://goo.gl/K2HjFj
* Meizu website: https://goo.gl/f3fsaE
* Meizu Instagram:  https://goo.gl/X3dBMR

First Beauty Box Giveaway By Us With Love ❤


Syarat :
Follow  Mellya dan para sponsors;

Follow Instagram:

Like page:

    

September 21, 2017

Hebahan: FESKO KPYPJ 2017


Orang ramai dijemput hadir ke Festival Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ 2017 yang bertempat di Dataran Blok E (Senibina), Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Jalan Kulai-Kota Tinggi pada 22 hingga 23 haribulan September 2017 jam 8 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya:
  • Solekan dan tatarias
  • The Voice KPYPJ
  • Senam Tari
  • Clever Girl Pertama KPYPJ
  • Mr Personaliti KPYPJ
  • Busking
  • Junior Fashionista

September 19, 2017

First Giveaway By Blog Buku Pinky!

Syarat-syaratnya sangat mudah and simple.semudah ABC gitu hahaha..
1.Beralamat di Malaysia.
2.Follow Blog saya Buku Pinky
3.Follow Google+
4.Buat entry ringkas dan letak banner giveaway ni serta backlink pada gambar.

Hadiah pertama : RM30
Hadiah kedua: RM20
Hadiah ketiga:RM10
Hadiah keempat: Reload RM5
Hadiah Saguhati (5 Orang) : Bookmark magnet comel

Entry paling kreatif: RM20

Sponsor Giveaway:


Give away akan tamat pada 5 Oktober 2017, dan pemenang akan diumumkan pada 8 Oktober 2017

Giveaway Comel By Syahirah Valiant

SYARAT-SYARAT SIMPLE

1. Follow blog Syahirah Valiant

2. Follow Instagram Nurul Pick Me Lifestyle

3. Like Fb Page Syahirah Valiant Dot Com

4. Klik SINI

5. Buat entri bertajuk "Giveaway Comel By Syahirah Valiant" , letak banner di atas serta backlinkkan.
Giveaway Date : 9 September 2017 - 9 October 2017

Parenting Tips In The Digital Age

Image result for parenting tips

Parenting Tips In The Digital Age

Dinner time is family time, and with technology at our fingertips 24 hours a day, Kimberly (@She_Scribes) from the popular blog SheScribes.com believes that those rare face-to-face moments are to be cherished. She keep the family rules ti check the tablets and phones before sitting down for a meal. "Dinner is strictly for our family. We feel it;s important for everyone to 'disconnect' from the Internet, Twitter, Facebook and othe social media sites and CONNECT with our family"

September 18, 2017

6 Shifts towards Positive Parenting

Image result for parenting tips
6 Shifts towards Positive Parenting
  1. Turning fear into respect
  2. Replacing threats or blackmail with consequences
  3. Doing away with deception
  4. Instead of bribery, do rewards
  5. Turning humiliation into recognition
  6. moving from comparison to acknowledgement

5th Brick-Versary LEGOLAND Malaysia - Water Park

Hai korang,

Alhamdulillah KJ sekeluarga telah diberi kesempatan untuk menyertai LEGOLAND 5th Brick-Versary yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 30 September 2017 dan kami sekeluarga bersama rakan-rakan JDT Blogger yang lain telah memilih tarikh 9 September untuk kami berjimba-jimba.

Perjalanan dari daerah Kluang cuma mengambil masa dalam satu jam 20 ke 30 minit sahaja. Kalau melalui lebihraya Utara - Selatan korang boleh exit tol Senai. Lepas keluar tol korang straight je sampai jumpa tol lagi sekali. Tegak je cari signboard Iskandar Puteri. Kalau dah jumpa signborad LEGOLAND tu korang follow je ye.

Bab parking pula, memandangkan ini kali pertama KJ ke LEGOLAND, jadi KJ terus ke kawasan parking yang telah disediakan. RM10.00 per entri. Sebenarnya kalau nak murah sikit boleh parking di Medini Mall. Cuma RM4 - RM6 sahaja per entri. Jimatlah sikit.

Sampai dekat kaunter tiket, KJ dah nampak blogger Kisah Si Diary, Maszull, Ceritera Ibu dan Sislin76 tengah beratur nak collect tiket. Fuh, nasib baik jumpa diorang ni. Kalau tak mati kutu juga KJ nak menghala kemana dulu.

Lepas dah collect tiket, kami terus menghala ke water park dulu. Sebab water park tutup pukul 6. Theme park pula tutup jam 7. Lagipun aktiviti stage semua boleh catch up semula waktu petang.
Ni gambar dekat pintu masuk water park. Sebenarnya masa ambil gambar ni dah keluar dari water park. Punyalah eksaited nak masuk water park ni sampai semua orang pun laju je pergi ke tempat nak scan tiket.

Dekat sini beg korang akan di periksa ya. Tapi jangan risau. Dia cuma tengok bahagian atas je. Dia tak selongkar sampai bawah pun. So kalau korang tu jenis yang cepat lapar bolehlah standby biskut ke roti ke. KJ bawa juga roti tapi tak makan pun. Si Firash pun dah tak pandang dah roti dia. Mata dia tertumpu dekat Lego je. Lego dimana-mana.

Naik je tangga belakang tempat scan tiket ni korang akan nampak loker untuk simpan barang dan juga bilik persalinan. KJ tak cek rate untuk loker ni sebab encik suami kata tak nak mandi. Jadi dia yang akan jaga segala harta benda. Hehe. Rugi tau dah masuk sini tapi tak mandi.

 Dekat sini, korang tak perlu bawa pelampung untuk anak korang. Semuanya pihak Legoland dah sediakan. Ada 3 saiz yang boleh korang pilih. Macam yang si Firash pakai ni. Comel je kan. Confirm tak tenggelam. Pelampung yang besar tu pun free je. Tak payah nak sewa-sewa macam sesetengah water park. Tapi kena tunggu turn lah.

Percubaan untuk mengajak Firash main gelungsur air. Tapi dia ni alergik sikit dengan air sejuk. Ataupun dalam erti kata lain, budak takut air. Haha. Kesian ko anak. Nanti mama bawa mandi swimming pool pula ye. Bagi biasa sikit dengan air.


Disebabkan si Firash takut nak main air dekat gelungsur ni, jadi kita duduk tepi jelah main air yang jatuh dekat baldi besar atas tu. Nama dia Joker Soaker. Boleh memuatkan sehingga 350 gelen air. Hah cuba bayangkan air 350 gelen jatuh kat korang. Macam mandi hujan yang lebat. Seronok tengok masing-masing dah tunggu untuk disimbah.

Kalau anak korang tak nak main air pun boleh je main kapal lego. Tapi sebelum jadi kapal kena bina dululah. Dekat sini bersepah-sepah Lego. Si Firash yang tak berapa minat dengan Lego boleh jadi obses pula dengan Lego ni ha.

Tengah sibuk melayan si Firash tiba-tiba muncul pula blogger Hernee, kemain lagi kakak ni, tak nampak batang hidung dari awal lagi. Seronok explore water park katenya. Sempat jugalah Kak Eda snapkan gambar kitorang.

Gambar atas ni KJ pinjam dari kak Eda. Sebabnya KJ tak explore yang sebelah ni. Dekat sini korang boleh feeling-feeling macam dekat pantai. Siap ada ombak tau. Yang tak da cuma pasir pantai je.

Ada juga Lazy River. Tapi KJ tak menyelusuri pun sebab tak tau nak minta tolong dekat siapa untuk naikkan si Firash dekat atas pelampung. Tetiba malu nak minta tolong dekat abang Lifeguard. Kahkah. Rugi betul.

Okeh da siap mandi, jom kita tunggu yang lain siap-siap pula. Dalam bilik persalinan ni, dia dah sediakan sabun mandi. Jadi kalau korang tak bawa sabun ke jangan risau. Boleh guna sabun yang disediakan. Yang penting sabun dia wangi. Hehe..


Gambar dekat atas ni pemandangan dari Hotel Legoland. So kalau korang menginap dekat sini dekat sangat-sangatlah nak ke Water Park dan Theme Park. Keluar je dah boleh nampak dah.

Agaknya ada tak rezeki KJ nak menginap dekat hotel ni? Hah! Marilah kita wujudkan tabung Legoland pula ye. Untung-untung nanti boleh habiskan masa satu hari dekat Water Park, satu hari dekat Theme Park. Puas hati.
Lepas siap mandi ni kami semua bergerak ke Medini Mall. Isi perut dulu. Eh! Eh! Kenapa tak makan dekat Legoland je? Sebabnya makanan dekat dalam tu agak mahal jugalah. Jadi kami pilih untuk makan di Medini Mall. Jarak Medini Mall dengan Legoland ni pun dekat je. Tak sempat berpeluh, dah sampai.

Macam-macam ada. KFC, Chicken Rice Shop. Untuk menjimatkan masa, kami beli KFC je. Dah bawa budak-budak. Kemana lagi hala tujunya. Yang penting semua orang kenyang.

Sampai sini dulu cerita pasal Water Park. Lepas ni KJ cerita pasal Theme Park pula ya.
Stay tune.
Wassalam.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign