Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus - Telefon pintar pertama dengan 2 skrin

Kasih Juju
Hai korang,

Korang tau tak ada satu jenama telefon pintar teknologi terbaru yang telah dilancarkan dekat Malaysia haritu? Sebenarnya KJ pun terlepas pandang. Tapi lepas KJ terbaca pasal telefon ni terus KJ buka website dan tengok sendiri. Apa yang unik sangat telefon pintar ni?

Jika dilihat dari depan, telefon ini sama sahaja dengan telefon pintar yang lain. Tapi kalau dilihat pada bahagian belakang pula, confirm tak sama dengan telefon yang lain.

Ha kalau korang nak tau, telefon ni ada 2 skrin dan dilengkapi dengan 3 kamera, keluaran MEIZU. Dan ianya merupakan yang pertama di Malaysia. Wow!! Telefon dengan dua skrin? Biar betul? Dan jawapannya adalah betul. memang telefon ni ada dua skrin. Depan dan belakang.

Dulu selalu juga berangan nak letak cermin dekat belakang telefon sebab bila selfie, gambar kamera belakang yang super-duper cantik. Kamera depan pula kurang sikit pixel dia. Silap-silap gambar pecah. Tak pasal-pasal nak kena edit dulu sebelum post kemana-mana media sosial. Banyak betul kerja nak kena buat.

Tapi, kalau KJ dapat grab telefon ni, fuh dah jimat masa KJ dah. Tak payah lagi KJ edit-edit gambar sebelum post ke media sosial. Boleh guna konsep snap and post. Okeh, jom kita berkenalan dengan telefon pintar ni dulu.

MEIZU PRO 7 dan PRO 7 Plus

Hah! Tergoda tak? Pertama kali tengok pun KJ dah tergoda tau. Macam syok je ada skrin comel dekat belakang telefon tu. Boleh selfie guna belakang kamera yang lebih terang. Confirm gambar KJ tak pecah-pecah lagi dah. Makin cantiklah gambar-gambar KJ lepas ni.

Okeh jom kita tengok dengan lebih dekat lagi design telefon ni.








Telefon ini telah mula dijual pada 21 September 2017 di semua pengedar Meizu yang sah.Terdapat 3 warna untuk PRO 7 iaitu hitam, merah dan emas. Bagi Telefon pintar PRO 7 Plus pula, cuma terdapat dalam warna hitam sahaja untuk keluaran di Malaysia.

Spesifikasi:
Dari segi spesifikasi Meizu Pro 7 dilengkapi: 
  • skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, 
  • diperkasakan pemproses MediaTek Helio X30,
  • memori 4GB RAM, storan 64GB, 
  • kamera utama berkembar 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel.
  • Skrin sekunder pada bahagian belakang juga menggunakan panel SAMOLED berwarna. 
  • Sebuah bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 3.0.

Meizu Pro 7 Plus mempunyai spesifikasi yang sama cuma:
  •  skrin 5.7″ SAMOLED QHD digunakan. 
  • memori sebesar 6 GB RAM dan storan 128 GB. 
  • Sebuah bateri sebesar 3500 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 4.0
Untuk keterangan lanjut, boleh klik sini --> https://www.meizu.com/en/pro7/summary/

So kalau korang nak belek-belek dan beli produk ni, boleh cari dekat link di bawah ni:
https://goo.gl/3eTbjs

Meizu Video Story - The Other Side

Video story 1
 
 Video story 2
 
 Video story 3
 
The Other Side (  means that it is not right to judge someone or something merely by appearance. )

Jangan lupa terjah website Meizu Malaysia ye korang.

* Meizu Malaysia facebook page:  https://goo.gl/K2HjFj
* Meizu website: https://goo.gl/f3fsaE
* Meizu Instagram:  https://goo.gl/X3dBMR