29 November 2017

Bayou Lagoon Park Resort, Waterpark
Bayou Lagoon Park Resort, Waterpark l Hai korang, ini sambungan entri KJ bercuti ke Melaka. Untuk pengetahuan korang, Bayou Lagoon ni terkenal sebab dia ada waterpark dia sendiri. Walaupun tak berapa nak meriah sangat waterpark dia. Tapi bolehlah buat lepas gian main slide. Hehe..


Memandangkan KJ menginap selama 2 malam, jadi KJ dapat 2 x tiket untuk masuk ke waterpark. Sebelum ni KJ baca dekat blog siapa entah, dia kata hari ke-2 tak boleh masuk waterpark. Cuma boleh mandi dekat swimming pool je. Tapi masa KJ datang ni tak da pulak dia kata tak boleh masuk waterpark.

Warna pink untuk hari pertama, warna biru untuk hari kedua.
So ada 2 pas masuk yang kami dapat. Untuk kanak-kanak pula, mana yang lebih 90 meter kena bayar tau. Kecik besar kecik besar je KJ tengok rambut pacak si Firash tu. Kalau ukur ni mau lebih 90 meter ni. Tapi si Firash boleh berlari je lepas kaunter tu. Hadoilah nak. Budak tu tengokkan aje. Tapi tak pula dia suruh bayar. Hehe, selamat duit KJ. Boleh beli benda lain.

Dekat bawah ni rate kalau korang sesaja ja nak mandi dekat waterpark ni. 
Harga tiket water park dan 9D theater.
Ye betul, waterpark ni juga dibuka untuk orang awam. Terdapat juga locker untuk simpan barang-barang, tandas dan juga tempat untuk salin pakaian. Ada juga kafe dekat area waterpark ni. Jadi kalua korang lapar masa tengah mandi bolehlah beli makanan di sini. Cuma harganya agak mahallah. 

Dan perlu diingat ye bahawa water park ditutup setiap hari Selasa kecuali cuti am dan cuti sekolah.

So, jom tengok gambar-gambar KJ and family buat terjun tiruk. Kihkihkih.. Keluar semua air kolam kalau KJ buat terjun tiruk.






Kalau ikutkan, ada 5 slide dekat sini. Semua KJ naik kecuali yang pelangi tuh. Macam nak melambung je KJ tengok yang lain-lain. Mau terkeluar isi perut tu kang. Yang best slide warna hijau. Sebabnya KJ naik dengan suami. Suami di depan, KJ pula dibelakang. Jadi bila dah sampai bawah suami KJ yang tenggelam dulu. KJ tak tenggelam pun. Haha.

Yang si Firash pula acah-acah berani dah main dekat kolam ni. Kalau dulu kemain menjerit-jerit bila KJ tak pegang dia. Tapi sekarang ni, dialah budak paling berani sekali. Dalam berani pun mata KJ tak lepas tengok dia. Buatnya dia terjatuh ke, uish.. Kecut perut wey.

Area untuk kanak-kanak pun ada tau dekat sini. Air dia cuma paras betis kita je. Tapi KJ tak bawak Firash main dekat sini memandangkan si Firash takut nak naik slide tu sensorang. KJ pulak tak berapa nak rajin teman dia main dekat sini sebab slide dia pendek je. Tak mencabar. Kihkihkih.

So, dekat area waterpark ni air dia tak dalam pun. Paras pinggang kita je. Kalau nak mandi tempat yang dalam sikit boleh ke swimming pool. Dekat sini air dia paras dada. Barulah syok nak tenggelam timbul, kuak lentang. Psst.. KJ ni tak pandai berenang. Jangan pecah rahsia kat orang tau. Muehehehe..






Kalau musim cuti sekolah memang agak penuhlah tempat ni. KJ sekeluarga pilih hari bekerja. Memang nak conquer tempat ni. Tapi salah perancangan pula. Hari bekerja pun still ramai juga umat manusia dekat sini. Jadi bertabah jelah ye.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam

28 November 2017

Bayou Lagoon Park Resort Melaka
Bayou Lagoon Park Resort Melaka l Hai korang. Haritu, KJ berkesempatan untuk membawa mak dan bapa mertua ke Melaka. Setelah mengambil kira pelbagai faktor, akhirnya KJ membuat keputusan untuk menginap di Bayou Lagoon Park Resort. 

Pemandangan dari bilik
Untuk ke sini, korang boleh keluar melalui plaza tol Ayer Keroh. Perjalanan KJ pula mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dari Kluang.

KJ memilih untuk menempah melalui Agoda memandangkan harga di Agoda merupakan yang paling murah antara website yang lain. Jumlah yang KJ perlu bayar untuk apartment 3 bilik termasuk sarapan dan tiket waterpark ialah RM827.76 sahaja.

Pada KJ harga tu sangat berpatutan sebab kami dapat sarapan dan juga tiket waterpark. Kalau ikutkan KJ boleh je pilih untuk tidak ambil sekali pakej sarapan tu. Tapi dah niatnya nak belanja orang tua jadi KJ masukkan sekali pakej sarapan tu.

Masa KJ sampai ke sini, parking sangat pack. Mungkin sebab ada konvensyen yang sedang dijalankan di sini. Jadi KJ terpaksa parking jauh sikit dan menapaklah ke lobi hotel.

Untuk pengetahuan korang, ada 2 bangunan dekat sini. Yang pertama Amari Villa dan Tahiti Villa. Lobi hotel ini terletak di Amari Villa ye. Dan penginapan KJ juga di Amari Villa.

KJ pernah baca review beberapa blogger yang mengatakan urusan check ini di sini menggunakan sistem nombor giliran. Dan memang betul ada mesin ambil nombor kat sini. Hari yang KJ pilih untuk bercuti ke sini ialah hari Rabu dan bukan musim cuti sekolah. Jadi wakti menunggu tu tidaklah terlalu lama.


Semasa check in, korang perlu bayar wang deposit RM100 yang akan dikembalikan semasa check out nanti dan cukai pelancongan RM4 sahaja.

Apartment ni sangat kemas dan bersih. Luas sangat. Jadi kalau korang nak bawa keluarga yang lebih dari 6 orang dewasa pun boleh. Bawak toto sendiri. Tak perlu tambah tilam. Lagipun dekat ruang tamu ada aircond juga.

Di ruangan dapur pula ada peti ais mini dan cerek elektrik. Kalau korang rasa nak main masak-masak bolehlah bawa rice cooker atau air fryer atau yang seangkatan dengannya. Kitorang sempatlah juga bersteamboat lepas puas berendam petang tu. Nak makan malam di luar masing-masing dah penat. 


3 bilik di lengkapi dengan 2 katil queen dan 2 katil single. Bilik air pun ada 2. Tak payah gaduh-gaduh nak berebut bilik air. Hehe..

Overall, KJ nak bagitau yang KJ sangat-sangat berpuas hati dengan penginapan KJ kali ini. Hotel cantik, staff mesra, kolam renang bersih dan makan sedap. Hehe..

Dan lastly, KJ nak minta maaf banyak-banyak sebab tak banyak ambil gambar dalam apartment. Ampunkan KJ ye :)

27 November 2017

Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi

Hai korang, 
Jom support segmen member blogger ni ye.
Klik banner untuk join.

This ends on the 20th December 2017
Latihan Sukan Bola Jaring dan Bola Tampar
Latihan sukan bola jaring dan bola tampar l Hai korang, Harini KJ nak share pasal latihan sukan yang KJ join minggu lepas. Selalunya setiap 2 tahun sekali akan diadakan karnival sukan di Jabatan KJ ni.


Apa yang menariknya tahun ni KJ tak join ibu pejabat dah. Sekarang ni KJ join mewakili zon selatan pula. Eh, menarik ke? Giler tak menarik. Rasa macam main untuk Sukan Malaysia pula. Jadi wakil negeri. Hehe, seronok juga main untuk negeri kali ni.

Sampai je UTM Skudai kami terus training. Mula-mula KJ tuju dekat bola tampar. Dah memang suka menamparkan. Hehe. Eh tak lah, sebab bola jaring punya training sesi besok. Jadi hari pertama ni kita training bola tampar dulu ye. Tapi gambar tak da lah pulak. Huhu sadis.

Petang tu, ketua bola jaring a.k.a Kak Linda bagitau ada friendly dengan staff UTM. Uishhh.. Mencabar betul telinga KJ ni mendengarnya. Dah lama kot tak main bola jaring. Tapi tak pelah. Suka-suka je kan.

Sebelum bertarung wajiblah ambil gambar dulu 
Masa ni dah mengah dah mengejar partner. Walaupun staff UTM, tapi diorang training 2 kali seminggi hokeh.


Dan sesi sebenar training besoknya KJ tak dapat nak main sebab takut kena migrain macam semalam. Semenjak dua tiga menjak ni migrain KJ makin menjadi-jadi. Ada tips tak nak hilangkan migrain ni?



Hari kedua ni cuaca panas-panas manja je. Tapi berbahanglah juga wey. Main tempat open macam ni memang boleh mengundang migrain lagi.

Okkaylah. Sampai sini dulu. Terima kasih sudi singgah.
Wassalam.



26 November 2017

Sis Gee First Giveaway

SYARAT - SYARAT :

1) Seorang blogger di Malaysia

2) Follow blog  << www.sisgee.com >>  **wajib**

3) Follow Instagram  << @hazirahmohd >> 

4) Follow Facebook << Hazirah Mohd >> 

5) Buat entry bertajuk : Sis Gee First Giveaway

6) Letakkan banner kat atas dan linkkan ke entry ini.

HADIAH-HADIAH :

1 x hadiah utama : 

1 Planner 2018 yang comel
1 fridge magnet 
1 keychain
Dimasukkan dalam bloglist


2 x hadiah ke dua
1 Fridge Magnet Penyu
1 Keychain 
Dimasukkan dalam bloglist

10 x blogger bertuah
Dimasukkan dalam bloglist Blog Sis Gee

TARIKH GIVEAWAY :

24 November 2017
hingga
12 Disember 2017
Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com
Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/
Read more: http://www.azhafizah.com/2017/11/giveaway-photo-polaroid-azhafizahcom.html#ixzz4zUwvTESG

21 November 2017

Botanic Health Citrus dan Lynnity Relief Essential Oil Produk Kesihatan Keluaran Lynnity


Botanic Health Citrus dan Lynnity Relief Essential Oil Produk Kesihatan Keluaran Lynnity l Siapa dekat sini ada masalah bertambah berat badan dan lutut tu mulalah rasa macam tak boleh nak menampung berat korang? Sebenarnya masalah ni KJ sendiri yang alami. 

Sakit dia terasa sangat bila nak solat. Mula-mula terfikir mungkin sebab KJ kurang kalsium, tapi dah minum susu pun masih sama juga. Nak menangis rasanya bila susah sangat nak berdiri semula lepas sujud.

Dan disaat lutut ni masih lagi sakit, sampai pula produk yang sangat-sangat KJ perlukan. Produk keluaran dari Lynn Exclusive iaitu Botanic Health Citrus. Sebelum kita cuba, jom kita tengok dulu apa kebaikan yang akan kita dapat dari produk ni.


Manfaat Botanic Health Citrus.
  • Meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
  • Membaikpulih & mengekalkan kesihatan tulang & rawan
  • Mengurangkan kesakitan & keradangan.
  • Meningkatkan dan mengekalkan pergerakan fizikal
  • Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan kesihatan kardiovaskular
Kandungan
Delima, manggis, alga, Orthosiphon  (misai kuching), Lithothamnion Rumpai Laut, hitam halia, asid askorbik, bran oat, benih Chia, l-arginine, taurina.

Testimoni dari KasihJuju
Dan testimoni daripada KJ sendiri, minuman ni betul-betul dapat mengurangkan sakit lutut KJ. Rasa seronok sangat bila KJ dah boleh solat macam biasa. Tak macam orang tua dah. Nak bangun lepas sujud tu pun lancar je.


Syukur sangat-sangat. Dan harini KJ nak seru korang yang ada masalah sakit lutut, cubalah minuman ini. Mana yang ada ibu atau bapa yang sakit lutut pum boleh cuba sekali.


Bau minuman ni macam bau tepung gandum. Rasa dia pulak errr kurang sedap sikitlah. Tapi dah nama pun minuman kesihatan, mana ada yang sedap. Jadi kalau nak sihat kenalah minum juga. Semoga hilang kesakitan yang KJ tanggung sekarang. InshaAllah..

Dah alang-alang kita bercerita pasal produk dari Lynnity ni, apa kata KJ kenalkan dekat korang satu lagi produk yang paling KJ suka. Produk tu ialah Lynnity Relief Essential Oil.

Minyak ni fungsi dia sama macam minyak angin, tapi yang menarik hati KJ adalah packaging dan bau dia. Kalau nak tau cemana rupa bentuk dia boleh tengok gambar dekat bawah ni.


Dan bau dia pulak pergh, kemain sedap lagi dekat hidung KJ ni ha. Rasa nak pakai je setiap masa. Kebetulan KJ memang tak sihat haritu, memang minyak ni jadi teman setialah. Comel sangat kan ada bunga dua kuntum dekat dalam tu. Minyak ni wajib ada dalam handbag tau. Saiz dia yang comel boleh di bawa kemana sahaja.

Kegunaan untuk lelaki:
  • Apply on hand, arm, feet & knees before and after exercise.
  • Rub on Shoulder & lower back muscles after a day of heavy lifting at work or during a move.
  • Rub over your heart, temples, or wrists to elevate energized mood and promote vitality.
  • After a long, stressful day, rub on temples before driving to help relieve of stress.
Kegunaan untuk wanita:

  • During your menstrual cycle, apply to abdomen to experience a soothing and calming massage.
  • During moments of heat, apply to the skin for a cooling, soothing effect.
  • Diffuse for a calming aroma that helps soothe heightened emotions.
So kalau korang nak dapatkan produk ni boleh ke:

Facebook : Lynnity
Website :  Lynnity

Instagram LynnityHealth



13 November 2017

Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com




Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....


Read more: http://www.mialiana.com/2017/11/giveaway-ole-ole-brunei-by-mialianacom.html#ixzz4yHpBkSdZ

6 November 2017

Planner Sioca 2018 GIVEAWAY
Tahun ni seperti yang saya beritahu, ada dua jenis planner untuk maximize penggunaannya. Satu bullet journal, satu fixed plannerBullet journal seperti yang saya cerita sebelum ni, adalah istilah untuk orang yang plan sendiri planner dia. Yang dijual adalah cover dia iaitu A6 leather binder with 6 ring hole refill. Dalam dia, kertas putih ja. Yang bagusnya bullet journal jenis ni adalah - anda boleh refill seberapa banyak kali pun takpa. Kalau ada free printables juga bolehprint dan masukkan dalam ni. Dan cover ni boleh pakai untuk tahun-tahun akan datang, cuma tukar kertas dalam je, jimat kan!

BULLET JOURNAL

✔A6 leather binder 
✔Color pink/blue 
✔Binder size 13 cm x 19 cm
✔40 sheets blank inserts
*Accessories in photos not included ya*

-klik gambar untuk besarkan-






Fixed planner pula kita tak boleh ubah-ubah. Apa ada dalam tu, guna je. Yang ni complete semua ada dalam tu, tinggal basuh kaki, pakai je. ;P Fixed planner ni saiz A5 {separuh A4} dan ada lebih kurang 200 muka surat berwarna serta dicetak menggunakan kertas berkualiti tinggi 80gsm. Ada banyak pilihan cover. Yang ni kulit biasa tau, bukan hardcover. Kebaikannya, dia lebih ringan dan senang dibawa.

FIXED PLANNER

✔A5 planner book
12 cover designs
✔208 colorful pages
✔Set Goal 2018
✔Calender 2018 & 2019
✔Calender Hijri
✔2018 Planning Chart
✔Info islamik dan trivia
✔Monthly plan
✔Weekly plan
✔Mood tracker
✔Exercise Log
✔Mutabaah Amal
✔Prayer times
✔Finance Tracker
✔Month review
✔Ramadan zone
✔Hafaz Quran in 365 days
✔52 Weeks (1 year) money saving
✔4pages free note (setiap bulan)
✔Cash flow duit bulanan

FIXED PLANNER COVER DESIGN 
-klik gambar untuk besarkan-







FIXED PLANNER INSIDE VIEW
-klik gambar untuk besarkan-






Monthly planner bawah ni pula tiba-tiba jumpa! Comel pula tu, terus borong. ;p  Ni best kalau jenis banyak appointments, meetings atau deadlines

MONTHLY PLANNER

A5 size {pink/blue}
✔A4 size (secretgarden/catlover) 
✔Beautifully designed first page (A4 size)
✔Calendar 2018/2019
✔Personal Details
✔Yearly Planner
✔12 month planner (with hijri dates too in A4 size)
✔Tel/Address List (A4 size)
✔2 beautiful lined pages
✔32 pages


A5 SIZE INSIDE VIEW
-klik gambar untuk besarkan-




A4 SIZE INSIDE VIEW
-klik gambar untuk besarkan-






HARGA PROMOSI

Bullet Journal + Fixed Planner

RM 80 sahaja!!  RM 80 sahaja!!  RM 80 sahaja!! 

FREE Monthly Planner (A4/A5) *selagi stok masih ada

JOIN GIVEAWAY

1. Share entri ni di fb/ig/blog/etc. 

2. Isikan nama dan url fb/ig/blog/etc anda di widget Mister Linky di bawah.

3. Yang pertama isi Mister Linky akan dapat hadiah misteri.

4. Pemenang akan diumumkan pada 25 Disember 2017.

5. Kalau dah beli, menang pula, boleh hadiah kat orang lain. Kongsi kebaikan... :)

6. 10 LAGI PEMENANG akan dipilih melalui undian.

Pemenang 1 : Bullet Journal
Pemenang 2 : Fixed Journal
Pemenang 3 : A5 Monthly Planner
Pemenang 4 : A4 Monthly Planner
Pemenang 5 - 10 : Hadiah Misteri :)