Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Kasih Juju
Bayou Lagoon Park Resort Melaka l Hai korang. Haritu, KJ berkesempatan untuk membawa mak dan bapa mertua ke Melaka. Setelah mengambil kira pelbagai faktor, akhirnya KJ membuat keputusan untuk menginap di Bayou Lagoon Park Resort. 

Pemandangan dari bilik
Untuk ke sini, korang boleh keluar melalui plaza tol Ayer Keroh. Perjalanan KJ pula mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dari Kluang.

KJ memilih untuk menempah melalui Agoda memandangkan harga di Agoda merupakan yang paling murah antara website yang lain. Jumlah yang KJ perlu bayar untuk apartment 3 bilik termasuk sarapan dan tiket waterpark ialah RM827.76 sahaja.

Pada KJ harga tu sangat berpatutan sebab kami dapat sarapan dan juga tiket waterpark. Kalau ikutkan KJ boleh je pilih untuk tidak ambil sekali pakej sarapan tu. Tapi dah niatnya nak belanja orang tua jadi KJ masukkan sekali pakej sarapan tu.

Masa KJ sampai ke sini, parking sangat pack. Mungkin sebab ada konvensyen yang sedang dijalankan di sini. Jadi KJ terpaksa parking jauh sikit dan menapaklah ke lobi hotel.

Untuk pengetahuan korang, ada 2 bangunan dekat sini. Yang pertama Amari Villa dan Tahiti Villa. Lobi hotel ini terletak di Amari Villa ye. Dan penginapan KJ juga di Amari Villa.

KJ pernah baca review beberapa blogger yang mengatakan urusan check ini di sini menggunakan sistem nombor giliran. Dan memang betul ada mesin ambil nombor kat sini. Hari yang KJ pilih untuk bercuti ke sini ialah hari Rabu dan bukan musim cuti sekolah. Jadi wakti menunggu tu tidaklah terlalu lama.


Semasa check in, korang perlu bayar wang deposit RM100 yang akan dikembalikan semasa check out nanti dan cukai pelancongan RM4 sahaja.

Apartment ni sangat kemas dan bersih. Luas sangat. Jadi kalau korang nak bawa keluarga yang lebih dari 6 orang dewasa pun boleh. Bawak toto sendiri. Tak perlu tambah tilam. Lagipun dekat ruang tamu ada aircond juga.

Di ruangan dapur pula ada peti ais mini dan cerek elektrik. Kalau korang rasa nak main masak-masak bolehlah bawa rice cooker atau air fryer atau yang seangkatan dengannya. Kitorang sempatlah juga bersteamboat lepas puas berendam petang tu. Nak makan malam di luar masing-masing dah penat. 


3 bilik di lengkapi dengan 2 katil queen dan 2 katil single. Bilik air pun ada 2. Tak payah gaduh-gaduh nak berebut bilik air. Hehe..

Overall, KJ nak bagitau yang KJ sangat-sangat berpuas hati dengan penginapan KJ kali ini. Hotel cantik, staff mesra, kolam renang bersih dan makan sedap. Hehe..

Dan lastly, KJ nak minta maaf banyak-banyak sebab tak banyak ambil gambar dalam apartment. Ampunkan KJ ye :)
Tags