Bayou Lagoon Park Resort, Waterpark

Kasih Juju
Bayou Lagoon Park Resort, Waterpark l Hai korang, ini sambungan entri KJ bercuti ke Melaka. Untuk pengetahuan korang, Bayou Lagoon ni terkenal sebab dia ada waterpark dia sendiri. Walaupun tak berapa nak meriah sangat waterpark dia. Tapi bolehlah buat lepas gian main slide. Hehe..


Memandangkan KJ menginap selama 2 malam, jadi KJ dapat 2 x tiket untuk masuk ke waterpark. Sebelum ni KJ baca dekat blog siapa entah, dia kata hari ke-2 tak boleh masuk waterpark. Cuma boleh mandi dekat swimming pool je. Tapi masa KJ datang ni tak da pulak dia kata tak boleh masuk waterpark.

Warna pink untuk hari pertama, warna biru untuk hari kedua.
So ada 2 pas masuk yang kami dapat. Untuk kanak-kanak pula, mana yang lebih 90 meter kena bayar tau. Kecik besar kecik besar je KJ tengok rambut pacak si Firash tu. Kalau ukur ni mau lebih 90 meter ni. Tapi si Firash boleh berlari je lepas kaunter tu. Hadoilah nak. Budak tu tengokkan aje. Tapi tak pula dia suruh bayar. Hehe, selamat duit KJ. Boleh beli benda lain.

Dekat bawah ni rate kalau korang sesaja ja nak mandi dekat waterpark ni. 
Harga tiket water park dan 9D theater.
Ye betul, waterpark ni juga dibuka untuk orang awam. Terdapat juga locker untuk simpan barang-barang, tandas dan juga tempat untuk salin pakaian. Ada juga kafe dekat area waterpark ni. Jadi kalua korang lapar masa tengah mandi bolehlah beli makanan di sini. Cuma harganya agak mahallah. 

Dan perlu diingat ye bahawa water park ditutup setiap hari Selasa kecuali cuti am dan cuti sekolah.

So, jom tengok gambar-gambar KJ and family buat terjun tiruk. Kihkihkih.. Keluar semua air kolam kalau KJ buat terjun tiruk.






Kalau ikutkan, ada 5 slide dekat sini. Semua KJ naik kecuali yang pelangi tuh. Macam nak melambung je KJ tengok yang lain-lain. Mau terkeluar isi perut tu kang. Yang best slide warna hijau. Sebabnya KJ naik dengan suami. Suami di depan, KJ pula dibelakang. Jadi bila dah sampai bawah suami KJ yang tenggelam dulu. KJ tak tenggelam pun. Haha.

Yang si Firash pula acah-acah berani dah main dekat kolam ni. Kalau dulu kemain menjerit-jerit bila KJ tak pegang dia. Tapi sekarang ni, dialah budak paling berani sekali. Dalam berani pun mata KJ tak lepas tengok dia. Buatnya dia terjatuh ke, uish.. Kecut perut wey.

Area untuk kanak-kanak pun ada tau dekat sini. Air dia cuma paras betis kita je. Tapi KJ tak bawak Firash main dekat sini memandangkan si Firash takut nak naik slide tu sensorang. KJ pulak tak berapa nak rajin teman dia main dekat sini sebab slide dia pendek je. Tak mencabar. Kihkihkih.

So, dekat area waterpark ni air dia tak dalam pun. Paras pinggang kita je. Kalau nak mandi tempat yang dalam sikit boleh ke swimming pool. Dekat sini air dia paras dada. Barulah syok nak tenggelam timbul, kuak lentang. Psst.. KJ ni tak pandai berenang. Jangan pecah rahsia kat orang tau. Muehehehe..






Kalau musim cuti sekolah memang agak penuhlah tempat ni. KJ sekeluarga pilih hari bekerja. Memang nak conquer tempat ni. Tapi salah perancangan pula. Hari bekerja pun still ramai juga umat manusia dekat sini. Jadi bertabah jelah ye.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam