Latihan Sukan Bola Jaring dan Bola Tampar - Kasih Juju

27 November 2017

Latihan Sukan Bola Jaring dan Bola Tampar

Latihan sukan bola jaring dan bola tampar l Hai korang, Harini KJ nak share pasal latihan sukan yang KJ join minggu lepas. Selalunya setiap 2 tahun sekali akan diadakan karnival sukan di Jabatan KJ ni.


Apa yang menariknya tahun ni KJ tak join ibu pejabat dah. Sekarang ni KJ join mewakili zon selatan pula. Eh, menarik ke? Giler tak menarik. Rasa macam main untuk Sukan Malaysia pula. Jadi wakil negeri. Hehe, seronok juga main untuk negeri kali ni.

Sampai je UTM Skudai kami terus training. Mula-mula KJ tuju dekat bola tampar. Dah memang suka menamparkan. Hehe. Eh tak lah, sebab bola jaring punya training sesi besok. Jadi hari pertama ni kita training bola tampar dulu ye. Tapi gambar tak da lah pulak. Huhu sadis.

Petang tu, ketua bola jaring a.k.a Kak Linda bagitau ada friendly dengan staff UTM. Uishhh.. Mencabar betul telinga KJ ni mendengarnya. Dah lama kot tak main bola jaring. Tapi tak pelah. Suka-suka je kan.

Sebelum bertarung wajiblah ambil gambar dulu 
Masa ni dah mengah dah mengejar partner. Walaupun staff UTM, tapi diorang training 2 kali seminggi hokeh.


Dan sesi sebenar training besoknya KJ tak dapat nak main sebab takut kena migrain macam semalam. Semenjak dua tiga menjak ni migrain KJ makin menjadi-jadi. Ada tips tak nak hilangkan migrain ni?



Hari kedua ni cuaca panas-panas manja je. Tapi berbahanglah juga wey. Main tempat open macam ni memang boleh mengundang migrain lagi.

Okkaylah. Sampai sini dulu. Terima kasih sudi singgah.
Wassalam.



2 ulasan: